Ini Petua Dari Kawan Cina, Air Rebusan Kurma Merah Berkesan Tambah Susu Badan

Share

Mak-mak dalam pantang atau dah habis pantang, yang ada masalah susu badan tak banyak boleh cuba petua minum air rebusan kurma merah ini.

Katanya, resepi ini berkesan tambahkan lagi jumlah susu badan.

Bagusnya lagi, air rebusan ini buat kulit mak-mak jadi lebih cantik dari biasa. Rugi siapa tak cuba. Sebab, Nurul Syazwani

dapat petua ini dari kawannya yang berbangsa Cina.

Hari tu masa lepas pantang susu badan saya tiba-tiba drop. Lepas tu ada kawan saya bangsa cina suruh try buat air rebusan kurma merah ni.”

Ada jugak yang suruh minum air kotak kurma merah tu. Bukan tak nak tapi kandungan gula dalam air kotak tu terlalu tinggi. Takut penyakit lain pula yang datang nanti.”

 

Resepi Air Rebusan Kurma Merah

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1. Kurma merah
2. Kurma hitam
3. Goji berries
4. Longan kering
5. Rose buds
6. Gula batu (jika suka manis)

Cara-caranya :

1. Basuh semua bahan dan toskan
2. Rebus semua bahan dengan 5 gelas air
3. Renehkan sehingga tinggal 3 gelas air

 

Manfaat Lain

Air ni bukan sahaja untuk tambah susu badan, tapi banyak juga khasiat lain yang akan kita dapat. Kulit pun cantik kalau kita amalkan air ni.

√    Air ni boleh diminum 2x sehari.

√    Waktu pagi dan malam.

Okay, selamat mencuba ya. Semoga bermanfaat

Sumber/Foto : Nurul Syazwani

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer