Kuih karipap antara kuih ‘lejen’ yang menjadi kegemaran ramai. Biasanya nak buat inti yang sedap memang mudah, tapi nak buat kulitnya tu ramai mak-mak yang ‘failed’. Biasanya kalau tak kena cara kulitnya jadi liat, keras dan menggerutu.
Sebenarnya, ada cara untuk hasilkan karipap yang cantik kulitnya, rangup dan sedap, malah warnanya pun elok sekata.
Goreng karipap pun ada cara nohh..Nak dapat karipap yang cantik, tak pecah dan tak berjerawat. Lama dah dok kaji, baru dapat tip ini.
Antara Tipnya:
1. Adunan doh guna marjerin bukan minyak panas dan bancuh dengan air sejuk.
2. Cara saya goreng karipap, letak minyak dalam kuali, buka api, masuk terus karipap tak perlu tunggu minyak panas. Sebelum karipap timbul pusing-pusingkan, supaya ia tak kembung macam belon,senget sane sini nanti susah nak balik balikkan. Pusing lah dua tiga kali dalam masa terdekat.
3. Goreng karipap ni kena pandai main api. Masa mulaa-mula masuk slow kan api. Dah balik kan dua tiga kali, kuatkan api macam biasa. Masa masuk tu tak nak bagi terkejut kulit nye kena minyak panas, naik jerawat. Lepas dah kulit kekuningan sikit, boleh besarkan api. Memang tak serap minyak. Customer saya memang puji karipap cantik, rangup dan sedap.
4. Bagi gorengan yang kedua pula sebab minyak dah sedia panas, saya tutup api dulu sekejap, baru masukkan/goreng karipap yang baru. Selepas itu baru pasang api. Kadang-kadang kalau minyak panas sangat, saya tunggu ambik masa sekejap.
5. Yang penting masa nak goreng tu pastikan minyak tak panas, baru dapat kulit karipap yang cantik.
Mingguan Wanita : Semoga perkongsian tip ini bermanfaat.Jadi kalau nak kulit karipap cantik, licin elok tak ‘berjerawat’, kena pandai jaga api dan pastikan masukkan karipap tak perlu tunggu minyak panas.
Sumber: Tebang Pokok Pokok
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Ads
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Semua orang pasti berasa sedih dengan kehilangan seseorang yang tersayang, lebih-lebih lagi kehilangan suami tercinta. Apatah lagi bila semuanya berlaku dalam sekelip mata tanpa disangka dan diduga. Belum puas hidup bersama, terpaksa melalui hari-hari mendatang tanpa teman hidup. Hilang sudah tempat bermanja, mengadu nasib dan bergantung harap. Rasa rindu yang membara tetapi hanya mampu dipendam. Kehilangan yang sangat besar sehingga dunia rasa begitu sepi tanpa kehadirannya. Begitulah yang ingin disampaikan oleh Nora Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora menerusi single terbarunya ‘Ada Dalam Tiada’. Semangat yang ada pada Nora ini begitu saya kagumi.
Lagu ‘Ada Dalam Tiada’ merupakan dedikasi teristimewa Nora untuk arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi, seorang komposer dan penerbit terkenal yang meninggal dunia pada 24 Mac tahun lalu akibat serangan jantung. Sesuai dengan lagu luahan hatinya sendiri yang menceritakan keperitan dan kesedihannya sebagai seorang isteri yang sentiasa merindui dan mendoakan insan yang pernah berkongsi hidup dengannya selama 25 tahun, Nora menyatakan,“Ini adalah lagu yang paling peribadi saya pernah nyanyikan sepanjang karier seni saya. Saya mencurahkan sepenuh jiwa dan raga ketika merakamkan lagu ini. Lebih menyedihkan lagi, ini merupakan pertama kali juga saya masuk ke studio rakaman tanpa kehadiran arwah suami”. Umum mengetahui bahawa selain bergelar suami, Johan juga merupakan antara insan pertama dalam industri muzik yang membimbing Nora dalam merencana karier seninya sejak awal kemunculannya pada tahun 1994.
Menangis Pertama Kali Baca Lirik Lagu
‘Ada Dalam Tiada’ merupakan hasil ciptaan bersama komposer Sirkhan dan Ibnu Rinkarnaen manakala senikatanya ditulis oleh penulis lirik tersohor iaitu Habsah Hassan. Cukup terkesan dengan lirik sentuhan Habsah Hassan, Nora menyatakan,“Sebenarnya saya sendiri sukar untuk menjelaskan dengan kata-kata apa yang saya rasa selama ini. Tetapi Habsah Hassan bukan sahaja dapat menterjemahkan perasaan saya dengan begitu baik sekali malah ianya dilakukan dalam bentuk senikata yang indah. Saya turut menangis bila pertama kali saya membaca lirik tersebut”. Pemilihan Sirkhan dan Ibnu Rinkarnaen yang sinonim dengan penciptaan melodi mendayu-dayu digandingkan dengan senikata bermadah Habsah Hassan, dan nyanyian penuh jiwa Nora berjaya menghasilkan karya yang dijangka mampu mengusik hati pendengar.
Bagi album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi ini pula, idea untuk menerbitkan album ini lahir dari Allahyarham Johan Nawawi sendiri pada tahun 2016. Perbincangan santai di antara suami dan isteri ini tidak sempat direalisasikan oleh Allahyarham Johan Nawawi. Oleh itu, Nora terpanggil untuk melakukan sesuatu bagi melunaskan impian Allahyarham yang tidak kesampaian. Johan Nawawi adalah antara komposer tersohor di tanah air, di mana ramai artis ternama tidak kira sama ada di Malaysia atau Indonesia pernah bekerjasama dengan beliau. Antaranya adalah Dato Siti Nurhaliza, Dato Sheila Majid, Kris Dayanti, Liza Hanim, Aisyah, Anita Sarawak, Dayang Nurfaizah dan Nora sendiri. Lagu pertama yang telah diciptakan oleh beliau pada tahun 1985 adalah nyanyian rakan karibnya, Azman Abu Hassan yang bertajuk ‘Perasaanku’.
Album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi ini sangat dekat di hati Nora kerana Lagu ‘Bidadari’ adalah lagu terakhir ciptaan dan nyanyian solo Allahyarham sendiri, iaitu dua bulan sebelum beliau pergi. Bidadari juga tidak pernah diperdengarkan di khalayak sebelum ini. Selain itu, Allahyarham berhasrat supaya Nora merakamkan semula lagu Hanya Satu yang juga dimuatkan di dalam album ini dengan susunan muzik yang baru oleh Mac Chew, namun Allahyarham tidak sempat untuk mendengar “final mixing” bagi lagu ini.
Album ini merupakan impian Allahyarham sendiri untuk menjadikan sebuah naskhah kompilasi lagu-lagu ciptaan beliau. Paling istimewa, lagu Perasaanku yang dinyanyikan oleh Azman Abu Hassan digubah semula dan diberi tajuk baru iaitu Perasaanku 2017 yang dinyanyikan semula oleh rakan-rakan serta adik beradik Allahyarham Johan sendiri. Buat pertama kalinya di dalam sejarah, Nora sebagai anak seni ingin menyempurnakan dan merealisasikan impian Allahyarham dengan menerbitkan naskhah yang paling istimewa iaitu Album Tribute 30 Tahun Johan Nawawi dengan sebaik-baiknya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak perlu pun keluar duit beratus ringgit nak dapatkan vanity mirror cantik ini. Sebab, dengan kos RM54 saja mak mak dah boleh buat sendiri vanity mirror guna barang kedai Eco.
Nak buat pun tak susah. Siti Tehaberkongsi cara hasilkan vanity mirror cantik lagi bajet. Di ajar juga bagaimana cara membuat dari zero sampai jadi vanity mirror tu. Nanti mak mak hiaslah ikut pilihan hati sendiri.
Vanity Mirror Guna Barang Kedai Eco RM2 Je Jimat!
Cantik tak vanity mirror kita? Hehe. Hari tu ada kotak lebih tak tahu nak buat apa, so kita buat vanity mirror la.
Jumlah kerugian :
Mentol 8pcs – RM16
Tempat letak mentol warna putih 4 plastik ada 8pcs – RM8
Cermin 4pcs – RM8
Plug 1pcs – RM2
Wallpaper 3pcs – RM6
Gam 1pcs – RM2
Frame kayu letak vanity mirror 4pcs – RM8
Bekas letak barang makeup 2pcs – RM4
Total keseluruhan : RM54 sahaja
Katanya, idea diperoleh dari grup Deco Deco. “Sebab duk tengok idea-idea dorang ni maka terjadinya vanity mirror DIY bajet ni. Takpelah DIY sendiri pun asal cantik dan puas hati. Jimat tak payah nak beli vanity mirror yang harga beratus tu.”
DIY Vanity Mirror Bajet
Tebuk lubang banyak mana yang korang nak untuk letak lampu tu. Cermin tu beli kat Eco RM2. Kotak recycle je mana-mana yang ada. Yang ni Siti guna kotak aircond. Besar sikit.
Ni je bahan yang digunakan. Semua beli kat Eco RM2.
Ni gam dan double tap yang digunakan untuk lekatkan kotak tu. Gam beli kat Eco RM2 jugak.
Pasang wayar macam ni je. Wayar hubby tolong pasangkan sebab tak pandai. Wayar pun korang boleh beli kat Eco RM2. Yang ni Siti guna wayar kat rumah je sebab ada lebih.
Dah siap tampal wallpaper sekali. Wallpaper pun beli di Eco RM2.
Ni contoh tempat letak barang makeup dan vanity mirror tu. Beli frame ni di Eco RM2 jugak. Contoh frame tu sebelah kiri, sebelah kanan tu dah siap tampal wallpaper.
Ok siap. Cantik tak? Bekas letak barang makeup tu pun beli di Eco RM2.
Memang beruntung bila suka berbudi pada tanah dan bercucuk tanam ni. Malah lebih puas hati apabila tanaman yang disemai mengeluarkan hasil. Namun lumrah tinggal di bandar, mempunyai kawasan yang terhad. Terpaksa tanam di anjung rumah, dalam pasu, kotak polistrin dan sebagainya berbanding memiliki tanah luas, yang boleh tanam macam-macam.
Jika mak-mak berhasrat untuk tanam daun kucai atau sayuran-sayuran lain boleh cuba tanam dalam kotak polistrin. Namun ada caranya tanam menggunakan medium ini. Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Ramli Ahmadsebagai panduan. Ia lebih menjimatkan, tahan lama serta senang diuruskan.
CARA MENANAM KUCAI DALAM KOTAK POLISTRIN
Kelebihan Kotak Polistrin
Menanam kucai atau sayuran lain dalam kotak polistrin mempunyai beberapa kelebihan. Ianya sangat murah, malah boleh dapat percuma, tahan lama, selamat, ringan dan senang diuruskan penjagaannya.
Kotak polistrin saiz besar
Di Mana Boleh Dapat?
Boleh didapati secara percuma sahaja dari pasar atau dari pihak yang menggunakannya. Biasanya kotak ini dibuang oleh peniaga kerana kotak ini jenis pakai buang. Pilih kotak yang masih elok dan saiz yang sesuai. Kotak yang baru juga boleh dibeli dari kedai. Kotak baru yang besar boleh dipotong dua bagi menjimatkan kos. Saya suka guna yang free, banyak dipasar borong, pilih sahaja mana yang mahu.
Tebuk Lubang
Kotak mestilah ditebuk lubang pada bahagian bawah kotak bagi mengelakkan air bertakung. Boleh ditebuk 2 atau 3 lubang dengan saiz sekitar 3cmx5cm.
Potong/ Buang sedikit bahagian atas dan buat lubang.
Mengisi Media Tanaman
Letakkan kotak ditempat yang sesuai yang telah dikenalpasti terlebih dahulu. Kucai perlukan cahaya matahari yang banyak. Kotak ini akan jadi berat setelah diisi medium tanaman nanti dan mungkin susah untuk dipindahkan.
Siap untuk diguna. Yang bawah tu dah siap diisi media tanaman.
Masukkan media tanaman yang subur dalam kotak hingga hampir memenuhi kotak. Media tanaman biasanya terdiri dari top soil, kompos dan baja organik. Media campuran lain juga boleh digunakan asalkan subur. Biarkan selama kira-kira 1 minggu sebelum menanam kucai atau apa-apa sayuran.
Panduan ringkas paras menanam benih ubi kucai.Kucai yang dah tumbuh subur dalam kotak polistrin.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang ada kawasan terhad boleh cuba tanam kucai atau sayur-sayuran lain dalam bekas polistrin ini.Lebih mudah, jimat dan senang untuk diuruskan nanti. Ikut tip yang dikongsikan ini.