“Ini Semua Ketentuan Allah,” Ayah Reda Bayi 2 Bulan Maut Dihempap Abang Berusia 5 Tahun. Ajal dan maut semuanya telah tertulis dan merupakan ketentuan Allah. Memang perit apabila kehilangan ahli keluarga tercinta, apatah lagi kerana kemalangan yang tidak disengajakan. Namun bersabarlah dalam menghadapi ujian yang diberikan, semoga berkat kesabaran tersebut diberikan kekuatan iman.
“Ujian saya ini sikit saja, berbanding dengan orang lain yang turut diuji kehilangan ahli keluarga tercinta. ‘
Demikian luahan Meor Syazalee Sha @ Meor Sha,38, bapa kepada bayi Maryam Sofea berusia dua bulan yang meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihempap abangnya ketiganya berusia lima tahun ketika tidur di rumah mereka di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah di sini, awal pagi semalam.
Pensyarah Kolej Kemahiran Tinggi Mara Masjid Tanah itu berkata, beliau dan isteri,bagaimanapun reda dengan kejadian tidak disangka-sangka itu, namun enggan bercerita lanjut kerana masih bersedih
“Ini semua ketentuan Allah, saya dan isteri hanya mampu beristighfar saja.
“Memang sedih…nak kata tunggu anak perempuan tidaklah, tapi selepas dapat tiga anak lelaki dan dapat pula anak bongsu perempuan, syukur, “ katanya ditemui di pekarangan Unit Forensik Hospital Alor Gajah.
Mengulas lanjut katanya, ketika kejadian, satu-satunya anak perempuan iaitu sedang tidur bersama isterinya dalam satu bilik, manakala tiga lagi anak lelakinya berusia 9, 6 dan lima tahun tidur di bilik berasingan.
Katanya, isterinya hanya menyedari bayi mereka tidak sedarkan diri pada awal pagi semalam selepas mendapati Maryam tidak bergerak sebelum menyedari anak lelaki berusia lima tahun tidur di sebelah bayi.
“Selepas mendapati bayi tidak bergerak, kami segera membawanya ke hospital sebelum disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.
Meor Syazalee berkata, beliau cuma berharap orang ramai dapat membantu kami agar tidak memberikan sebarang komen yang tidak sensitif yang hanya akan mengganggu emosi mereka sekeluarga.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi media berkata hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas mendapat hasil laporan bedah siasat.
Sementara itu, tinjauan di Unit Forensik Hospital Alor Gajah setakat jam 12 tengah hari ini mendapati ahli keluarga sedang menunggu proses bedah siasat selesai sebelum jenazah dijangka dikebumikan di Taman Bidara Setia, Masjid Tanah.
Mesti Baca:“Jodoh Kami Sampai Di Sini”, Shuhada Bakal Fail Pengesahan Lafaz Cerai 1 Mac Jatuh Pada Hari Lahirnya
Baca Lagi Di Sini:Abang, 15 Tahun Sumbang Mahram Dengan Adik Kandung Hingga Lahirkan Bayi Dalam Bilik Air
Mingguan Wanita: Salam takziah buat keluarga ini. Ajal dan maut ketentuan tuhan. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Sumber: Bharian