Ini Momen Mengaji Paling Bermakna Buat YB Nurul Izzah Anwar

Share

Kehadiran YB Nurul Izzah Anwar ke program World Quran Hour (WQH) bukanlah kali pertama untuknya. Namun, tahun ini cukup berbeza tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Ditambah dengan keberadaan seorang ayah dalam program yang sama. Itulah menambahkan lagi momen bahagia dan kekuatan emosi buat anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.

Lagi-lagi tema mahupun mesej yang dibawa oleh WQH itu sendiri mempunyai simbolik yang berpadanan dengan kehidupan keluarga yang cukup teruji ini. 20 tahun bersabar dengan ujian tuhan, apabila ditahan di dalam penjara.

Namun akhirnya apabila telah dibebaskan keluarga ini memilih untuk memaafkan. Bukankah hal ini sesuatu yang indah untuk dijadikan renungan. Agar kita sama-sama memelihara diri daripada penyakit hati.

 

 

Hari ini memang amat bermakna buat saya kerana program ini disambut bersama ayah saya berbanding tahun lalu.

Kepulangan beliau (Anwar) ke pangkuan UIAM disatukan dengan tema untuk meraikan dan menghidupkan al-Quran dan ia sangat-sangat istimewa,” katanya.

Hari itu, di program WQH Datuk Seri Anwar Ibrahim membacakan surah Ali ‘Imran ayat 103 hingga 105. Surah Al-Hujurat dari ayat 18 hingga 49 diangkat sebagai tema WQH. Yang mana, surah ini mendidik umat Islam memilih jalan perdamaian ketika timbul perselisihan faham.

 

Bacalah Al-Quran Bukan Saja Di Bulan Ramadhan

Program WQH yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak ini telah berlangsung dengan jayanya. Seiring dengan kejayaan itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini turut menyampaikan ucapan tahniah kepada penganjur, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas.

Ini adalah kali kedua saya sertai World #QuranHour dan ia cukup bagus dalam usaha memastikan orang Islam di negara ini dapat membaca dan menghayati al-Quran dengan baik

.

Justeru, saya mengajak lebih ramai lagi untuk kita sama-sama membaca dan memahami al-Quran bukan sahaja di bulan Ramadhan ini tetapi juga diteruskan pada bulan-bulan yang lain,” katanya.

Sumber/Foto : SInar Harian

 

Published by
Netty Ah Hiyer