Kalau minat dengan pokok fiddle fig leaves atau lebih glamour dengan panggilan pokok ketapang, mak-mak kena tahu cara yang betul untuk belainya.
Pokok ikea ni tetap hot selalu, setiap post di media sosial mesti orang tanya cara penjagaan pokok ni. Jadi kali ini Puan Mier Hasan nak kongsikan lagi ilmu. Semoga pokok-pokok kita kekal sihat dan semakin gemuk.
1) Pokok ni perlukan sunlight juga ya. Jadi mana yang nak letak indoor make sure ada sedikit pencahayaan macam balcony, tepi tangkap, tepi sliding. klo boleh bwk ler kluar pokok tu skali skala biar release tension pokok tu dok tempat gelap.
Ads
2) Seeloknya buka polibag dan tanam dalam pasu lain. Tambah tanah biar pokok tu boleh bernafas. Macam mana pokok nak besar kalau rumah dia kecil.
3) Siram ikut kead tempat. Kalau indoor seminggu skali pun dah cukup. Kalau tempat panas sehari sekali.
Ads
4) Seminggu sekali bagi la baja. Biar dia makan. Baja organik paling sesuai. Boleh juga cari baja kopi, kat nursery ada juai. Kalau baja organik boleh letak seminggu sekali. Kalau baja kimia 2 minggu sekali ya.
Ads
5) Last but not least, sembang-sembang la dengan pokok ini. Tip menanam pokok mak saya ni, pokok kan benda hidup.
Cukup setakat ini imu cetek yang saya nak kongsi dengan geng minat pokok hijau berdasarkan pengalaman tanam 3 pokok fiddle fig leaves ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sarung cadar yang jenis ‘fitted’ mahupun yang berzip memang membuatkan katil nampak lebih kemas dan senang diurus. Bukan apa, bila jahit cadar sendiri memang lebih puas hati.Selain boleh pilih sendiri corak kain yang disukai, mak-mak juga boleh berjimat bila buat cadar fitted dan ada ‘piping’ ini.
Ikut tutorial mudah yang tukang jahit ini tunjukkan.Cara buat sendiri cadar jenis fitted dan piping perkongsian daripada Puan Noraini Ismail ini sebagai panduan.
Sedikit perkongsian dari saya, cara membuat bingkai cadar @ bed frame (piping).
Bahan Diperlukan:
Kain
Jarum peniti
Benang Besar
Cara Membuat:
1.Potong tali, biasa saya buat 1 3/8″ *250 inci (beropol), 1 3/8″ *280 inci (fitted).
2.Sambung bentuk L dan pinkan.
3.Jahit di pin tadi, potong buang lebihan.
4.Letak benang besar di tengah-tengah tu, jahit rapat guna tapak zip.
5.Jahit di badan cadar, saya buat jarak 3/4 inci.
6.Di bucu, snapkan sedikit, jangan rapat sangat, tak nak bagi regang.
7.Jahitkan ropol atau kain bahagian sisi cadar.
8.Tambahan, cara sambungan untuk cadar fitted. Biasanya letak di bahagian kepala cadar.
Cara Buat Cadar Fitted + Piping
Untuk kain sambungan sisi, saya tambah 6″ dari ketebalan tilam, lebihkan ukuran kain dalam 3 inci.
Kain untuk badan cadar kita lebihkan 1.5″
Contoh : Queen 60*75 nanti potong 61.5 *76.5
Jahit piping jarakkan 3/4″ dari tepi kecuali di bucu.
Ukuran Kain Cadar yang Diperlukan;
Kain Bidang 90
Single 3.5m
Queen 5.5m
King 6.5m
Cara Membuat:
1. Mula dari 2″ ke belakang.
2. Di penjuru jarakkan 3″ untuk lengkung tu, snap sedikit dahulu sebelum jahit.
3. Sesudah siap jahit lengkungan tu.
4. Di sambungannya nanti, temukan dalam keadaan menyerong.
5. Gunting buang lebihan tu.
6. Kain sambungan tepi. Biar sampai ke hujung tepi sahaja (dua-dua belah. Jika ada lebihan kain, gunting buang yaa.
7. Jahit 3/4″ dari tepi tadi. Klim kasar selepas jahit tu.
8. Jahit cantum kain tepi dan kain badan cadar. Jahit slow-slow…ni kan lengkung.
9. Siap, pandangan dari luar kain.
10. Untuk finishing getah saya guna saiz yang 0.5″ sahaja. Tandakan 12″ dari tepi jahitan penjuru tadi. Tanda dua-dua belah yaa.
11. Masukkan getah, lipat 2 kali bagi ada lebihan di tepi tu yaa.
12. Lipat 2 kali nak sembunyikan getah dalam kain. Mula jahit di bahagian tanda tu, jahit 2@3 Kali untuk matikan getah, baru jahit tindih atas getah. Saya guna teknik tarik sampai habis tegang.
Jahit sikit-sikit sampai ke hujung yang tanda tadi. Matikan getah di sana, baru potong lebihan getah.
13. Pandangan dari luar, sesudah siap.
14. Kain baki yang tak letak getah tu kita lipat 2 kali jugak. Jahit mula dari getah ke getah satu lagi.
Mingguan Wanita:Mak-mak yang pandai menjahit boleh cuba cadar sendiri di rumah letak ‘piping’ ni. Barulah cadar nampak lebih kemas, cantik dan menarik. Memang jimat banyak dan berbaloi bila buat cadar sendiri.
Jangan tak percaya, benih jagung manis dari kedai Eco pun boleh jadi rasa sedap macam beli jagung dari Cameron Highlands. Yang penting ada usaha nak tanam jagung.
Berkongsi cerita dengan Mingguan Wanita, Siti Rohaiza Ibrahim Sitinik cuma menanam benih jagung di ruang tepi lot banglo kediamannya saja.
“Hobi saya, mini garden tanam jagung. Di ruang tepi lot banglo, bebas racun cuma bermodal RM10. Saya nak sharekan.” Ceritanya yang menetap di bandar Kota Bharu, Kelantan.
“Anak-anak 2 orang suka sangat makan jagung.”
Macam Ini Cara Tanam Jagung Manis Tepi Rumah
Beli benih dari kedai Eco RM2. Saya beli RM10 semua.
2. Mula-mula saya gali tanah sikit saja. Letakkan benih dalam 4 ke 5 biji. Kemudian, tutup dengan tanah dan jirus.
3. Jirus pokok tiap petang. Dalam 4 ke 5 hari akan ada banyak anak pokok tumbuh.
4. Masa ini tabur baja asli, baja bekas kita bakar, yang hitam-hitam tu.
5. Dalam sebulan lebih dah mula berbuah. Tak sampai 2 bulan dah boleh makan hasilnya.
Punya Sedap Rasa Jagung Ni, Macam Dari ‘Cameron Highlands’
“Rasa jagung fresh dan sangat manis. Sedap macam jagung ‘Cameron’. Boleh hidang untuk anak-anak tanpa bimbang dan ragu.”
Ketika ditanya, bagaimana dengan kawalan serangga perosak. Akuinya, “Setakat ini tiada serangga. Subur je pokok.”
“Saya tak guna racun. Baja saja organik. Memang sihat je daun-daunnya.” Kalau tengok pada gambar pokok jagung dan hasil jagungnya memang subur dan padat isinya.
Tanam sendiri itu lebih puas hati kan.. benihnya pun murah saja.
Rupanya nak cuci karpet mahupun toto pun ada caranya. Mak-mak kena pastikan ia dilipat dan digulung dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. Bukan main ‘sumbat’ je. Barulah mesin basuh atau karpet tu tak rosak dan cuciannya pun bersih! Malah lebih jimat kos, sebab tak perlu lagi nak hantar ke dobi serta lebih memudahkan sebab tak penat bila kena cuci sendiri guna tangan.
Mak-mak boleh ikut tips yang dikongsikan oleh Puan Azlida Harun ini.
Tips Cuci Karpet/Toto tanpa perlu ke dobi
“Tak payah stress bila beli karpet putih gini bertukar jadi kelabu asap.Meh saya nak share cara cuci karpet atau toto tanpa perlu ke dobi dan cara ni tak rosakkan mesin basuh mahal dan tak rosakkan karpet mahal dan toto korang”.
“Step ada pada gambar ye.Selamat mengemas rumah. Boleh share dengan gembira”.
Cara-Caranya:
Karpet ni lipat 4 tau. Mula2 lipat 2 dulu. Lepas tu lipat sekali lagi. Jadi rupa gini.
2. Lepas tu gulung je jadi rupa gini.. Bila lipat 4 gini memang muat-muat je masuk dalam mesin basuh saya.Mesin saya 7.8kg je.
3. Letak macam ni supaya habuk-habuk senang jatuh dan tak bertakung dalam karpet mahal tu.Kalau toto saiz besar pun takpe.. Lagi padat lagi bagus sebenarnya.
Kalau guna sabun serbuk. Bancuh dulu dengan air suam bagi larut sikit.Letak la sabun dan pewangi ikut gaya mesin basuh anda ye.Basuh je macam biasa. Tinggalkan boleh la gi masak ke kemas rumah ke.
4.Lepas tu boleh la sidai dekat pagar berlatar belakang ladang sawit yang menghijau.Hari panas 2 jam je dah kering tau.
Info Ekstra!
Tips ini hanya sesuai untuk karpet jenis nipis dan bulu tak tebal.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak tak perlu dah stress nak cuci karpet atau toto. Boleh cuci guna mesin basuh je, lebih mudah! Ikut tips yang dikongsikan ini.
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
Suami minta RM50,000 syarat untuk ceraikan isteri, buat modal kahwin baru. Pendedahan peguam syarie, Fahmi Ramli dari Tetuan Fahmi & Co mengenai sikap segelintir...