Ini Cara Tukar Bekas Plastik Jadi Set Balang Raya Yang Ohsem, Bajet Bawah RM20!

Share

Sekarang ini zaman berjimat cermat. Mana-mana bekas raya yang masih boleh guna, kita gunakan semula. Kalau anda jenis rajin beli biskut raya, jangan disimpan dalam almari saja bekas biskut tu. Anda boleh ubah jadi set balang raya kreatif, lain dari yang lain.

Hasil kreativiti Puan Azzatie Intan Suraya ini boleh jadi panduan buat anda yang sedang tercari-cari jenis balang raya yang nak diletak atas meja masa 1 Syawal nanti. Sebenarnya istimewa set balang raya home made ini, mak-mak boleh design ikut cita rasa sendiri.

Kalau mak-mak nak konsep vintage boleh pilih warna-warna rustic untuk serlahkan konsep balang mak-mak. Macam yang dikongsikan Puan Azzatie ini, balang rayanya tampak ceria dan menawan pandangan.

Bahan-bahan DIY Balang Raya

8 x Bekas plastik 0.90 sen (beli di Mr DIY)

Reben bunga – 0.60 sen

Reben pink RM2.50

Span – RM4.80

Reben lilit RM1 x 4 meter

Gam tembak (glue gun)

Gunting

 

Panduan Menghias Balang Raya

  • Hias ikut kreativiti masing-masing.
  • Nak guna balang kaca pun boleh, cuma balang plastik selamat buat mereka yang ada anak kecil.
  • Balang kaca ini boleh tahan bertahun-tahun. Jika mahukan kelainan, tahun depan boleh ubah hiasan dekonya ikut tema raya anda.

Sumber/ Foto: FB Azztie Intan Suraya

 

Published by
Netty Ah Hiyer