Wahai suami, dengarlah pesanan berharga daripada Ustaz Ebit Lew akan cara menghargai pengorbanan isteri dan anak-anak ini. Terutama soal pemberian hadiah untuk mereka, yang setia menanti di rumah.
Suami, walau ke manapun anda pergi.. sentiasalah ingat akan insan-insan yang setia menanti di rumah. Siapa lagi kalau bukan isteri dan anak-anak. Balik rumah.. belikan sekali mereka buah tangan, hadiah. Jangan tak tahu cara inilah yang nabi ajarkan untuk para suami contohi.
Cara inilah juga yang Ustaz Ebit praktikkan untuk menghargai, mengasihi bidadari hatinya sempena ‘anniversary’ mereka. Kalau seorang ustaz yang kita maklum akan kesibukannya dengan kerja-kerja dakwah, boleh melakukan hal-hal romantis sebegini.
Tentu anda sebagai suami rasa tercabar. Biar pun tak mempu menempah bunga dari florist, berilah apa saja hadiah semampu kewanganmu. Semoga rezeki suami akan makin bertambah-tambah nanti.
Sunnah Nabi saw balik dari mana-mana beri hadiah buat bidadari dan keluarga. Tadi balik dari Johor. Cepat-cepat wasap florist. Sampai KL terus ambil dan sorokkan dari bidadari saya.
Suka sangat walau kecil kejutan buat bidadari. Sebab bunga ni tak dapat bayar pun susah bidadari saya. Dunia ini sangat singkat tapi melihat bidadari saya tersenyum ubat bagi hati ini. Senyuman mak ayah. Senyuman bidadari ialah ubat dan penawar dalam letih duka sakit di dunia ini. Terima kasih Allah.
Melihat bidadari masam 5 saat jer saya susah hati. Berusaha dan fikir apa nak buat bahagiakannya. Kadang cuma video call or call dengar bidadari saya cerita. Itu jadi ubat buatnya. Saya susah hati bila bidadari cuma reply k.
Jangan memandang rendah kesedihan bidadari hidup kita. Mereka dah takde sesape dalam hidup mereka. Migrain demam urus rumahtangga dan anak-anak. Mereka setia ikhlas mencintai suami. Mereka perlu seseorang dengar mereka.
Sesekali buat kejutan walau sekuntum bunga atau mesej cinta yang ikhlas. Kongsi doa dan bimbing mereka dengan solat dan sunnah Nabi saw seharian. Biar mereka bina kekuatan dalam diri anak dengan iman. Happy Anniversary.
Sumber/Foto : Ebit Lew , www.transformjiwa.com