Menarik perkongsian lelaki ini mengenai perkara yang perlu suami lakukan bila isteri seorang garang dan keras kepala. Kaum wanita, secara fitrahnya berjiwa lemah lembut dan menjadi penyejuk hati para suami, namun ada ketika boleh menjadi seorang yang sangat garang dan keras kepala. Bila keadaan ini berlaku, kebijaksanaan suami dalam menangani situasi ini amatlah penting bagi memastikan rumahtangga yang dibina kekal dalam keadaan harmoni dan bahagia.
Berikut antara perkongsian oleh Fahmi Razali sebagai rujukan buat para suami.
“Isteri keras kepala ni tak ramai, tapi banyak.Mereka tegas dengan keputusan. Tidak mudah mengikut hasutan orang lain.Itulah isteri saya yang dicintai.”
Cuma apa yang perlu suami lakukan bila isteri seorang garang dan keras kepala?
Perkahwinan saya masih baru nak masuk 6 tahun. Di awal perkahwinan , isteri saya, seorang yang keras kepala. Degil dan tegas. Saya juga cepat melenting bila tak kena gaya. Tapi bila bergaduh kecil atau besar, saya akan mengambil peranan, turunkan ego, diam, dengar dan pendam.
1.Mengaku Salah
Untuk berdiam, saya selalu percaya, apa yang saya cakap atau balas pasti akan lebih mengeruhkan. Mengaku salah walaupun kita rasa kita betul adalah yg terbaik. Perempuan ni mesti nak menang! Fakta mereka berjela. Kita takkan menang lawan mereka.
Layankan aja….
Suami kena ingat, kita bukan perempuan. Kita takkan memahami mereka, benda yang kita rasa kecil, tapi sentiasa besar di hati mereka. Mengikut ego dan melawan mereka ketika ini sangat tidak relevan.
2.Sabar
Saya bersabar untuk beberapa ketika dan hasilnya sangat baik. Isteri saya berubah dan semakin berubah. Sekarang, kalau bergaduh saya masih kena mengalah , tapi kami jarang bergaduh besar. Sebab dah malas berperang.
Tapi kalau berperang sekejap aja..
Sehingga beberapa jam selepas perang, biasanya Fel akan mula tenang. Yang saya selalu perasan dia selalu solat bila marah. Dan yang buat saya kalah, bila mendengar dia merintih, menangis didalam doa.
3.Saling Bermaafan
Bila dalam keadaan tenang ini, wanita tegas pun akan mula menyalahkan diri sendiri dan meminta maaf kerana tidak menjadi isteri solehah. Tidak menjadi ibu mithali. Dia akan datang dan meminta maaf.
Waktu ini suami perlu turunkan lagi ego ke lantai, jangan pula kita mengiakan isteri atau menghentam kembali, teruskan juga meminta maaf .
4.Hadiahkan Sesuatu
Alhamdulillah, its works every time. Dan besoknya, hadiahkan sesuatu. Apa sahaja yang kita rasa mampu. Mitos “perempuan merajuk sebab mahu dipujuk” itu sebenarnya wujud. Isteri saya kalau hadiah dia makanan pun dah seronok.
Beli ikut kemampuan.
5.Ingat Pengorbanan
Kenapa saya perlu mengalah? Sedangkan saya lelaki dan pemimpin?
Tak ada egokah saya ini?
Sebagai suami, saya selalu ingat segala pengorbanan yang Fel dah buat selama ini. Betapa dia berkorban sejak dari mula berkenalan, kami kahwin ketika masih muda remaja, dia seorang yang aggresive, popular, suka shopping, trendy, gila make up.
Tapi lepas berkahwin dia tinggalkan semua sehingga dia berubah menjadi apa yang dia dah jadi sekarang.Kadang-kadang saya rasa tak boleh jadi sekuat dia klau saya berada di tempatnya.
Bila mengenangkan dia sanggup berpindah ke Baling yang agak terpencil, tak da kawan kawan, bersedia menerima keluarga serta kawan kawan saya seadanya dalam hidup dia,saya rasa tidak layak untuk saya kecewakan perasaan dia.
6.Banyak Mengalah
Sebab itu saya banyak mengalah sebab saya tahu jiwa dia memberontak tapi demi kasih kepada keluarga dia bertahan, jadi dia menjadi cepat marah dan tertekan. Lama lama , bila dah biasa dengan hidup baru saya nampak dia lebih tenang .
Sekarang,bila dia struggle dengan selera makan dan diet dia tapi dalam masa yang sama dia perlukan tenaga untuk menyusukan anak-anak pun saya dah cukup terkesan.
Adakah boleh saya sesabar isteri dan sekuat dia ?
Dengan pengorbanan mereka, rasanya tidak layak untuk para suami sakitkan hati isteri walaupun sikit.
Allah Allah, alhamdulillah untuk tempoh perkahwinan ini. Ianya satu proses tarbiah yang baik untuk kami suami isteri.
“Saya bukan suami yang baik, tapi saya mahu isteri yang baik. Maka saya berusaha menjadi baik. Rumahtangga itu dibina atas dasar mahu memberi yang terbaik.Pilih untuk terus setia dan bersabar. Kita pasti Menang.”
Ikhlas dari suami yang acah acah sweet. Haha.
Sumber: Fahmi Razali
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada kenyataan menyebut, ‘Isteri yang memegang handpone suami sebenarnya lebih menyeramkan daripada isteri yang memegang senjata‘. Suami ada yang setuju, terutama yang memang jenis letak password di handpone sendiri. Terdapat juga suami yang tak setuju langsung, sebab mereka boleh sama-sama kongsi handpone dengan isteri.
Beruntunglah isteri yang ada suami boleh berkongsi apa saja dengan mereka. Yang jenis sikit-sikit nak rahsia ni kadangkala boleh buat isteri jadi curiga. Walhal kalau bab kewangan tahu pulak suami nak kongsi sama-sama.
Kita yang jadi isteri ini selalu ditafsirkan tak faham suami. Bagi yang tak berapa nak faham perangai suami yang satu ini, ini penjelasannya. Alasan kenapa sesetengah suami takut benar isterinya belek handpone sendiri. Kadang paranoid sampai letak password dekat handpone mereka.
5 Sebab Suami Letak Password Dekat Handphone
1. Sebab Data Rupanya
Untuk keselamatan menjaga data yang penting daripada tersilap tekan dan sebagainya, sebab handphoe sekarang bukan sekadar telefon semata.
2. Privasi Suami
Untuk privasi, kadangkala dirasakan bukan semua perkara perlu dilihat atau diketahui oleh semua orang. Bagi isteri atau suami, tidak mengetahui sesuatu perkara itu kadangkala lebih baik.
3. Elak Salah Faham
Untuk mengelakkan silap faham yang mungkin mudah timbul pada pihak isteri. Boleh jadi traumatik dengan sikap isteri yang mudah cemburu buta sebelumnya.
4. Tutup Rahsia
Untuk menutup rahsia hubungan dengan wanita lain, sama ada hubungan persahabatan serius ataupun gurau senda yang ditakuti akan timbulkan kekecohan.
5. Kejutan Untuk Isteri
Barangkali juga mahu beri sesuatu kejutan untuk isterinya, atau menyembunyikan sesuatu yang baik tetapi sukar dijelaskan kepada isterinya atau lain-lain alasan.
WAJIB BACA KESIMPULAN INI
Apapun, handphone suami yang ada password bukanlah sesuatu yang perlu diprasangka dan disalah tafsirkan. Sebagai isteri, password handphone bukan alasan untuk curiga atau menuduh suami curang dan tidak memerlukan apa-apa siasatan selagi tiada alasan yang jelas.
Walau apa pun, sebaiknya suami KONGSIKAN PASSWORD supaya tidak timbul curiga.
Sumber : Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, Associate Professor at Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan dengar cerita orang lain pasal mentua, anda sepatutnya lalui sendiri sebab perangai mentua kita tak akan sama dengan orang lain.
Namun paling penting, baik menantu atau mentua, anda dulu kena tanam sikap positif dalam diri. In shaa Allah bahagia itu milik anda.
Macam yang saudara Firdaus Shakirin ini kongsikan, kalau nak menantu anggap mertua seperti ibunya sendiri, maka mulakan dari cara ini.
Level Mentua Dengan Mak Sendiri
Ada yang bertanya, ibu mertua dengan ibu sendiri, sama level tak?
Ada yang kata tak sama level sebab dia bukan ibu kandung kita, dia bukan melahirkan kita, dia bukan membesarkan kita.
Ini Menantu Kena Buat
Sebenarnya, kita tetap kena anggap ibu mertua itu seperti ibu sendiri walaupun dia bukan melahirkan kita, walaupun dia tak ada pertalian darah dengan kita. Kita tetap perlu letak ibu mertua sebaris dengan ibu sendiri, cuma kadang-kadang yang menjadi sulit dan sukar untuk menganggapnya sedemikian adalah disebabkan penerimaannya terhadap diri kita sebagai menantu dia.
Penghormatan terhadap ibu mertua sama seperti penghormatan kita kepada ibu sendiri kerana dia juga seorang ibu.
