Inilah Bahan Utama CUCI GELANG EMAS Berdaki, Tak Luntur, Berkilau Macam Beli Baru!

Share

Gelang emas bila selalu pakai, lama-kelamaan ia nampak kusam dan berdaki. Maklumlah, pakai untuk ‘basahan’ dan hari-hari biasa.

Bilaberdaki, dah tentu tak lagi berkilat macam mula-mula baru beli kan. Ada mak-mak sanggup ke kedai emas untuk upah bersihkan. Mahunya ambil masa dua tiga hari untuk siapkan. Nak kena tunggu pula.

Rupanya, mak-mak boleh saja cuci gelang emas mahupun rantai berdaki dan kusam ini di rumah. Ambil masa 15-20 minit saja. Bahan pun hanya guna pencuci saja. Inilah yang dikongsikan oleh Rahaida Harun.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini:Jangan Buang Barang Kemas Yang Patah & Putus, Sekecil-Kecilnya Tetap Ada Nilai

Cuci Sendiri Barang Kemas, 10 Minit Saja Dah Berkilau Macam Baru Beli

Info Lebih Menarik DI SINI

Gelang Emas Berdaki, Guna Satu Bahan

Selalu mak-mak beli pencuci barang kemas yang ada di shopee. Nak hantar ke kedai emas bimbang ambil masa yang lama.

Nak mudah, senang mak-mak beli pencuci barang kemas kahs di shopee. Sedangkan , inilah ramuan/bancuhan utamanya.

Hanya guna PENCUCI GLO dan air panas saja.

Masukkan pencuci glo dalam air panas. Rendam mana-mana barang kemas yang dah kusam selama 15-20 minit.

Boleh saja sental dengan menggunakan berus gigi. Jangan risau, sental guna berus gigi tidak akan lunturkan dan kopekkan barang kemas. Sebaliknya, elakkan dari rendam dengan mengguanakan alkohol atau bahan kimia.

Bila dah siap, bilas dengan air biasa dan keringkan. Hasilnya berkilat dan cantik.

Sumber: Rohaida Harun (romanhq @tiktok)

 

@romahhqjom tengok kak da nak share rahsia cara cuci gelang…♬ original sound – Rahaida Harun

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

HABIB JEWEL

POH KONG

GLO

Published by
Nora