Inilah BONUS Wanita Bekerja & Jadi Suri Rumah, Ada Kurang, Ada Lebih!

Share

Soal rezeki golongan wanita bekerja dan jadi suri rumah memang tak dapat dibaca, ada yang bekerja tapi tetap rasa tak cukup. Ada sesetengah yang merasa jadi suri rumah malah siap dapat berjalan ke luar negara dan boleh dapat apa yang dia nak dengan mudah!

Namun sebenarnya bersebab dan itu dari Ilahi atas apa yang kita dah usahakan. Kadang keinginan untuk memperbaiki taraf hidup, wanita gigih keluar mencari rezeki. Malah walau jadi suri rumah, fikiran seorang masih ligat memikirkan cara untuk langsaikan hutang yang ada dan membantu meringankan beban suami.

Mungkin zaman bujang, wanita rela bekerja sebab ingin dapat wang poket sendiri, kepuasannya dapat membeli segala kehendak dan berkongsi rezeki dengan keluarga tersayang. Tetapi bagaimana bila sudah berumah tangga, cabarannya adalah terpaksa tinggalkan anak di rumah pengasuh dan lagi teruk apabila melihat suasana rumah tidak terurus!

Ya… inilah yang dikatakan ada kebaikan dan keburukan apabila kaum mak-mak turut keluar mencari rezeki. Nak tengok lebih jauh, jom semak artikel ini.

KEBAIKAN UNTUK ISTERI BEKERJA

1. Tak perlu meminta dan memujuk suami untuk beli sesuatu barang untuk anak. Terus hulur duit pendapatan sendiri! Kadang bukan suami tak nak bagi tetapi duit yang ada pun cuckup-cukup.

2. Dapat bantu keluarga di kampung. Tak semua yang ditakdirkan hidup senang, jadi bila kaum wanita bekerja, dia tak berkira nak hulur pada mak ayah atau adik beradik yang perlukan duit.

3. Penampilan lebih terurus! Ops, bukan nak kata suri rumah comot ya! Sebenarnya boleh je mak-mak suri rumah pun melawa. Tetapi kebanyakan memilih pakai biasa-biasa sebab tak ke mana pun. Takat duduk di rumah, ramai yang suka baju t-shirt dan kain batik.

4. Ada duit untuk beli baju baru setiap bulan. Haaa… tahu tak, realitinya perempuan ni memang pantang asyik pakai baju sama. Sebab itulah wujudnya perangai perempuan yang suka termenung depan almari. Alih-alih akan sebut, “Abang, tak ada baju nak pakai lah.” Padahal, bertimbun yang masih tak berlipat!

5. Tak berkira beli jamu dan produk kecantikan. Ini betul, bila tak kerja, sesetengah wanita rela tolak tepi bab nak beli produk. Padahal bila usia dah lebih 30, wanita patut ambil banyak suplemen. Kalau kerja, dapat gaji je, boleh beli sendiri tanpa rasa bersalah.

6. Dalam diam dapat simpan duit masa depan anak-anak. Kalau yang tak buat ni, memang rugi. Tak nak lah anak-anak terikat macam sesetengah orang, terpaksa berhutang semata-mata nak hantar anak belajar tinggi. Cuba mak-mak sediakan setiap bulan duit poket anak. Menabung dengan niat mudahkan masa depan anak.

7. Boleh pikat hati mentua dan adik beradik ipar dengan sedikit hadiah. Selalunya sesekali jumpa, apa salahnya bertukar hadiah, sedekah cara ini pun boleh panjangkan silaturrahim.

8. Tak berkira nak belanja kawan makan, dah berduit mungkin boleh buat!

9. Ini paling best, dapatlah kumpul duit pergi ke tanah suci lebih cepat. Siapa tahu ada rezeki ke sana.

10. Ada duit lebih untuk gembirakan hati keluarga dengan membawa mereka berjalan-jalan. Nak harap duit suami, memang tak cukuplah.

KEBAIKAN BILA ISTERI SURI RUMAH

1. Makanan kat meja akan siap ikut waktu, bestnya makan! Sarapan ada, tengah hari ada, menu petang ada, da malam pun ada. Lengkap!

2. Anak-anak ada peluang belajar dengan ibu sendiri. Kadang bila dah bekerja, penat. Lagi sedih, sampai rumah malam-malam tengok anak dah tidur nyeyak.

3. Bila-bila waktu isteri boleh ke mana-mana, tak terikat dengan masa. Tidaklah bereperang dengan urusan kerja.

4. Pakaian suami dan anak-anak siap digosok.

5. Rumah bersih dan pakaian berlipat siap.

6. Boleh buat kerja ikut minat di rumah, belajar masak, menjahit, berkebun, tanam bungan, mengait dan sejenis kerja kreatif.

7. Boleh layan tetamu yang nak datang secara mengejut lebih baik dan dialu-alukan.

8. Boleh buat bisnes di rumah. Kalau pandai dan minat inilah peluangnya! Janji masyukkkk…

9. Ada masa lebih banyak untuk layanan karenah anak dan suami. Anak merengek macam-macam pun ok je!

10. Emosi lebih stabil sebab tak perlu fikir pasal kerja dan diganggu atas urusan kerja.

Haaaa… itulah antara kebaikan yang best! Istilah ‘goyang kaki’ juga tiada dalam kamus seorang suri rumah. Dan bagi wanita berkerjaya perlu bersedia untuk menghadapi kata-kata masyarakat sekeliling tentang kekurangan bab jaga anak atau kemas rumah. Anda ada kelebihan lain? Cuba kongsikan dengan pembaca lain. Mana tahu, perkongsian anda boleh bagi jawapan kepada wanita yang sedang berkira-kira nak buat pilihan sama ada nak jadi suri rumah atau pun terus bekerja di ofis.

Published by
Nadia