Tiga tahun lalu, netizen berkongsi satu video viral seorang kakak yang membebal memarahi adiknya. Berulang kali si kecil ini menyebut, ‘Apa Salah Kakak’ selepas puas menasihati adiknya akhirnya adik kecilnya itu mendakap ibunya.
Memang cute tindakan kakak tu. Tak padan dengan badan kecil tetap juga nak berceloteh macam mak-mak. Kakak sulung bernama Qiesya Nurmedina Binti Mohd Abd Jamal sudah pun 7 tahun. Dah masuk sekolah rendah.
Ketika Mingguan Wanita menghubungi ibunya, Huda Abdul Wahab beliau video anak-anaknya itu bukan saja viral di Malaysia malah Indonesia.
“Alhamdulillah. Tak ada apa-apa kesan yang besar pun pada anak-anak saya. Melainkan ramai yang semakin mengenali Qiesya dan Harraz. Jumlah friends di FB saya juga semakin bertambah.
“Kalau dulu sekitar 800 friends, jadi naik mendadak kepada 5000 orang friends.”
Jelas ibu ini lagi, ada sebab anak sulungnya berceloteh dengan adiknya. “Kalau ikutkan sebab utama Qiesya membebel dalam video tu, sebab Harraz ketuk kepala Qiesya beberapa kali.
“Itu yang Qiesya marah dan membebel. Tapi alhamdulillah, dia hanya membebel. Tak pukul Harraz
.”Sebagai anak yang sulung, Qiesya memang sangat manyayangi adik-adiknya, Cukup risaukan keselamatan adik-adiknya. Dan suka menasihati atau membebel kalai adik-adiknya buat salah.
Kadangkala, Huda berkongsi juga celoteh dan keletah lucu anak-anaknya dalam facebook miliknya. Anak keduanya, Harraz Nuriman kini sudah pun 5 tahun dan yang bongsu, Azra Nurkayyra, 2 tahun.
Akuinya, cara dia mendidik anak-anak sama macam orang lain. “Cuma kami suami isteri banyak melatih anak-anak supaya rajinkan mulut untuk meminta maaf kalau ada buat silap.”
“Tak kira dengan mak ayah, adik beradik atau dengan sesiapa pun. Yang salah kena minta maaf. Kami mementingkan adab dulu baru yang lain-lain
.”“Adab yang baik insya-Allah akan diikuti dengan perkara yang baik selepasnya, Insya-Allah. Walau macam mana pun, kami hanyalah ibu bapa muda yang masih dalam proses belajar lagi.
“Belajar mendidik anak dengan baik. Doakan kami dan anak-anak ya.” Akhiri ibu ini.