bayi perempuan

Ada orang tak kisah pun dapat bayi perempuan atau lelaki, janji punya anak dalam keluarga buat pengikat kasih sayang. Pendek kata, bersyukur!

Namun bagi pasangan yang teringin sangat nak merasa anak perempuan, mungkin anda boleh cedok beberapa tip yang dikongsi oleh seorang wanita berstatus ibu anak sembilan, Puan Juriah Halimatun Ahmad, sangat murah rezekinya.

Nak Dapat Bayi Perempuan

Untuk bacaan kaum perempuan TULEN sahaja. Heee..

Hari ini 14/12 , 4 tahun yang lalu mama fatim masih ingat lagi, detik-detik kelahiran si baby girl yang ditunggu-tunggu setelah 6 orang boy berderet-deret sebelum si kecil ni.

Bayangkanlah setelah lahir anak ke 7, boy juga, mama fatim baru terfikir untuk merancang untuk dapatkan juga baby girl. Sebelum tu, terima je apa-apa jantina yang Allah bagi.

Tapi kerana nak kan seorang gegirl lagi tu lah, yang sedar tak sedar , berderet anak mama fatim. Alhamdulillah, mama fatim syukur dengan apa yang Allah bagi.

Akhirnya, mama fatim pun buat kajian sendiri, cari maklumat untuk ‘conceive’ baby girl. Dari segi sainsnya, memang mama fatim dah faham sebab dulu masa belajar pun memang bidang dalam bioteknologi, jadi takde masalah la mama fatim nak faham yang itu.

Sperma + ovum = baby.
Sperma ni bila-bila je ada . Haha!
Tapi ovum hanya masa-masa tertentu je yang ada.

Seperti yang kita tahu, perempuan akan mengeluarkan ‘telur’ atau bahasa sains nya disebut ovum. Ovum pula hanya membawa kromosom XX. Lelaki pula mempunyai sperma yang membawa samada kromosom XX atau XY.

Jadi, jika sperma yang membawa kromosom XX bergabung dengan ovum, baby girl yang akan lahir. Kalau XY, baby boy. Sperma ni, kerja dia berenang mencari ovum dan yang bawa XY ni lebih laju dari sperma yang bawa XX. (Kira nya yang XX ni slow la).. tapi kan, XX ni lebih panjang umur dari XY.

IKLAN

Sifir dia, sperma yang mana (XX atau XY) yang jumpa ovum dulu, yang itu lah yang akan senyawakan ovum dan hasilkan baby ikut kromosom yang dibawa oleh si sperma ni.

Jadi, macam mana kita nak pastikan bahawa sperma XX yang datang tepat pada masanya? (Sebab ni nak conceive baby girl). Sebab ovum bukannya ada pada setiap masa.

Jadi Kita Kena Tahu…

1) Kitaran haid kita sendiri. Kebanyakan perempuan selalunya dalam masa 28 hari-30 hari kitarannya. Supaya kita boleh tahu bila waktu subur iaitu waktu pengeluaran ovum. Kena kira sendiri lah bermula dari waktu hari pertama datang bulan.

Ada juga mama fatim baca, kalau ada lendir seperti putih telur, itu pun tandanya waktu subur. Atau boleh beli ‘ovulation kit’ kat farmasi ek.

2) Jaga pemakanan, sebab pemakanan menentukan keadaan rahim tu sendiri. Sama ada dalam keadaan berasid atau beralkali. Sperma untuk baby girl dikatakan sesuai dalam keadaan berasid.

Dikatakan makanan yang sesuai untuk mendapat baby girl ialah yang tinggi kalsium dan magnesium. Jadi antara yang sesuai ialah susu, ikan bilis , yogurt, badam, bayam, oat, brokoli, gajus.

IKLAN

Kurangkan makanan yang tinggi garam dan potassium . Makan beberapa bulan sebelum merancang nak mengandung. Bukannya dah mengandung baru makan ye.

3) Aktiviti suami isteri. Yang ni mama fatim tak nak cerita detail sangatlah, nak tahu lanjut boleh pm je. Cuma nak pastikan sperma XX yang sampai pada masa yang betul, aktivitinya 3-4 hari sebelum waktu subur.

Sebab XX ni jalan selow je.. XY ni pulak laju betul dia. Tapi dia ni cepat mati. XX ni panjang umur. Jadi sebelum ovum keluar, XY ni sempatlah mati dulu sebelum jumpa ovum. Bila dah mati, haa, kan senang cerita, XX lah yang dapat jumpa masa ovum tu keluar.. gituu..

4) Cara?.. pm je lah . Hahaha! Tak manis lah nak cerita kat sini kan.

Oklah, ini la sedikit sebanyak tips untuk mendapatkan baby girl.

IKLAN

Untuk kawan-kawan yang ingin mendapatkan baby girl, boleh la cuba ye. Ini hanya ikhtiar, yang penting doalah banyak-banyak. Ada rezeki Allah nak bagi, insyaAllah ada.

Dan saya perasan, kalau mengandung anak perempuan dan lelaki , alahan diaorang ni lain-lain.

Dapat Bezakan Hamil Anak Perempuan Atau Lelaki

Bila ditanya macam mana Mama Fatiem dapat bezakan jantina anaknya masa mengandung, ini perkongsiannya.

“Macam anak sulung saya perempuan, dia punya alahan, sampaikan jiran sebelah memasak pun saya boleh muntah, loya, siap tutup lagi tingkap rumah semua sebab tak nak tercium. Kalau sendiri memasak lagi la tak boleh. Memang cuti la memasak. Lalu depan kedai makan pun tak boleh.

Tapi dengan anak lelaki, alahan tak seteruk tu. Jadi bila mengandung yang ke3 sampai ke7, saya dapat agak dah ni semua lelaki. Sebab anak kedua lelaki.

Bila ke 8, mula dah alahan dia macam yang pertama. Yang ke 9 pun sama. Jadi boleh agak lah, mesti gegirl. Dan memang ke 8 dan ke 9 tu girl.

Tetapi jangan pasal alahan ni, kadang tak boleh nak berharap sangat. Terpulang pada instinct mak-mak sendiri ya dan bezakan waktu hamil anak sebelum ini. In shaa Allah, mak-mak akan dapat teka.”

Apa pun, anak-anak ini hadiah dariNya. Andai tak dapat jantina seperti yang kita mahu, jangan kecewa. Bersyukur kerana Allah dah bagi nikmat anak yang sihat dan cukup sifat. Moga mak-mak bahagia dengan rezeki yang ada dan dikurniakan anak-anak yang berjaya dunia akhirat.

Aamiin.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI