Sebelum Bagi Suami PINJAM DUIT, Kena Buat Perjanjian Bukan Mengungkit Tapi Peringatan!

Share

Suami pinjam duit dengan isteri. Mungkin itu perkara biasa dan ada pula isteri tak kisah pun bab-bab berhutang ini. Maklum saja hidup suami isteri kena saling tolong menolong. Apalah nak berkira sangat kan!

Walau bagaimanapun, hutang tetap hutang. Mungkin sepanjang hidup bersama isteri boleh pejam mata bila suami pinjam duit. Tapi, kalau ditakdirkan jodoh tidak panjang, apa yang perlu isteri lakukan. Nak tuntut balik apa yang suami hutang itu, ada bukti atau sebagainya?

Suami pinjam duit ini bukanlah termasuk hutang nafkah tapi suami hutang duit isteri untuk beli barang keperluan dirinya, buat pinjaman atau boleh jadi hutang wang hantaran. Jadi, bagaimana isteri nak tuntut kembali apa yang suami hutang itu.

Bercakap tentang suami pinjam duit isteri ini, Tuan Khairul Fahmi Ramli, peguam syarie berkongsi tentang apa yang patut isteri lakukan sebelum beri pinjam duit pada suami.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: MEMINJAM DUIT, Jangan Sampai Orang Mengemis Duit Sendiri, Bayarlah Hutang!

Jangan Tunda Bayar Hutang, Jadi Asbab ‘Putus Saudara’ & Tersekat Urusan ‘Di Sana’

Info Lebih menarik DI SINI

Pinjam Duit, Perkara Perlu Isteri Lakukan

Saya kongsikan tentang 5 perkara isteri perlu lakukan kalau nak bagi pinjam wang ke atau barang berharga kepada suami.

Lebih-lebih lagi bila isteri sudah berpisah dengan suami dan macam mana nak tuntut balik duit yang dipinjam kepada bekas suami.

1. Kena catat & buat perjanjian bertulis
Kalau anda nak pinjam duit dekat bank, ada ke bank bagi macam tu saja duit kepada kita? Tak bukan? Bank mesti akan buat satu perjanjian bertulis, berapa yang diberi, berapa kena bayar setiap bulan.
Macam tu juga anda. Kalau nak bagi pinjam duit pada suami, apa salahnya buat Perjanjian Bertulis yang proper. Lagi power kalau ada cop pesuruhjaya sumpah. Bukan nak berkira dengan suami, tapi Al-Quran yang suruh catat hutang.
Anda kena ingat, kalau pun mungkin anda tak bercerai hidup, tapi pasti akan ada kematian. Kalau suami mati dalam keadaan dia berhutang dengan isteri, macam mana anda nak beritahu suami ada buat pinjaman kepada anda di Mahkamah?
2. Dokumen harta anda yang nak diberi pinjam
Ramai isteri yang pernah bagi pinjam harta seperti barang kemas hantaran kahwin dulu untuk digadai oleh suami. Tapi, masalah besar adalah, surat pajak barang kemas yang digadai tu anda tak simpan. Suami yang pegang. Kemudian, anda pun tak tahu dimana digadai.
Kalau anda jenis simpan duit sendiri, bukan melalui bank ke, ASB, KWSP ke, payah kalau anda nak buktikan tentang dokumen pemilikan harta anda tersebut. Jikalau pun anda mungkin simpan duit berkepok-kepok di rumah, nak bagi pinjam pada suami, masukkan dulu duit tersebut di bank anda. Barulah ada bukti itu duit anda.
3. Jangan bagi duit By hand atau Cash Deposit
Ini kesilapan yang paling besar kalau nak bagi pinjam duit pada suami. Banyak isteri selalu bagi dalam bentuk cash sama ada ke atas tangan suami terus atau anda pergi bank dan buat pembayaran secara Cash Deposit. Kalau by hand tak ada bukti anda bagi pinjam, kalau cash deposit, resit itu akan pudar.
Suami juga boleh menafikan yang anda bagi duit sebagai pinjaman sahaja. Dia boleh saja cakap, duit itu anda bagi sebagai ‘sedekah’ atau ‘hadiah’. Yang terbaik adalah, Online Transfer dan tuliskan Reference, ‘Suami Pinjam Bayar Hutang Kereta Dia’ contohnya.
4. Saksi seorang at least
Dalam Islam, selain daripada membuat catatan hutang, kena ada sekurangnya seorang saksi. Kalau anda buat pinjaman di bank pun, dia akan mintak untuk dinamakan seorang ‘penjamin’ kan. Anda pulak, tak kan nak bagi pinjam senyap-senyap.
Kena ada saksi yang tahu tentang hutang yang anda beri, siapa pemiutang dan siapa penghutang. Ingat, kalau anda tuntut di Mahkamah, saksi itu adalah bukti penting. Kalau anda menangis air mata darah sekalipun dihadapan hakim, itu bukan bukti.
5. Perbualan Whatsapp/Email/Mesej
Salah satu benda yang boleh membuktikan tentang hutang suami adalah perbualan anda di dalam Whatsapp contohnya. Anda perlu remind suami anda, untuk peringatkan tentang hutang yang diberi.

Kalau suami cakap, anda asyik mengungkit, cuba beritahu, ‘saya peringatkan bukan sebab apa, bimbang dalam kubur nanti roh tergantung atau awak tersungkur di pintu syurga pulak sebab hutang awak di dunia ni’.

Syukur la kalau ada orang peringatkan tentang hutang, kalau pinjam Ah Long, bukan setakat peringatkan, tapi nyawa pun terancam.

Kesimpulan,

Jangan buat main-main tentang hutang. Kalau anda berhutang dengan siapa sekalipun, ini prinsip berhutang yang perlu diamalkan. Kalau bagi pinjam sikit-sikit, terpulanglah nak buat atau tak. Tapi, kalau nak bagi pinjam jumlah besar, RM10k, RM20k, RM100k ini sangat rugi kalau tak buat.

Mingguan Wanita : Bagi isteri, bagi pinjam duit pada suami tak kisah tapi kalau dah kata ‘HUTANG’ kenalah bayar kan. Satu peringatan untuk isteri.

 

Tonton Meja Syariah yang membincangkan tentang ‘Suami Hutang Isteri, Jangan Tak Bayar!’ yang menyentuh isu suami pinjam duit isteri.

 

 

Sumber: Khairul Fahmi Ramli

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:

JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.

( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )

Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.

( https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/ )

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora