Ini Senarai Pokok Indoor Mudah Jaga, Nak Biakkan Pun Senang

Share

Teruja bila tengok rumah orang cantik betul tanam pokok indoor. Timbul pula rasa teringin nak menanam, tapi tak jumpa jenis pokok yang sesuai pula.

Bimbang dah beli punyalah mahal, tak sampai tiga hari pokok hiasan pun mati. Rugi betul. Terus minat menanam pokok indoor tak berapa nak ada. Perkongsian Azman Azmi ini bantu mak-mak pilih jenis-jenis pokok hiasan yang boleh ditanam dan dibiakkan dalam rumah.

Jenis-jenis Pokok Boleh Dijadikan Indoor

Disini saya nak share jenis-jenis pokok yang boleh dijadikan indoor.

√  Saya sejenis sukakan indoor plant yang hidup/fresh bukan tiruan/artificial/plastic kerana bagi saya pokok yang hidup ni dia boleh purified kan udara dalam rumah dan akan buat udara rumah lebih segar. Ada yang beracun and ada yang tak. Itu tuan/puan boleh google. Tapi ini cadangan dan contoh pokok yang boleh dijadikan indoor saya ambil dari Pinterest

√  Plus pokok-pokok ni senang nak dijaga and senang nak dibiakkan. Ada yang seminggu sekali je bagi air dan ada yang memerlukan cahaya matahari yang sikit. So bergantung pada cara penjagaan mana yang tuan/puan nak

√  Gambar-gambar kebelakang tu merupakan contoh susunan dan rak pokok tersebut.

√  Pokok-pokok macam ni boleh didapati di Ikea atau kebun bunga berhampiran. Macam saya rumah dekat dengan Nursery Sg Buloh. Memang kalau terasa nak memokok, saya ke situ sahaja. Beli 1 pasu, boleh dah di bahagi 4 pasu. Lagi-lagi yang melalui keratan batang dan pokok yang ada ubi.

Baca sini : Macam mana wanita ini boleh tanam 30 pokok berpasu dalam rumah, hidup subur lebih 3 tahun

Pokok Ini Hampir Tak Memerlukan Cahaya Matahari

Idea Susun Pokok Indoor

Sangkut Pada Besi Hiasan

Boleh cari besi tergantung tu dekat sini : Besi Rak Tergantung

Selamat Mendeko Indoor Plant semua!

MW : Mudahkan bila dah tahu jenis pokok mana sesuai bela. Tak adalah tersalah beli pokok hiasan lagi.

Sumber/Foto : Azman Azmi

Published by
NETTY AH HIYER