Hari ini genap setahun usia Siti Aafiyah Khalid, anak penyanyi tersohor nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Bukan jangka masa yang singkat, 12 tahun Siti menanti kehadiran ‘Aafiyah anak ibu’.
Itu panggilan manja Siti untuk Aafiyah. Menjadi tular selepas dipopularkan oleh Sherry Alhadad.
Dalam instagram miliknya, Siti menitipkan doa untuk puteri kesayangannya ini. “Hari ini 19.3.2019.. setahun yang lalu pada tarikh yang sama , permata hati ayah ibu iaitu Siti Aafiyah Khalid dilahirkan.”
“Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui betapa syukurnya ibu ,Ayah serta semua yang mendoakan ibu selama ini.”
“Menantimu suatu kesabaran yang sangat tinggi.”
“Doa ibu dan Ayah , Siti Aafiyah menjadi anak yang soleha, baik budi, sopan, berilmu,berprinsip , kuat jadi diri, hormat orang , bak kata semua yang baik buat anakku.. namun, sebagai manusia dikau pasti tidak lepas dari kesilapan.
“Tak mengapa.. ibu ayah akan menegurmu, mendidikmu.. abang abangmu akan menjagamu.. keluarga & orang sekeliling akan mengingatkanmu & Allah SWT sentiasa disisimu sayang
.”“Semakin dikau membesar, semakin banyak ibu lihat diri ibu pada mu.. tak kurang ada juga senyuman nakal & perangai Ayah pada dirimu..”
“Aafiyah.. jadilah insan yang bermanafaat kepada insan lain yang memerlukan & ingat. Sentiasa merendah diri serta hormat ibubapa & orang sekeliling.”
“Kerana tinggi darjat seseorang itu kerana dia meninggikan darjat orang lain. Doa ibu setiap saat untuk Aafiyah.. ‘Allahumma inni As aluka Al A’afiya’.”
Penuh warna warni majlis meraikan hari jadi Siti Aafiyah yang bertemakan karnival dan taman permainan.
Sebagai lambang kasih sayang Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terhadap Aafiyah yang comel itu.
MW : Semoga Aafiyah yang semakin comel ini akan mengikut jejak langkah ibunya yang penuh santun dan tinggi akhlaknya, walaupun telah berjaya di kedudukan yang teratas.
Sumber/Foto : ctdk