Bagi mak-mak yang selalu menjahit, pasti selalu menghadapi situasi seperti jarum patah,kain berkedut, jahitan lompat-lompat atau benang tak melekat pada kain. Ramai yang tak kisah tentang penggunaan saiz jarum mesin yang bersesuaian. Asalkan boleh jahit dan akibatnya hasil jahitan jadi tidak cantik dan tak sempurna.
Sebenarnya, amat penting untuk gunakan jarum yang sesuai dengan fabrik baik mesin industri atau portable. Tak boleh la nak belasah jarum yang sama je kalau nak jahit fabrik denim ataupun chifon. Setiap saiz akan memberi efek yg lebih cantik dan kemas jika tahu saiz apa yang patut digunakan.
Bagaimana nak kenalpasti jarum apa yang sesuai?
Bila jahit, hanya mesin sahaja yang berbunyi & berdengung sahaja, tapi jarum tak jalan-jaan, kemungkinan jarum anda tak cukup besar saiznya kerana kain yang dijahit agak tebal seperti bahagian lipatan, pengeras pinggang ataupun kaki seluar. Itu yang akan buat jarum patah.
Apabila jahitan berkedut dan menarik-narik pada fabrik, maksudnya jarum yang digunakan agak besar dan tidak sesuai. Biasa terjadi apabila menggunakan fabrik yang nipis & lembut. Jadi tukarlah kepada saiz jarum yang lebih kecil.
Cuba check betul tak jarum tu dipasang. Biasa nya terjadi apabila tersalah pasang saiz jarum.
1. JARUM NO 9 ( kecil )
Saiz 9 merupakan jarum yang paling kecil dan lebih tajam hujungnya. Sangat sesuai untuk fabrik yang lembut dan nipis seperti sutera, chifon, sutera satin dan sewaktu dengannya. Jika anda menggunakan jarum yang besar seperti no 13 , itulah yang menyebabkan fabrik anda tertarik2 dan berkedut.
2. JARUM NO 10 @ 11
Biasanya kita pakai saiz ni. Sesuai untuk fabrik sederhana tebal dan nipis seperti cotton, polyester , satin dan sewaktu dengannya.
3. JARUM NO 13
Saiz ini sesuai untuk fabrik yang tebal sedikit seperti cotton, kain2 langsir, tc drill dan sebagainya. Adakala bila nak jahit getang pinggang je, jarum patah. Lebih baik gunakan mata jarum saiz ini untuk jahit getah pinggang kerana bahagian tersebut agak tebal dan tegang.
4. JARUM NO 14
Jarum ini juga sesuai untuk menjahit langsir, sarung2 kusyen dan denim.
5. JARUM NO 16
Ramai yang tertanya2 mesin jahit biasa boleh ke nak jahit seluar jeans. Takda masalah sebenarnya, tapi pastikan gunakan saiz jarum seperti ini. Tak pun saiz 14 pun boleh ( kalau ada ) . Jarum ini mempunyai lubang jarum yang besar untuk memudahkan kita menggunakan benang jeans.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Zalilah Ishak