Bila dah jadi mak, secara automatik nak tak nak mesti membebel bila ada saja anak-anak buat perkara yang boleh buat mak-mak rasa geram dan marah. Silap percaturan, pasangan pun boleh kena sama.
Rasanya mak-mak tak adalah nak membebel sekadar nak bagitau atau terangkan. Tapi bila sudah rasa penat dan ada orang dalam rumah buat hal, dari satu perkataan boleh jadi berpuluh patah. Bimbang, seorang yang buat hal, habis semua orang dalam rumah kena bebel oleh mak.
Begitulah mak-mak, bukan suka-suka nak membebel tapi lumrah seorang ibu. Bukan semua mak yang suka membebel, ada juga mak-mak yang lebih kepada senyap dan ada yang tak ‘reti’ membebel.
Bila tak reti membebel, ia terbalik kepada pasangannya pula suka membebel. Orang cakap, bila lelaki membebel lagi pedih. Tak tahulah betuk atau tidak.
Walau bagaimanapun, kalau mak-mak rasa tak nak membebel, boleh cuba latihan ini. Perkongsian daripada Nurhidayah Jaafar. Mungkin mak-mak boleh praktis dari sekarang!
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Anak Tak Dengar Cakap Bukan DEGIL, Mak Ayah Gunalah Bahasa Mudah Bukan BEBEL
Realiti Hidup Mak-Mak, BEBELAN Itulah Punca Anak Berjaya, Bukannya Berlembut 24 Jam
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Dua latihan untuk menjadi isteri yang tidak membebel.
LATIHAN SATU
Bercakap cukup-cukup, 1 hingga 2 ayat sahaja.
“Abang, tolong angkat kain.” – CUKUP
Tidak perlu sehingga begini.
“Abang, nampak tak hujan kat luar tu. Tolonglah angkat kain tu kejap. Sayang nak tengok budak-budak ni kelas online. Sudah-sudahlah main Facebook tu!” (Berhenti sekejap sebab suami ke luar).
(Kemudian suami masuk bawa kain)
Isteri sambung semula, “Haa nasib sempat angkat. Ishhh, kalau tak basah tadi, dah kena basuh semula. Macam semalam, habis semua kena basuh. Semua tak sedar kan… Leka tengok TV.”
Aduh! Ini sudah TERLEBIH CUKUP.
LATIHAN DUA
Jawab mengikut skema jawapan peperiksaan.
Apabila suami tanya, “Darling, sudah makan?
Kita jawab begini saja, “Belum abang!” – LULUS
Tidak perlu panjang begini.
“Belum lagi. Tadi sibuk kat ofis. Bos tu nak macam-macam. Penat! Nak masak pun tak larat. Kita makan kat luar sahajalah!” – TAK LULUS
Mingguan Wanita : Ini baru betul. Kena bagi jawapan yang tepat. Tak perlu bagi jawapan dan ulasan lain.
Sumber: Nurhidayah Jaafar
Baca Menarik Lain DI SINI: Isteri Membebel Bukan Suka-Suka, Tapi Sebenarnya Dia Nak Perhatian Suami
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
oup khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
TERBARU!!!
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita