Ini ikhtiar elak diri jadi mangsa scammer, cepatlah ubah ‘setting’ ikut langkah diajar. Sejak beberapa hari lalu tular duit yang disimpan di dalam bank hilang dek kerana angkara scammer.
Memang derita dan parah jika duit hilang sekelip mata apatah lagi itu saja duit yang ada dalam simpanan. ‘Berputih mata’ lah gamaknya jika bank sendiri tidak dapat selesaikan masalah scammer yang lebih ‘advance’ dari sistem bank itu sendiri.
Sebelum ini tular, Pakar perubatan, Dr. Rafidah Abdullah telah kehilangan wang simpanannya sebanyak lebih RM13,000 dalam akaun pada 19 Ogos lalu menerusi akaun CIMB.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Bagi anda yang mempunyai akaun CIMB dan memilik CIMB Cliks bolehlah buat begini seperti mana yang diajar oleh Fariz Hazwan menerusi akaun Facebooknya.
“Siapa ada CIMB CLICKS leh ubah setting cam yg diajar
“Memandangkan isu CIMB ni tengah hangat.
“Ramai pertikai macam mana boleh transfer duit ke acc scammer tanpa TAC.
“Ini berlaku kemungkinan acc anda dah link dekat telefon scammer tu.
“Sekiranya ada, boleh delete dan tukar password anda secepat mungkin.
“Boleh check selalu untuk pastikan tiada telefon tidak dikenali ada access kepada acc CIMB anda.
“Ini ikhtiar selain nak mengharap CIMB upgrade security mereka.
“Boleh tengok gambar untuk semak langkah-langkah tersebut.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda di luar sana.
Mingguan Wanita : Allahu takutnya jika berlaku pada kita, duit pun bukannya banyak pun kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Sumber / Sumber Foto : Facebook Fariz Hazwan