Ini Caranya Untuk Beginner Masak Nasi Lemak Guna Beras Basmathi

Share

Sesekali bila suami cakap, dia nak makan nasi lemak menggunakan beras Basmathi…panik juga nak masaknya kalau tak tahu caranya. Silap-silap hari bulan, kalau salah teknik sukatan airnya…nasi lemak yang dibayangkan… tak menjadi.

Buat beginner yang baru nak belajar memasak nasi lemak terutamanya menggunakan beras Basmathi? Ini caranya. Insyallah nasi yang dimasak cantik hasilnya.

Teknik memasak Nasi Lemak menggunakan beras Basmathi.

  1. Ambil dua pot beras Basmathi dan bersihkan beras itu. Kemudian sebelum memasak beras ini, sebaiknya ia direndam terlebih dahulu sekitar 30 minit.
  2. Sifir mudah untuk menyukat air bagi beras Basmathi adalah 2 pot beras : 1 pot santan dan 1 1/2 pot air.
  3. Kemudian masukkan sehelai daun pandan yang telah diikat, berserta hirisan bawang merah dan juga halia. Jangan lupa tambahkan secubit garam.
  4. Masakkan nasi lemak beras Basmathi ini dengan menggunakan periuk elektrik. Pastikan klik butang ‘cook’ ya.
  5. Pastikan cawan yang anda gunakan untuk menyukat beras, adalah cawan yang sama untuk menyukat santan dan juga air.

Lepastu jangan lupa lengkapkan nasi lemak anda dengan sambal bilis istimewa, hirisan timun, potongan telur rebus ataupun telur mata kerbau. Selamat mencuba.

Published by
Mastura Burhanuddin