Ini merupakan kali pertama wanita ini merakam video, malahan suara misteri dan meraung di tanah perkuburan bukanlah disunting kerana dia sendiri tidak tahu caranya. Malahan menurut Siti Natrah Ismail video ini dirakam tanpa sengaja.
“Video saya duduk di atas jengkaut dengan latar belakang tanah perkuburan itu dirakam tanpa sengaja dan saya tidak sangka ia akan tular hingga menjadi bualan warganet,” kata ibu tiga anak, Siti Natrah Ismail.
Siti Natrah, 30, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai video yang dimuat naik di Facebook (Fb) miliknya, dua hari lalu.
Dalam Video Kedengaran Suara Misteri
Menerusi rakaman video berdurasi 14 saat itu, kedengaran suara misteri seperti merayu dan meraung meminta tolong ketika Siti Natrah berseorangan duduk di atas jengkaut di kawasan tanah perkuburan berkenaan sehingga mendapat perhatian warganet.
Bercerita lanjut, Siti Natrah berkata, video berkenaan dirakam kelmarin, sekitar 3.45 petang ketika berada di Tanah Perkuburan Islam Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor.
“Saya ke tanah perkuburan kerana mahu menyerahkan barangan ayah yang juga penggali kubur di situ.
“Sementara menunggu ayah tiba, saya duduk di atas sebuah jengkaut dan entah kenapa, saya tergerak untuk merakam video pada hari itu.
“Sedangkan, ayah melarang berbuat demikian kerana mahu kawasan tanah perkuburan dihormati,” katanya lagi.
Ads
Ketika Rakam Tak Dengar Suara
Menurut Siti Natrah, pada waktu itu, angin bertiup kuat. Dia tidak mendengar dan menyedari adanya suara berkenaan sehingga memainkan semula video berkenaan beberapa kali selepas meninggalkan kawasan tanah perkuburan.
Katanya, video itu mulanya dimuat naik pada ruangan status di aplikasi WhatsApp.
“Bagi mendapat kepastian, saya hantar video itu daripada keluarga dan rakan terdekat.
“Ingatkan, hanya saya saja yang mendengar suara aneh itu. Rupanya, keluarga dan rakan juga terdengar suara yang sama.
“Tidak pasti dari mana datangnya suara itu tetapi ia seolah-olah suara meminta tolong dari dalam kubur,” katanya yang bekerja sebagai pembantu tadika.
Ads
Menurut Siti Natrah, video dimuat naik itu adalah yang asal tidak disunting dengan niat untuk meraih tontonan
“Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggunakan menyunting video. Selama ini, saya hanya tahu menyunting gambar saja ,” katanya.
Siti Natrah berkata, terpulang kepada penilaian warganet untuk percaya dengan apa didengari mereka atau sebaliknya.
Cuma, dia berharap mereka yang menonton dapat mengambil iktibar daripada perkongsiannya itu.
“Saya tidak pernah merakam video di kawasan tanah perkuburan sebelum ini kerana ayah melarang berbuat demikian kerana mahu tempat itu dihormati.
“Video itu benar-benar membuatkan saya tersentak dan memang memberi peringatan kepada diri sendiri saya untuk sentiasa ingat akan kematian,” katanya.
MW: Semoga kejadian ini memberi peringatan buat kita semua bahawa kematian itu pasti dan seksa di alam kubur juga benar. Sesungguhnya apa yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri apatah lagi buat yang masih hidup.
Alangkah beruntungnya Datin Fouziah Gous apabila berjaya khatam Al-Quran buat kali kedua di bulan Ramadan tahun ini. Menerusi instagram miliknya, beliau berkongsi momen manis ini pada Jumaat terakhir Ramadan yang lalu.
“Segala puji pujian bagi Mu Ya Allah. Hari Jumaat terakhir di bulan Ramadhan(25) dengan izin Allah SWT selesai khatam untuk kali ke 2 di bulan Ramadhan.
Tak pernah saya rasa perasaan syukur seperti ni اَلْحَمْدُلِلّهِ.
Sebenarnya,saya khatam jam 3 pagi tadi ketika semua sedang tidur. Excited sangat ,terus bagi tahu suami, keluarga dan ustazah. Pada waktu yang sama serba salah nak kongsi di IG.
Saya hanya ingin berkongsi kegembiraan dan kenangan di sini. Bila ada throwback 5 -10 tahun akan datang sekurang kurangnya buleh la refer di sini untuk di lihat. Saya doakan,semoga kita semua terus istiqomah bersama Al Quran إن شاء الله
Doa Suami Sebaik Dengar Berita Gembira Daripada Isteri
Apabila khabar gembira ini disampaikan pada suami, Datuk Zhaf Yusof, beliau turut berasa bahagia dengan kejayaan isterinya. Dan inilah doa yang dititipkan buat isteri.
Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ Tahniah buat isteri Nor Fouziah telah Khatam Al Quran bersama ustazah nya 17th Ramadhan 1442H (Nuzul Quran)
Im truly happy for you
Ya Allah, Tuhan kami! Terimalah doa dan amalan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Yang Maha Mengetahui.
Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat, Lagi Maha Mengasihani. Tunjukkanlah dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran.
Ya Allah!
Kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran. Dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami.
