Ini Simbolik Pemilihan Nama Louis Arthur Charles, Anak Ketiga Putera William & Kate

Share

Rupanya pemilihan nama anak ketiga milik pasangan diraja ini mempunyai simbolik yang tersendiri. Putera William dan isterinya, Kate menamakan bayi lelaki mereka, Louis Arthur Charles, Istana Kensington membuat pengumuman itu hari ini. Kenyataan istana menyebut, bayi diraja itu akan memakai gelaran His Royal Highness Prince Louise of Cambridge.

Penghormatan Buat Bapa Saudara William

Nama itu memberi penghormatan kepada bapa saudara William, Louis Mountbatten, yang dibunuh IRA (pergerakan separa tentera Ireland) pada 1979, manakala Charles adalah bapa William.

Bagai menepati ramalan, Arthur menjadi nama kegemaran untuk anak ketiga pasangan diraja ini. Nama Louis pula adalah ke-71 popular di England dan Wales ketika ini.

Terdahulu, Kate melahirkan pewaris kelima takhta Britain itu di Hospital St Mary di barat London.Bayi diraja itu lahir seberat 3.8 kilogram pada jam 11.01 pagi waktu tempatan, pagi Isnin lalu. Dua lagi anak pasangan ini, George dan Charlotte turut dilahirkan di hospital berkenaan.

Louis merupakan cicit keenam Ratu Elizabeth, yang berusia 92 tahun Sabtu lalu dan suaminya, Putera Philip.

Baca disini:

Kate Middleton Manis Ukir Senyuman, Cergas & Ceria Meskipun Baru Lepas Bersalin Anak Ketiga

Sumber: AFP

Published by
Suhaidah Abd Wahab