Selama ini, kalau makan nasi berlauk dekat kedai mamak tak sah kalau tak bersulamkan papadom. Keropok Papadom ini kalau makan gitu-gitu saja pun sedap, rangup buat mak ayah ‘ralit’.
Walaupun keropok rangup ini cuma hidangan sampingan ketika makan nasi briyani atau nasi minyak, mahu pun nasi berlauk kedai mamak, mak ayah perlu jaga-jaga dengan pengambilannya.
Bila diambil secara berlebihan, situasi ini yang mak ayah akan hadapi.
Ujian Makmal Temui ‘Garam Yang Tinggi’ Dalam Papadom
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris memaklumkan agar peminat papadom kurangkan pengambilannya.
Sebabnya, dalam kerepek rangup papdom ini ADA KANDUNGAN GARAM YANG TINGGI.
Ads
Semua ini dah dibuktikan dalam ujian makmal yang dijalankan ke atas 11 sampel papadom. Hasilnya, kesemua sampel Papadom itu ada lebih 1,000mg/100 gram garam.
Yang lebih mengejutkan, empat daripada sampel-sampel itu ada lebih 2,000mg/100 gram garam.
Papadom Juga Punca Darah Tinggi, Strok Dan Serangan Jantung
Bila dah tinggi kandungan garamnya, dinasihatkan peminat kerepek rangup ini kurangkanlah makan papadom.
Ads
Kata SM Mohamed Idris lagi, “Pengambilan papadom yang banyak dalam makanan akan menyebabkan kandungan garam dalam badan tinggi. ”
“Ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.”
Ada apa pada sekeping papadom itu? Kalau mak ayah nak tahu, sekeping papadom itu mengandungi 260 mg garam.
Bila makan, mana mungkin makan sekepingkan. Paling tidak lima keping. Bila dikira, kandungan garam yang mak ayah dah ambil tu jumlahnya 1,300 mg. Haa.. mana tak jadi punca darah tinggi.
Ads
Makan Papadom Berlebihan Boleh Buat Sembelit Dan Perut Berangin
Walau bagaimana pun, papadom ini boleh dianggap tak memudaratkan. Namun, pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan sembelit dan perut berangin.
Sebagai usaha CAP untuk menyelamatkan dan meningkatkan kesejahteraan pengguna, pihaknya menggesa agar Kementerian Kesihatan menetapkan kadar GARAM dalam papadom.
Agar pengambilan perasa itu dapat dikawal.
Sumber/Foto : Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Semalam seorang penumpang meninggal dunia, manakala dua lagi parah akibat tersepit apabila sebuah bas terbalik dalam nahas di KM 33.3 Lebuhraya Karak menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 6.45 petang.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Tey Kong Seng ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Pasukan penyiasat masih berada di lokasi dan masih belum diketahui jumlah sebenar mangsa yang terbabit,” katanya.
Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Bomba Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 6.34 petang.
“Satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat mangsa. Setakat ini punca kejadian dipercayai akibat bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.”
Katanya, setakat ini pihaknya menerima laporan seorang sahaja mangsa meninggal dunia, manakala dua mangsa parah akibat tersepit.
Bas berkenaan membawa 42 penumpang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap hari kita masak tetapi bukan selalu kita servis dapur. Malah mungkin ada yang langsung tak tahu pun dapur perlu sesekali diservis untuk buang karat yang melekat.
Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan.
Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?
Sesekali jom kita minta pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.
Alat-alat yang perlu disediakan:
1.Playar
2.Paku saiz seinci setengah
3.WD-40 (Spray anti karat)
4.Pisau
Cara-cara servis dapur
1.Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)
2.Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti)
3.Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)
4.Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)
5.Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)
Sharelah jika bermanfaat pada uolss.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resepi umai ikan bilis ala-ala Sarawak ini paling mudah dan ringkas nak disediakan. Tak ambil masa yang lama pun, sebabnya tak perlu pun panaskan kuali atau petik api dapur.
Main cincang-cincang je. Hidangan pembuka selera ini dikongsikan oleh Pemilik Bagan Restoran Bangi Gateway, Mukhlis Adzha (Yuadzaha Ishak) yang turut menggunakan nama gelaran abang Famous.
“Resepi simple tapi tahap kepuasan macam makan Wagyu. Puas dan mantap,”
Bahan-bahan Umai Ikan Bilis Ala-ala Sarawak
Ikan bilis- cuci dan rendam air panas
Bawang merah (saya pakai bawang besar jer malas kopek)
Cili api ikut selera
Limau kasturi 3 biji
Cara Buat
1. Masukkan kesemua bahan dan ramas biar sebati, masukkan sedikit garam, siap.
Nota Abang Famous
√ Kalau tengah diet make sure nasi tak panas, kalau nasi panas sure bertambah-tambah. Makan pula dengan umai ikan bilis ala-ala Sarawak ni.