Apa Yang Mentua Perlu Ubah
Kemudian untuk mertua, kalau nak menantu anggap anda seperti ibunya sendiri, maka anda perlu menyayangi menantu sebagaimana anda menyayangi anak sendiri. Anda terlebih dahulu perlu menganggapnya sebagai seorang anak, sebelum dia menganggap anda sebagai seorang ibu.
Anda perlu menghargai menantu anda, jangan cari kesalahan dia. Jangan memperbandingkan dia dengan menantu-menantu yang lain. Anda perlu memberikan ruang kepada anak dan menantu anda. Anda perlu menghormati keputusan anak dan menantu anda.
Kehendak dan keperluan mereka dengan anda mungkin tak sama, maka anda perlu berlapang dada dgn cara mereka. Apa yang dibuat mereka, jangan menceritakan aib menantu kepada orang luar sebab seorang mertua yang baik tak akan menceritakan keburukan menantunya kepada orang lain.
Anda juga seorang menantu, maka anda lebih tahu bagaimana cara nak menyesuaikan diri dengan mertua. Maka, bimbinglah menantu anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pasangan dulu-dulu sudah beranak 2,3 barulah merasa hidup stabil, zaman sekarang lain demandnya jika hendak menyunting anak orang untuk dijadikan pasangan hidup.
Seseorang lelaki seharusnya miliki sekurang-kurangnya kerja yang tetap sebagai bukti dirinya mampu memberi makan anak orang. Miliki juga sekurang-kurangnya sebuah kenderaan agar mudah untuk ke mana, mana.
Dulu dan sekarang lain caranya, namun sebelum berumahtangga pilih dan carilah pasangan yang boleh hidup susah dan senang.
Pasangan Dulu-Dulu
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang cuba disampaikan:
Ada yang selepas lima tahun berkawin, baru merasa naik kereta baru… Malah, ada juga yang lepas 10 tahun perkahwinan, barulah merasa masuk rumah baru…
Tak ramai yang kahwin, sudah siap serba-serbi, sempurna keperluan. Dan tak ramai yang berumah tangga, terus ada macam-macam harta…
Sudah Beranak 2,3 Barulah Merasa Hidup Stabil
Pasangan dulu-dulu, begitulah kebanyakannya.. Sudah beranak 2, anak 3 barulah kehidupan makin stabil dan semakin baik…
Sempurna itu tidaklah, tapi cukup dengan apa yang ada. Ada makanan untuk makan, ada tempat untuk berteduh dan ada keluarga untuk dibahagiakan semampunya…
Artikel Berkaitan:
Pasangan Yang SEMPURNA Hadir Bila Kita Banyak Memberi, BUKAN Mencari
Jadi Suami Kenalah Selalu Melihat, Kena Peka! Cukupkan Apa Yang Kurang
Ciptalah Kenangan Sebanyak Mungkin, Layan Manja, ‘Gedik’ Pasangan, Inilah Paling Dirindui Bila Tiada
Zaman Sekarang Lain Demandnya
Sekarang ini pula berbeza, demandnya sudah lain…
Kena buktikan dahulu berharta ke tidak, kena tunjuk dulu mampu ke tidak, kena beritahu dulu kerja apa, gaji berapa, pakai kereta apa…
Jika tidak, macam mana hendak bela anak orang kan…
Betul, memang lelaki patut tunjuk… Lelaki sewajarnya perlu ada usaha ke arah kehidupan yang lebih baik. Malahan, lelaki juga perlu mampu sebelum jadi suami…
Cuma tak perlu try hard hendak meyakinkan si dia dengan berhutang keliling pinggang… Tak perlu nak nampak hebat dan nampak mewah semata-mata hendak dapatkan cinta seseorang itu untuk jadikan dia teman hidup…
Carilah Pasangan Yang Sepadan
Pasangan kita nanti adalah seseorang yang mampu terima kita seadanya diri kita… Tak lebih, tak kurang, macam mana diri kita itu, apa yang kita ada, itulah yang dia suka…
Perempuan macam ini, insyallah mampu bersabar, mampu tunggu sehingga kita betul-betul stabil untuk beli kereta baru, rumah baru dan letak dia dalam keadaan yang selesa…
Nawaitu berkahwin itu mestilah untuk menyara isteri, menggembirakan isteri dan membahagiakan isteri walau dengan apa cara sekalipun, sekadar kemampuan yang ada… Jangan berkahwin kalau tidak ada nawaitu ni…
Hidup tak mudah, rezeki tak murah kalau nawaitu berkahwin itu adalah sebab nafsu…
Mingguan Wanita : Sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga, carilah pasangan yang memahami dan mampu menerima anda seadanya. Jangan kerana cinta, sanggup berhutang untuk memuaskan hati si dia.
Sumber: Firdaus Shakirin
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI