Ini Sebab Anak Bawah 6 Tahun Suka Bertanya, Mak Ayah Layankan Saja

Mama : “Adik jom mandi!”
Adik : “Kenapa kena mandi?”
Mama : “Sebab badan adik dah kotor, seharian dah ke sana ke mari…”
Adik : “Macam mana badan boleh kotor mama?”

Ermmm… terkadang tertekan mak dan ayah melayan soalan-soalan si kecil yang tidak berkesudahan? Tak tahu apa yang patut anda respons, marah atau terus tersenyum. Namun itulah antara proses perkembangan si kecil yang baik untuk otak mereka.

Soalan Penting Untuk Pembelajaran?

Apabila anak anda bertanya soalan, dia mengambil peranan aktif dalam pembelajaran sendiri. Mereka cuba untuk memikirkan bagaimana dunianya berfungsi dengan mencari maklumat.

Sambil bertanya soalan, anak-anak sedang membangunkan kemahiran pemikiran kritikal yang membina kekuatan otak.

Bertanya juga merupakan satu bentuk komunikasi yang penting. Anak anda mencari maklumat daripada individu lain yang menurut mereka lebih mempunyai pengetahuan.

Ia mungkin akan bertanya kepada anda, kakak atau abang mereka, ahli keluarga yang lain atau juga pengasuh mereka untuk mendapatkan maklumat yang mereka perlukan. Kanak-kanak kecil lazimnya akan bertanya soalan apabila:

• Melihat sesuatu objek atau individu yang menarik minat mereka
• Mencapai sesuatu objek atau orang
• Tertumpu kepada sesuatu yang menarik
• Menyentuh sesuatu
• Melihat anda dengan ekspresi muka yang kehairanan

Ads

 

Ini Sebab Anak Bawah 6 Tahun Suka Bertanya, Mak Ayah Layankan Saja

Jenis Soalan Ikut Usia

Jenis soalan biasanya akan berubah mengikut perkembangan mereka. Berikut adalah soalan yang biasa ditanya mengikut peringkat umur mereka:

21-24 bulan – Suka bertanya, “Apa tu?”
25-28 bulan – Bertanya dengan intonasi yang tinggi
26-32 bulan – Suka bertanya “Kat mana atau di mana?”
36-40 bulan – Suka bertanya “Siapa tu?”
40-49 bulan – Soalan kenapa, bila dan bagaimana sering menjadi pertuturan

Ads

Ada kalanya mak dan ayah buntu untuk menjawab soalan si kecil yang berterusan. Sudah tentulah ia penting untuk menjawab soalan anak-anak tapi sebaiknya elakkan menjawab secara membuta tuli kerana ia mungkin mengurangkan peluang si kecil untuk berfikir sendiri dengan sokongan daripada anda.

Anda juga boleh mencipta keadaan di mana anak-anak akan bertanya dan menunjukkan rasa ingin tahu si kecil:

√    Berikan mereka objek yang menarik untuk mereka terokai. Kanak-kanak mempunyai minat semula jadi untuk belajar tentang perkara-perkara baru.

Ads

√     Membaca buku bersama. Dengan membaca anda boleh berkongsi banyak idea dan berpeluang bertanya soalan tentang buku yang dibaca.

√     Bertanya soalan kepada mereka adalah salah satu cara berkomunikasi dengan berkesan. Kanak-kanak biasanya akan bertanya untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada seseorang yang mereka percaya.

√     Lakukan aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak berfikir bagaimana dan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Aktiviti seperti bermain pasir dan bermain air, membuat kraf dan bermain muzik memberi kanak-kanak peluang untuk berfikir dan meneroka apa objek atau alat tersebut boleh lakukan. Proses penemuan boleh merangsang banyak soalan baru.

Apa sahaja soalan si kecil, mak dan ayah haruslah cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik kerana ia penting untuk perkembangan otak si kecil anda.

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI