
Isi Kandungan
ToggleSekarang ini zaman berjimat cermat. Mana-mana bekas raya yang masih boleh guna, kita gunakan semula. Kalau anda jenis rajin beli biskut raya, jangan disimpan dalam almari saja bekas biskut tu. Anda boleh ubah jadi set balang raya kreatif, lain dari yang lain.
Hasil kreativiti Puan Azzatie Intan Suraya ini boleh jadi panduan buat anda yang sedang tercari-cari jenis balang raya yang nak diletak atas meja masa 1 Syawal nanti. Sebenarnya istimewa set balang raya home made ini, mak-mak boleh design ikut cita rasa sendiri.
Kalau mak-mak nak konsep vintage boleh pilih warna-warna rustic untuk serlahkan konsep balang mak-mak. Macam yang dikongsikan Puan Azzatie ini, balang rayanya tampak ceria dan menawan pandangan.
Bahan-bahan DIY Balang Raya
8 x Bekas plastik 0.90 sen (beli di Mr DIY)
Reben bunga – 0.60 sen
Reben pink RM2.50
Span – RM4.80
Reben lilit RM1 x 4 meter
Gam tembak (glue gun)
Gunting

Panduan Menghias Balang Raya
- Hias ikut kreativiti masing-masing.
- Nak guna balang kaca pun boleh, cuma balang plastik selamat buat mereka yang ada anak kecil.
- Balang kaca ini boleh tahan bertahun-tahun. Jika mahukan kelainan, tahun depan boleh ubah hiasan dekonya ikut tema raya anda.
Sumber/ Foto: FB Azztie Intan Suraya
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya 4 Beg Darah Dalam Badan, Hathim Thai Kini Buta Sebelah Mata

Isi Kandungan
ToggleSebut saja nama Hathim Thai tentu artis, selebriti mahu pun karyawan akan teringat sentuhan magisnya dalam solekan. Amy Mastura, Ziana Zain, Jacyln Victor, Faizal Tahir dan pengalaman dengan produksi filem terkenal seperti S Motion Pictures, Grand Brilliance, Tayangan Unggul dan banyak lagi adalah orang yang pernah mendapatkan perkhidmatan solekannya.
Ini semua tidak termasuk lagi dengan pengalaman dalam dunia komersial, travel VVIP yang memerlukan perkhidmatan solekannya, peringkat antarabangsa dan banyak lagi. Itulah pengalaman yang cukup indah dikutipnya sepanjang 25 tahun mengabdikan diri dalam dunia solekan.
Menyepi Diri
Hari ini, Hathim Thai Ahmad Nazri, 47 tahun, tidak lagi seaktif dulu. Mungkin ramai yang tidak tahu selama lima tahun kebelakangan ini dia banyak menghabiskan masa di rumah dengan menguruskan seorang anak angkatnya, Hadzriq Hadkim Hathim Thai Abdullah, 10 tahun. Semuanya kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan dia untuk meneruskan kerjaya seperti dulu.
Penulis turut menghubungi Hathim Thai untuk bertanya lebih lanjut dan berkongsi cerita tentang masalah kesihatan yang dialaminya itu. Menurut Hathim, dia mendiamkan diri bukan tidak ingin berkongsi cerita tetapi sebenarnya dia tidak mahu menyusahkan sesiapa sahaja.
“Sebenarnya, selama ini saya mendiamkan diri dan menguruskan kehidupan harian saya seperti biasa kerana tidak suka meminta simpati atau meminta-minta. Bukan apa, saya tidak mahu orang salah faham dan menganggap bila sakit mulalah hebohkan,” katanya lebih memikirkan perasaan anak angkatnya yang dijaga sejak kecil lagi.
Kurang Darah Merah
Bercerita lebih lanjut tentang masalah kesihatannya. Segalanya bermula pada tahun 2014. Selama ini, Hathim tidak pernah tahu badannya kekurangan darah merah. Sehinggalah, dia pitam di rumah.
“Kebiasaan waktu pagi, saya akan mengejutkan ibu sebaliknya pada hari itu, ibu yang mengejutkan saya. Namun, saya tidak dapat bangun dan hanya meminta ibu membawa saya ke hospital.
“Dengan bantuan jiran sebelah rumah, saya dikejarkan ke hospital dan hasil pemeriksaan doktor mendapati saya kurang darah merah dalam badan. Menurut doktor, badan kita perlu ada 15 beg darah merah sedangkan saya hanya ada empat beg darah merah sahaja dalam badan.
“Sudah tentu tidak cukup untuk saya survive. Malah, ia boleh merosakkan buah pinggang. Jadi doktor memasukkan dua beg darah merah ke dalam badan saya untuk memastikan agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini,” cerita Hathim tentang masalah yang dihadapi.
Walau bagaimanapun, semasa memasukkan darah ke dalam badan, mungkin kerana tekanan yang kuat menyebabkan darah pecah pada bahagian saraf mata. Kesannya saraf matanya berdarah dan memberi risiko untuk mata rosak dan lebih teruk hilang penglihatan.
“Dalam masa yang sama, saya berusaha untuk sembuhkan darah dalam saraf mata dan doktor memberitahu risiko agak tinggi kerana 50 peratus mungkin akan mengembalikan penglihatan dan 50 peratus lagi boleh menyebabkan buta. Kesannya, selepas cuci, mata sebelah kanan saya terus tidak nampak dan sebelah kiri hanya dapat melihat hanya 30 peratus sahaja,” kata Hathim yang kini pergerakannya agak terbatas.

Dialisis Tiga Kali Seminggu
Ekoran daripada masalah yang dihadapi itu, Hathim sekarang perlu menjalani dialisis sebanyak tiga kali seminggu dan rawatan tambah darah. Mujurlah, kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
“Syukur, saya mendapat bantuan sebanyak RM350 sebulan dan kos rawatan turut ditanggung oleh Baitulmal sepenuhnya. Dengan jumlah tersebut, tentunya tidak cukup untuk saya menanggung kehidupan dengan anak angkat,” kata Hathim lagi.
Kuat Demi Anak
Tiada yang Hathim harapkan selain ingin melihat anaknya bersekolah dan membesar seperti anak lain.
“Saya kuat demi kehidupan anak saya. Setiap hari saya berdoa agar saya diberi peluang untuk hidup agar dapat medidik dan membesar anak saya sehingga dewasa. Jika Allah ambil nyawa saya selepas itu, saya reda. Sekurang-kurangnya saya tidak rasa bersalah kerana sudah menjaga amanah yang Allah berikan,” katanya penuh harapan.
Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, bolehlah sumbangkan ke Maybank (114066616039) atau BSN (1417441000063110) atas nama Hatim Thai Bin Ahmad Nordin
Untuk cerita lebih lanjut, dapatkan majalah Mingguan Wanita keluaran Jun vol 2 2019 di pasaran nanti.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Anak 12 Tahun Tinggal Sendiri Ini Viral, Ramai Offer Bela

Sejak kisah kanak-kanak 12 tahun, adik Mohd Firdaus Abdullah menjadi viral ramai yang menghulurkan perasaan simpati dan mahu membantunya.
Terdahulu, anak ini dikatakan tinggal sendirian sejak dua minggu yang lalu dalam rumah yang boleh diibaratkan seperti tinggalan longgokan sampah.
Kuasa viral memudahkan urusan membantu anak ini berjalan dengan lancar. Itu yang dimaklumkan sendiri oleh Amiruddin Mohd Daud, 58 atau lebih mesra dengan panggilan, Tok Anjang.

Tok Anjanglah, orang pertama yang dihubungi adik Firdaus untuknya meminta bantuan di atas kesusahan hidupnya. Presiden Persatuan Budak Bas Stand Ipoh ini akhirnya membawa kes anak ini ke perhatian pihak kebajikan masyarakat negeri Perak.
Dan semalam, Tok Anjang memaklumkan adik Firdaus akan ditempatkan di rumah anak yatim Darul Salam, Kg Melayu. “Tok kenal baik dengan mudir dan staff itu. Tempat yang selesa dan bagus. Sekolah dekat.”
Luahnya di facebook sambil mengucapkan terima kasih kepada yang membantunya.

Ramai Yang Sudi Bantu Adik Firdaus
Tambahnya, dalam masa yang singkat ramai yang menyatakan kesudian untuk membantu. Terdahulu, adik Firdaus mendapat sokongan bantuan dari ARR Bundle, bundle Bus Stop Shah, Hisyam kk yang menaja baju jubah dan sebagainya.
Selain itu, adik Firdaus juga mendapat tajaan bantuan daripada Bro Wahab BigBro, Lias dan isteri, Lucan.

“Gunting rambut ada yang bayarkan. Beli air bungkus dan goreng pisang dibagi free. Moga Firdaus menjadi orang yang berguna.”
“Terima kasih kepada ramai orang yang berkongsi cerita dan rasa, juga airmata. Banyak hati-hati yang hebat offer untuk bela adik kita ni.”
“Moga Allah pelihara hati-hati kita untuk sentiasa berbaik sangka dan berbakti kepada orang lain.”

Tok Anjang juga memaklumkan yang adik Mohd Firdaus Bin Abdullah ini secara rasminya sudah menjadi anak angkat IPOH BIGBRO.
“Jadi, jangan macam-macam. Hari ini kamu jaga kamu Firdaus, besok kamu tengok-tengokkan anak dan cucu kami.”
Klik Link Ini : Baca Kisah Adik Firdaus Tinggal Sendirian Selama 2 Minggu.
Sumber/Foto : Tok Anjang
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Bandingkan Diri Sendiri Dengan Orang Lain, Salah Satu Caranya Menjaga Inner Peace

Isi Kandungan
ToggleTeryata bukan mudah menjaga inner peace. Kadang-kadang mak-mak seolah tidak memikirkan sesuatu berkara, namun dalam tak sedar kita fikirkan jua. Sudahnya hati jadi tidak tenteram seterusnya terganggu emosi.
Sesungguhnya setiap orang miliki cara yang tersendiri menjaga inner peace. Oleh itu jangan bandingkan diri sendiri dengan orang lain, jadi ini adalah salah satu caranya menjaga inner peace.
Ikuti perkongsian Puan Siti Suryani Yaakop dan fahami apa yang dia cuba sampaikan:
Menjaga inner peace…
Pertama, usah bagi nasihat pada seseorang kecuali saat dia minta. Menasihati ketika orang hendak dengar ilmu. Menasihati masa orang tak sedia mendengar; bebel. Lepas bebel kita pula naik marah.
Kedua, hendak bangkang apa-apa, cukuplah dua kali saja. Supaya sekurang-kurangnya orang tahu kita pun ada pandangan dan prinsip kita sendiri. Banyak kali cakap sakit jiwa dibuatnya. Lagi-lagi dengan orang yang otak dia tak duduk berdekatan dengan telinga.
Ketiga, terutama sekali jangan bercakap banyak masa marah. Jauh. Diam. Sampai kita tenang semula. Kalau sudah jadi panjang-panjang, berhenti. Marah ini tidak akan pernah elok akibat dia. Nanti yang menyesal, kita juga.
Baca Juga Di sini:
Mudahnya Nak Bagi Rezeki Suami Melimpah Ruah, JAGA HATI Dan Hargailah Isteri
Isteri Tak Kisah Terima Lelaki Anak Emak, Paling Penting Suami Pandai Jaga Hatinya
Selisih Faham Ipar Duai Dan Biras, Makan Hati Bertahun-tahun Sebab Nak Jaga Hati
Jangan Banyak Berkecil Hati
Seterusnya, kena faham satu perkara. Bukan semua orang baik pada kita itu baik dengan kita. Bukan semua orang tak tunjuk baik pada kita itu tidak baik dengan kita. Faham benda ni, senang cerita. Jangan banyak sangat berkecil hati. Nanti hati susah nak jadi besar.
Selain itu juga, akan sentiasa ada orang tak suka kita dalam hidup ni. Kadang kita tak buat apa pun pada dia. Kadang tak kenal pun dia. Mudah saja. Biarkan. Bukan dia bagi kita makan.
Di samping itu, selagi namanya bincang, tone suara sentiasa rendah dan terjaga. Kalau sudah tinggi suara, itu gaduh namanya. Setiap benda pasti ada cara diselesaikan. Dengan baik. Dan baik-baik. Kalau dah tinggi suara, bukan dah tu. Jauh dulu.
Kita ni kalau buat baik 10 kali, orang tak kata. Buat salah sekali, 10 kali orang mengata. Terangkan. Sekali saja. Cukup. Nak kata juga, takpa. Fahamkanlah diri kita. Dia itu kan memang manusia. Kalau kambing senang. Tak cakap apa.
Abaikan Perkara Yang Tak Penting
Jangan komen untuk benda picisan yang kita tak tahu menahu dan tak penting diambil tahu. Kadang benda langsung kita tak payah sibuk inilah yang paling sibuk kita nak buat sibuk.
Jangan lupa, hormat diri kita untuk dihormati. Pandangan pertama orang pada kita sangat penting. Kalau kita tak jaga, susah nak baiki lagi di lain masa. Ini bukan pasal fake atau tak fake. Ini pasal adab.
Tidak ada benda lebih penting dalam dunia ini lebih dari famili. Tidak berbaloi bawa segala negativiti masuk dalam rumah sebab famili kita tak buat salah. Tinggalkan semuanya di luar pintu sebelum tapak kaki masuk melangkah.
Jangan Bandingkan Diri Sendiri Dengan Orang Lain
Akhir sekali, jangan bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang ada kehendak dan identiti berbeza. Ciptalah identiti kita sendiri di tapak dan puncak yang sepatutnya.
MW: Sebaiknya hargailah hidup ini sebaiknya, tidak perlu bermusuhan atau bersengketa.
Sumber: Puan Siti Suryani Yaakop
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI