Isteri lebih tinggi daripada suami. Kalau ada pun hanya segelintir saja dan inilah yang dikatakan jodoh. Sebabnya, kebanyakan pasangan, dah tentulah suami lebih tinggi daripada isteri.
Kalau isteri lebih tinggi daripada suami mungkin kita yang pandang pun rasa ‘pelik’. Sekali pandang, jadi dua tiga kali pandang. Percaya atau tidak. Itulah yang dikatakan jodoh
Walaupun wanita yan bakal bergelar isteri, tentu inginkan suami yang lebih tinggi daripadanya atau sama-sama tinggi supaya ada rasa yakin dan dilindungi. Namun, tidak bermakna rezeki dapat pasangan yang rendah itu tidak elok.
Jangan pandang enteng, semua telah ditetapkan. Inilah yang berlaku di luar negara apabila seorang wanita yang mempunyai ketinggian lebih enam inci daripada suaminya disalah erti dan menganggap suaminya anak dia.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Terlalu Pendek, Kurang Menarik.’ Tak Disukai Ibu Mentua, Wanita Ini DiTinggalkan Bakal Suami
Info Lebih Menarik DI SINI
Seorang wanita yang lebih tinggi 6 inci daripada suaminya sudah lali dengan komen dan pandangan orang. Apa yang dicari oleh pasangan ini adalah kebahagian dalam perhubungan dan pedulikan tentang apa yang orang lain kata.
Jesika, 30 tahun, dari Arizona, AS, mempunyai ketinggian 5 kaki 7 inci dan suaminya, Hunter, 31 tahun pula hanya tinggi 5 kaki 1 inci.
Pasangan itu bertemu pada tahun 2020 dan walaupun “sedikit terkejut” dengan perbezaan ketinggian tetapi Jesika jatuh cinta pada suaminya dalam masa beberapa hari selepas bertemu dengannya.
Mereka sering dijadikan bahan jenaka dengan perbezaan fizikal ketinggian yang dimiliki tetapi ia langsung tidak memberi kesan dan tidak kisah dengan apa yang orang perkatakan.
“Saya mempunyai kawan dan orang lain bertanya mengapa saya bersama seseorang yang lebih pendek daripada saya,” kata Jesika.
“Malah, ada juga Jesika mendapat komen dan bertanya adakah orang yang sentiasa ada bersama saya itu adalah anak,” katanya yang turut mendapat gangguan memandangkan dia berada dengan orang yang lebih rendah daripadanya.
“Semua orang yang saya temui sebelum ini adalah lebih tinggi daripada saya, jadi ia tidak pernah mengganggu saya.
“Kali pertama bertemu Hunter memang agak mengejutkan tetapi saya tahu dia lebih pendek dan saya jelas tidak kisah.
“Walaupun ia mengambil masa seketika apabila saya melihatnya secara peribadi buat kali pertama tetapi selepas dua hari, saya sedar yang diri ini telah suka padanya.
Pasangan itu berkahwin pada Februari 2022 dan kini menjalani kehidupan sebagai suami isteri, berkongsi perjalanan mereka di TikTok.
Mereka berharap perkongsian hidup mereka bersama-sama akan membantu menangani stigma yang melekat pada hubungan ketinggian bercampur.
“Ramai lelaki atau wanita lain turut berkongsi dengan kami yang mereka juga berada dalam situasi yang sama.
Mingguan Wanita : Mulut orang tak boleh ditutup, ada saja yang tidak puas hati. Lalui kehidupan kita dengan tenang dan cara kita. Kecapilah bahagia dengan pasangan, tak kiralah kekurangan fizikal sekalipun.
Sumber: Mirror.co.uk
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita