Ini Caranya Sangai Tepung Guna Oven, Buat Sendiri ‘Self Raising Flour’

Share

Jika nak buat biskut, biasanya salah satu tip asas adalah tepungnya perlu ‘disangai’ terlebih dahulu.Sangai bermaksud goreng dalam kuali tanpa minyak dengan api perlahan dan sentiasa digaul supaya tak hangit.Sangai tepung bertujuan bagi tepung tu ringan, rangup dan tahan lama. Malah jika nak buat kek pula, perlu guna tepung naik sendiri ‘Self Raising Flour’ barulah keknya menjadi.

Namun sangai cara tradisional ini agak renyah, makan masa dan perlukan komitmen untuk melakukannya. Sebenarnya ada cara lebih mudah, mak-mak boleh sangai menggunakan oven, malah boleh buat sendiri ‘Self Raising Flour’ ini di rumah.

Berikut cara yang dikongsikan oleh Muhamad Farid Omar sebagai panduan;

“Siapa suka sangai tepung gandum kalau nak buat biskut dan buat sendiri self raising flour, Ni ceq bagi tips mudah dan menjimatkan masa dan poket hampa semua..boleh juga menyambil buat kerja lain”

1. Cara Sangai Tepung Gandum Biasa Guna Oven

1. Panaskan oven dalam suhu 160c.
2. Ayakkan tepung gandum dan masukkan dalam loyang acuan kek.

Tepung gandum dah siap ayak nak tunggu masuk dalam oven.

3. Terus bakaq tepung tu dalam oven lebih kurang 20 minit.

Bakaq ja tepung tu nak suhu yang tepat guna penyukat suhu.

4. Keluarkan tepung ambil sudu kacau sampai tepung tu berderai sebab bila bakaq tepung tu jadi agak keras dan berketul.

Dah siap bakaq kacau balik tepung tu sampai berderai

5. Tunggu sampai tepung sejuk dan ayak lagi sekali sampai ketul-ketul tepung tu hilang dan siap untuk digunakan.


Lepas tepung tu betul-betul sejuk ayak balik tepung dan pecahkan ketul-ketul tu

6. Hasilnya nanti biskut dan kek jadi lebih tahan.

2. Cara Buat Tepung Naik Sendiri ‘Self Raising Flour’

Ambil tepung gandum biasa sukatan 250gm tambah dengan 1 sudu besaq baking powder ( penyukat metrik ) campur ja sekali dan ayak dah jadi self raising flour nak banyak cuma gandakan sukatan bahan-bahan tadi.

Ni cara nak buat self raising flour homemade

Selamat Mencuba!

Dah siap teruskan takut tertukaq mana satu self raising flour dengan plain flour

Baca Lagi Di Sini: Jimat Kos Buat Whipping Cream Sendiri, Mudahnya Enam Minit Siap!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Lepas ni mudahlah mak-mak nak sangai tepung untuk buat kek atau biskut. Malah tepung naik sendiri ‘Self Raising Flour’ pun boleh buat sendiri je di rumah. Lebih jimat!

Sumber: Muhamad Farid Omar

Published by
Suhaidah Abd Wahab