’Ini Kali Terakhir Saya Mahu Tengok Wajah Abang..’ Dapat Rasa Arwah Isteri Berat Hati
Kredit foto : Pojiegraphy

Pemergian arwah isteri, Dayana Damsah, 27 dalam tragedi kemalangan kereta terbabas terpahat dalam ingatan suaminya, Nurhan Ayub, 27. Dia masih ingat permintaan terakhir arwah isteri sebelum menghantarnya ke Lapangan Terbang Tawau.

Kata arwah isteri, “biarlah kita sama-sama ke lapangan terbang kerana ini kali terakhir saya mahu tengok wajah abang.”

Baca sini : Guru meninggal kemalangan jatuh gaung dalam perjalanan mengajar, baru menikah 10 hari lalu

Malah, malam sebelum dia bertolak pulang, Nurhan dapat merasakan arwah isterinya seolah-olah berat hati mahu melepaskan dia pulang semula ke Terengganu.

Riak emosi wajah arwah isteri begitu ketara. Sehingga dia berpesan agar tak perlu bimbang dengan kepulangannya itu.

Dan pagi sebelum kejadian, isterinya ada menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp yang meminta izinnya untuk ke sekolah.

Dia beritahu mahu jadi isteri solehah. Dan sebab itulah setiap perkara kena minta izin suami. Takut nanti jadi apa-apa.” Malah, arwah isterinya sempat menghantar gambar selfie kepadanya pada pagi sebelum bertolak ke sekolah dan itulah gambar terakhir yang arwah tinggalkan untuknya.

Rancang Mahu Berbulan Madu Di Terengganu

Nurhan yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas di Kemaman, Terengganu menghabiskan cuti selama dua minggu di Tawau. Dan selepas majlis perkahwinan yang diadakan untuk sebelah pihak lelaki, 1 Ogos lalu dia sempat membawa isterinya itu bercuti di pulau peranginan di Semporna.

IKLAN

Biarpun cutinya singkat, tetapi begitu bermakna untuk dirinya yang baru diijabkabul suami isteri. Arwah isteri kelihatan begitu gembira bercuti bersamanya.

Mereka juga sudah merancang untuk berbulan madu di Terengganu menjelang cuti persekolahan penghujung bulan ini.

Tiket pun sudah dibeli untuk penerbangan 20 hingga 24 Ogos ini. Arwah isteri begitu teruja dan tak sabar menunggu tarikh bulan madu mereka.

Namun, Allah lebih sayangkan arwah isterinya itu. Pada hari kejadian jam 6 pagi Selasa itu, kereta yang dinaiki Dayana yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Umas-Umas (SK Umas-Umas) hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke tebing sungai di Kampung Kijang, berhampiran Jambatan Merotai Besar.

Kemalangan itu turut mengorbankan rakan setugasnya, Nurizyani Kafli@Masri, 24, yang meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tawau manakala pemandu kereta, Hasnaini Paiori, 38, dan Nur Zairah Aladin, 35, dilaporkan mengalami kecederaan parah.

IKLAN

Baca sini : Gerak hati ibu jadi benar, arwah meninggal selepas semua hajatnya tercapai

’Ini Kali Terakhir Saya Mahu Tengok Wajah Abang..’ Dapat Rasa Arwah Isteri Berat Hati
Kredit screenshoot : Facebook Nurhan Ayub

Dayana, Isteri Solehah, Taat Pada Suami, Melazimi Ibadah

Menerusi ruang facebooknya, Nurhan berkongsi coretan akan kebaikan arwah isterinya itu. Tulisnya,

Dayana Damsah 4/9/1993 – 5/8/2020
Setia sehingga hujung nyawa. In shaa Allah, aku juga turut setia selamanya.
Isteri : Bang, sayang rasa bahagia sangat.
Suami : Itulah nikmat yang Allah beri. Nikmat bernikah. kan..
Isteri : Ya.. Betul. Eh bang, cantiknya pulau, batu karang tu tempat ni kan.
Suami : Itulah anugerah Allah. Seperti sayanglah, anugerah Allah utk abang(sambil mencium dahinya)
Isteri : Tersenyum dan gembira.

Inilah salah satu moment yang paling indah buat diriku.
Antara lain, aku sebenarnya suka mengucapkan perkataan terima kasih. Lagi-lagi kepada family, dan isteri. Kemudian dia (dayana) kata, bila abang kata terima kasih, sayang rasa dihargai. Then, aku explain bahawa perkataan terima kasih ni sangat power. Amalkan lah. Dia pun kata okey.

IKLAN

Tapi hatiku. Setiap kali aku memandang wajahnya, sentiasa dengan senyuman. Hatiku sentiasa senang dan tenang. Bila aku duduk sendirian berseorangan, aku pun mula terbayangkan. Terkadang aku sedih, terkadang aku gembira.

Aku sedih kerana aku tidak dapat menjadi suami yg terbaik dan tidak dpt berada disisinya sewaktu dia meninggal dunia. Dia mencintaiku sehingga akhir nyawanya. Kerana dia letak cintanya dengan Allah dan rasul dahulu.

’Ini Kali Terakhir Saya Mahu Tengok Wajah Abang..’ Dapat Rasa Arwah Isteri Berat Hati
Foto kredit : Pojiegraphy

Jadi aku kena balas cintaku kepadanya sehingga akhir nyawa. Aku gembira kerana hati ku tenang bila melihat wajah jenazah isteriku dalam keadaan senyum, seolah-olah kegembiraannya menyambut aku. Gembira dan senang apabila orang-orang alim turut mendoakannya.

Aku bersaksi bahawa dia, Dayana Damsah adalah isteri yang solehah, taat kepada suami, melazimi ibadah dan lain-lain. Dan aku memilihnya kerana agamanya. Aku terlalu sayang sangat dengannya, tetapi Allah berkehendak untuk mengambilnya.

Terima kasih atas doa semua. Aku rasa berat ujian ni. Tapi aku yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ni.

MW : Al Fatihah..

Sumber/Foto : Harian Metro, Nurhan Ayub, Pojiegraphy

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI