Empat hari lamanya ibu ini menghantar anaknya ke sekolah. Mengajar permata hatinya survival sebagai seorang pelajar sekolah rendah. Kelak, anaknya itu dapat berdikari biar pun tanpa pengawasan kedua ibu bapanya yang jauh di mata.
Sayangnya, belum pun seminggu memantau anaknya yang bersekolah, ibu ini, Siti Saleha Jaffarberasa sedih dengan realiti yang benar-benar terjadi di hadapan matanya. Apa yang dikongsikan beliau ini biarpun perit untuk ditelan, tapi drama realiti ini adalah hakikat yang perlu kita hadamkan. Baiki segera agar bila anak besar, dia tak ikut jejak kurang manis segelintir mak ayah ini.
Seandainya tanpa sedar atau sengaja ada mak ayah pernah terbuat apa yang dicatatkan oleh beliau, cepat-cepatlah istighfar. Lihat kembali khilaf diri dan perbaiki agar kelak mak ayah dapat melahirkan generasi pewaris harapan bangsa.
Drama Realiti Di Sekolah
Selama 4 hari follow rayqal, mengajar dan memantau cara membeli, mengajar menunggu mamy/abah ambil, mengajar naik turun van, inilah realiti yang terjadi di depan mata
1. Cikgu mengarahkan supaya mak ayah beredar dari tapak perhimpunan untuk meneruskan kelancaran aktiviti. Tindakan sesetengah mak ayah mengabaikan arahan itu malah berwefie dan memaksa anak-anak pose.
Hakikat : Mak ayah sendiri mengajar anak degil dan mengingkari arahan. Jadi anda mengharapkan cikgu untuk didik anak anda tidak degil dan mengikut arahan?
2. Waktu anak rehat, mak ayah mengambil tempat duduk murid lain untuk temankan anaknya sahaja makan maka murid tersebut terpinga-pinga sambil memegang pinggan dan air. Matanya pula meliar mencari tempat duduk. Kawan terlanggar habis mee dan air tumpah. Bayangkan itu yang terjadi pada anak kita sendiri.
Hakikat : Mak ayah sendiri mengajar anak menjadi seorang yang mementingkan diri dan mengambil hak orang lain.
Ads
3. Cikgu mengarahkan supaya mak ayah beredar di hadapan kelas untuk memulakan sesi pembelajaran tapi arahan diingkari malah keluarkan smartphone sambil snap gambar
Hakikat : Mak ayah mengajar anak untuk tidak yakin dan tidak mempercayai seseorang yang menjalankan amanah. Mengajar anak tidak menghormati hak orang lain.
4. Sambil beratur membeli buku dan bayar yuran, seorang ayah sambil memimpin anak berusia 4-5 tahun memotong barisan. “Cikgu, berapa lama nak beratur ni, saya kejap lagi nak masuk kerja.” Maka si anak kecil petah berkata-kata, ”Papa kata cuti hari ni nak bawa adik pergi tengok cerita Jumanji” Dan si kecil itu dijerkah ayahnya di khalayak ramai
Hakikat : Mak ayah sendiri mengajar anak bercakap bohong, menipu, tidak sabar dan menjatuhkan maruah orang di hadapan orang adalah tidak salah.
5. Mak ayah beratur bersesak-sesak dengan murid lain membeli makanan untuk anaknya seorang dengan tujuan mengajar cara membeli di kantin maka drama berlangsung lebih kurang 5-7 minit di situ. Murid-murid lain di belakang masih ramai lagi.
Ads
Apabila masing-masing dapat makanan, baru menyuapkan makanan sesuap dua, loceng berbunyi tanda waktu rehat berakhir. Maka si polos, bangun sambil menoleh makanan yang tak sempat dihabiskan dan berlalu mencuci tangan.
Hakikat : Mak ayah mengajar anaknya cara mementingkan diri sendiri, mengambil hak orang lain dan tiada rasa belas pada orang lain. Apa salahnya buat role play jual beli di rumah?
6. Parking kenderaan dan van sekolah dipenuhi oleh kereta-kereta mak ayah yang mahu mengambil anaknya. Dikejauhan terlihat murid yang masih belum biasa menangis keseorangan mencari van yang terselindung di sebalik kenderaan mak ayah lain.
Hakikat : Mak ayah mengajar anaknya mementingkan diri, tidak peduli orang lain dan mengambil hak orang lain itu tidak menjadi satu kesalahan.
Masyarakat Sekarang Semakin Tenat Adab
Begitulah drama realiti serba sedikit yang terjadi di hadapan mata. Sedih memang cukup sedih melihat betapa masyarakat sekarang semakin tenat adab, akhlak dan tingkah laku.
Ads
Lagi sedih, bila memikirkan sikap generasi akan datang 10-20 tahun lagi bagaimana hasil corakannya. Sedarlah wahai mak ayah, dikala kita galak menyalahkan guru-guru atas tingkah laku anak kita yang tidak seperti diharapkan, sebenarnya anak itu sendiri belajar dari mak ayahnya.
Dikala kita galak memarahi guru-guru yang menghukum anak-anak kita atas kesalahannya, sebenarnya kita sendiri mencorakkan corakan hitam pada sisi hidup anak kita sendiri.
Sebelum kita meletakkan sesuatu kesalahan anak kita pada orang lain, refleks diri dulu. Tanya pada diri sendiri sudah cukup sempurnakah didikan kita pada anak kita..
Guru yang sebenar-benar guru adalah mak ayahnya sendiri. Dan guru di sekolah bertanggungjawab menggilap lagi potensi anak yang kadang kala mak ayah terlepas pandang.
Ingat hakikat ini walau pahit untuk diterima. Mak ayah adalah cerminan anak-anak. Mak ayah lah sebenar-benar guru pada anaknya.
Jadi bertanggungjawablah.. usah dilepaskan amanah itu di bahu orang lain. Kelak di sana terkaku kelu lidah untuk menjawab di hadapan pencipta.
Perintah Kawalan pergerakan selama 14 hari bermula hari ini. Semua rumah ibadat, premis perniagaan, taska, sekolah malah pusat pengajian tinggi perlu ditutup. Dan rakyat Malaysia perlu melalui tempoh menghadkan pergerakan di luar rumah selama 14 hari.
Dalam kata mudahnya, duduk saja di rumah. Namun, dalam tempoh itu masih dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan, mendapatkan rawatan di klinik malah bekerja bagi mereka yang tak terlibat dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sekiranya perlu berbuat demikian, cuba bertenang dan amalkan zikir yang diajar Rasulullah SAW. Ini yang dikongsikan Ustaz Khairul Anuar Basriakan panduannya.
Terpaksa Keluar Dari Kuarantin 14 Hari, Amal Zikir Ini
Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.
Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.
Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat.
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.
Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada :
Bahaya dan malapetaka.
Keracunan makanan.
Sihir dan santau.
Gangguan makhluk halus.
Wabak dan virus.
Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.
Atau kalau kita kena keluar rumah dalam masa 2 minggu ni. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar dari rumah.
So, itu saja yang saya nak kongsikan ini. Semoga bermanfaat. #KAB
– semuanya dengan izin Allah, kepada Allah kita kembalikan segala urusan –
MW :Penuhi waktu 14 hari ini untuk luang masa berkualiti dengan anak-anak dan isteri, dengan amalan-amalan yang sebelum ini tak dapat kita lakukan.
Hebatnya seorang mak ini dia boleh jadi apa saja untuk anak-anak kesayangannya. Walau diri dalam kesulitan, demi anak mereka jadi gagah.
Buat anda yang baru merasai momen bergelar mak-mak, cuba selami emosi yang dikongsikan oleh Puan Syuhada Zalizan ini. Anda akan faham betapa indahnya dan mencabarnya.
1. Sia sia jee kau iron baju, nanti berkedut seribu jugek.
2. Terimalah hakikat, baju kau nanti akan jadi peta duniaaaaa. Tompok muntah, tompok susu.
3. Bab tudung pulak, jangan berharaplah tudung tu nak terletak elok macam mula-mulaaa pakai tadi. Silap-silap tercabut terus.
4. Handbag lupakan jee lah. Mana nak muatnyaaa pampers, baju spare, botol susu, mp4, wipe tissue. Banyak kuttt.
5. High heels boleh masuk lemari. Gile terpeleot kaki nak kejar anak berlari satu mall.
6. Makan kat kedai makan macam marathon. Kunyah sekali terusss gulppp telan.
7. Masuk toilet pun 5 minit kluar. Nak touch up gincuuu pikir dua puloh kali kuttt.
8. Bertabahlah bilaa baju kau basah lencun lepas tukar pampers anak. Iyela, kalau dah umur setahun lebih kau agak-agak?
9. Lupakannn nikmat nak tido dalam kretaaa bila berjalan jauh. Nanti ada orang korek bijik mataaa. Grrr
10. Nak main fon? Mimpi wei mimpi. Dalam masa seminit jee ada rampasan kuasa berlakuuu.
Berani bandingkan fizikal isteri sebelum dan selepas kahwin, seorang lelaki dikecam netizen gara-gara tindakannya yang dikatakan keterlaluan.
Di Jakarta, Indonesia, seorang lelaki dikecam netizen kerana membuat perbandingan keadaan fizikal isterinya semasa sebelum dan selepas mereka berkahwin, malah menganggap wanita itu kini tidak cantik, lapor laman berita Suara.com kelmarin.
Bandingkan Fizikal Isteri Sebelum & Selepas Kahwin
Menerusi perkongsian lelaki yang dikenali Irvhan Chandra itu di akaun TikTok, memaparkan gambar isterinya ketika mereka sedang bercinta dengan keadaan bentuk badannya yang langsing dan berkulit gebu.
Penampilannya juga kelihatan menarik serta sedang tertawa manis.
Bagaimanapun, selepas mereka berkahwin, lelaki itu berkata, isterinya semakin gempal terutamanya ketika hamil.
“Semakin berusia, kelihatan tidak cantik,” tulis lelaki tersebut pada keterangan video itu.
Seorang Lelaki DiKecam Netizen
Hantaran tersebut mendapat kritikan hebat daripada netizen dengan ramai yang marah membaca kenyataan lelaki itu yang menggunakan perkataan tidak cantik (jelek) terhadap isterinya.
“Sebelum berkahwin, isteri kamu cantik kerana dia dijaga oleh ibu bapanya. Selepas berkahwin, terpulang kepada bagaimana seorang suami melayan isterinya,” tulis seorang netizen.
“Kalau begitu, jangan dibiarkan dia mengandung. Biar sahaja dia tetap cantik, jangan punyai anak supaya dia kekal langsing. Jika sudah mempunyai anak, nanti tidak sempat bersolek. Jadi, jangan punyai anak,” sindir seorang pengguna. – Agensi
Mingguan Wanita : Lain kali cakap siang pandang-pandang, akhirnya memakan diri sendiri juga. Paras rupa bukanlah keutamaan sebaliknya kasih sayang dan cinta yang patut dititikberatkan dalam hubungan suami, isteri.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...