Ini Tip Khatam Al-Quran 2 Kali Dari Fouziah Gous
Menerusi ruangan komen, Fouziah berkongsi bagaimana berjaya khatam Al-Quran sepanjang Ramadan ini.
Kena korbankan masa hanya untuk Al-Quran
Tak tengok TV langsung.
Kurang socmed.
Baca Al-Quran setiap kali lepas solat. Baca setakat mampu tapi fokus sebelum dan selepas Subuh lebih kurang 1 – 2 jam.
Selepas terawih sambung 1-2 jam lagi. InsyaAllah mesti boleh.
“Tapi saya spent kadang-kadang 2-3 jam. InsyaAllah kalau kita nak betul, buat kena betul-betul fokus. Bila anak-anak tidur time tu la kejar masa. Di ofis pun cuba selit-selit, insyaAllah.”
Berjaya rakam wajah pontianak, abang polis kongsi suara mengilai makhlus seram ini. Dalam kebanyakan filem seram, kita sering ditakutkan dengan bunyi pontianak mengilai sebelum terbang dari atas pokok. Biasanya makhluk seram ini akan menunggu dari pokok-pokok besar seperti pokok Ara dan tak hairalah pokok yang banyak di tanam di taman-taman permainan ini dikaitakan dengan makhluk seram ini.
Berjaya Rakam “Wajah” Pontianak
Di media sosial kala ini, heboh dengan bunyi pontianak yang berjaya dirakam oleh seorang anggota polis dan dikongsikan di Tik Toknya @Ikhmal24434 sejak tiga hari lalu. Ternyata video ini telah ditonton seramai 3.5 juta orang dan menjadi Fyp. Dinasihatkan kalau tidak kuat semangat jangan tonton.
Jelas pegawai polis ini, selama lapan tahun berkhidmat dan acap kali terdengar “hilaian” pontianak ketika melakukan tugas rondaan di kawasan bertugas, ketika kejadian dia sempat merakam “wajah” pontianak ini (ramai mengatakan bunyi dikeluarkan adalah seperti bunyi musang).
Jelas Ikhmal, sepanjang bertugas mereka biasa dikacau tetapi malam itu dia tergerak hati untuk merakamnya.
Abang Polis Kongsi Suara Mengilai Makhluk Seram Ini
“Selalu ronda, bunyi saja tapi malam ini dia tunjuk. Kalau cerita orang tak percaya, ni sebagai bukti,” tulis Ikhmal dalam perkongsian video tersebut.
Berdasarkan rakaman video tersebut, jelas kelihatan satu sosok lembaga berwarna putih berambut panjang yang berdiri tegak di suatu kawasan yang gelap.
Lembaga itu juga dikatakan mengeluarkan bunyi yang agak menyeramkan.
Bahkan Ikhmal sempat berpesan kepada rakan sejawatnya jika berdepan situasi sama seperti dilaluinya.
Kuatkan semangat sahabat seangkatan, nawaitu kita cari rezeki, dia pun mahluk allah jugak. Untuk adik adik Baru benda ni normal, tulisnya dalam caption yang dimuat naiknya itu.
Anak semakin gembira Elyana kembali menjalankan tanggungjawab sebagai ibu. Terkini wanita tabah ini sedia harungi rawatan untuk melawan semula penyakit kansernya. Semoga yang baik-baik aje untuk Elyana nanti..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resepi Murukku Meletop, Sekali Hadap Je Tak Sedar Dah Habis!Makan murukku memang ‘berhantu’. Krup krap makan, sekali hadap je sebalang besar pun boleh habis. Mudah sebenarnya nak buat murukku sendiri di rumah. Lebih puas hati dan berbaloi berbanding beli.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Tahrunnisah Jali ini sebagai panduan;
Resepi Murukku Meletop! Alhamdulillah sekali hadap je suami dan anak-anak sambil tengok cite, tak sedar dah abis. Adunan saya ni boleh la dapat sebalang besar tu. Sekejap sangat goreng je.
Kalau nak buat lebih nanti boleh gandakan ye adunan ni. Saya guna resepi dari samida tapi ada sedikit ubahsuai dari saya. Mashaallah memang kruk krak dan sedap. Semoga Allah murahkan rezekinya.
Bahan-Bahan:
300g tepung pulut
200g tepung kacang kuda/cheak peas
1sudu besar serbuk cili
1/2sudu besar garam halus
60gm marjerin yang dicairkan dan masih panas
2 biji telur
1sudu besar jintan manis** disangai dahulu/digoreng tanpa minyak
1sudu besar jintan putih** disangai dahulu
1sdb gula
segenggam udang kering dibersihkan dan kisar halus
250ml santan cair – air ni boleh letak sikit-sikit shingga doh menjadi lembut dan tak lekat ditangan..sukatan air ni sesuai
Cara Membuat:
1. Tumbuk atau kisar jintan manis, jintan putih dan udang kering hingga halus/hancur.
2. Satukan bahan-bahan kering, gaul sebati. Kemudian masukkan marjerin cair, telur dan santan cair. Gaul lagi hingga jadi doh lembut yang tak lekat kat tangan.
3. Panaskan minyak masak, sebelum pusingkan adunan ramas-ramas dulu daun kari masuk dalam minyak panas tadi biar bau kari tu melekat pada murukku kita nanti. Pusing adunan dah kekuningan boleh angkat.