Ini Pesan Bella Astillah Kepada Penghimpit Rumah Tangga Orang Lain

Rumah tangga Bella Astillah, isteri kepada Aliff Aziz kembali tegang selepas suaminya itu dikaitkan berhubungan dengan seorang pelakon wanita tidak lama dulu.

Sejak itu, Bella ambil keputusan untuk tinggal berasingan daripada suaminya. Dekat sebulan dia ambil masa untuk berikan tempoh bertenang buat diri sendiri.

Biarpun ketika ini dia masih memberi ruang dan peluang untuk suami. Bella tetap memberikan pesanan penting untuk mereka yang suka menghimpit rumah tangga orang.

Agar mereka berfikir dengan matang sebelum bertindak lebih jauh lagi.

Tentulah tindakan kurang matang itu akan menyebabkan nasib isteri-isteri sepertinya jadi lebih sukar kelak. Bagaimanapun, jika rumah tangga diuji dengan kehadiran orang ketiga, Bella akui betapa pentingnya sokongan keluarga untuk kembali bangkit.

 

Ads

Ini Pesan Bella Astillah Kepada Penghimpit Rumah Tangga Orang Lain

Jika Rumah Tangga Diganggu, Isteri Jangan Menyendiri

Bagi yang senasib, jangan menyendiri. dapatkan seokongan keluarga dan jangan buat keputusan drastik yang akan makan diri balik.”

Akuinya, berbincang dengan ahli keluarga itulah akan buat fikiran tenang.

Ads

Fikirlah masa depan, ibu bapa kita. Kalau kantoi mereka juga akan terpalit sama.” Atas dasar itulah, sebagai ibu Bella perlu bertindak matang dan berfikiran panjang. Kerana jika tersilap percaturan dan ambil jalan tergesa-gesa tentulah ada hati yang akan merana.

Sebagaimana yang dikongsi kepada Sinar Harian, Bella akui untuk membuat keputusan dia perlu memikirkan anak dan kedua orang tua serta keluarga mentua.

Bukannya hari ini gaduh esok dah nak berpisah atau selesai. Kita semua perlukan masa dan ruang.”

Ads

Saya rasa bersyukur sebab ada kedua orang tua yang sangat menyokong kehidupan saya. Bahkan kedua ibu bapa mentua juga sangat baik. Maksudnya kita perlukan kekuatan seumpama itu.”

Sebelum ini, Bella mencetuskan kontroversi apabila mendakwa suaminya menjalin hubungan dengan pelakon Oktavia Manrose, termasuk ke kelab malam bersama-sama.

Terdahulu juga, suaminya pernah mengecewakan hatinya pada Julai 2017 apabila dikatakan menjalin hubungan dengan pelakon Afifah Nasir.

Demi lembaran baru, Bella memaafkan suaminya ketika itu.

Sumber/Foto : Sinar Harian, Bella Astillah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI