Ini Cara Mudah Lagi Pantas Mak-Mak Boleh Masak Pulut Guna Rice Cooker, Zap Zap 15 Minit Siap!

Share

Mudah sebenarnya mak-mak nak masak pulut sendiri di rumah walaupun tiada periuk pengukus, hanya gunakan periuk nasi je. Bukan apa, jika masak atas dapur, kalau tak pandai buat pulutnya jadi keras, hangit, jelantah atau lembik. Menerusi perkongsian oleh Puan Ya Norma

, cara masak pulut gunakan periuk nasi atau rice cooker lebih ringkas dan mudah, 15 minit je dah siap!

Berikut antara tunjuk ajar perkongsian beliau;

“Ni untuk orang yang tak ada periuk pengukus dekat rumah boleh la cuba,pulut memang lembut elok.Ambil masa 15 minit saja.Memang mudah dan pantas..zap zap zap siap..”

Boleh tengok video dan gambar yang saya post kan sekali tu ya.

Bahan-Bahan:

2 cawan beras pulut
1 cawan air panas *
1 cawan santan *
1 sudu besar minyak masak *
1 sudu kecil garam *

Cara Membuat:

1. Basuhkan beras pulut.
2. Kemudian masukkan kesemua bahan yang bertanda * ke dalam periuk nasi dan tekan tombol untuk memasak.
3. Bila nampak wap panas keluar, buka penutup rice cooker dan kacau pulut. Ini untuk mengelakkan pulut jadi berketul.
4. Kemudian biarkan sehingga pulut betul-betul masak dan siap dihidangkan.

Siap,mudah dan ringkas.

Pulut boleh dimakan bersama durian, mengenangkan sekarang durian murah..hehe Boleh juga dimakan degan ikan masin,lagi sedap.

Siap Selamat Mencuba!

Mudah je kan, boleh lah mak-mak buat sendiri cuba masak pulut di rumah.

Sumber: Ya Norma

Published by
Suhaidah Abd Wahab