Sekarang ini, air fryer cukup disukai oleh mak-mak. Bukan apa, dengan satu periuk tu, mak-mak boleh masak macam-macam. Daripada lauk pauk hinggalah ke pencuci mulut. Memang berbaloilah. Jimat masa.
Walau bagaimana pun, kalau guna tanpa dibersihkan, rasanya memang kotor. Setakat bersihkan yang dalam sahaja tidak mencukupi. Kali ini Amanda Tan @ Amijamu siap ajar satu persatu cara nak bersihkan air fryer. Amat berguna buat mak-mak yang tak tahu cara bersihkan secara mendalam.
Saya kongsikan cara membersihkan Air Fryer kita. Harap perkongsian saya memberi serba sedikit manfaat kepada semua!
Peralatan Yang Diperlukan:
Cuka Buatan
Soda Bikarbonat
Span Lembut
Sabun Cuci Pinggan
Kain Bersih
Berus Plastik
NOTA KAKI:
1. Sebelum mencuci Air Fryer, pastikan Air Fryer sudah sejuk dan dicabut suisnya. Ini langkah keselamatan.
2.Gunakan berus plastik atau span lembut untuk menyental, menggosok dan bilas. Jangan gunakan span besi nanti coating akan tercalar dan tertanggal.
Cara cuci bakul
a. Keluarkan bakul dari AF.
b. Lapkan bakul dan bakul jaring menggunakan tisu untuk menyerap lebihan minyak dari bakul.
3. Bahan rendaman bakul ialah soda bikarbonat 1/2 sudu dan cuka putih 1 penutup. Langkah ini untuk mencuci dan menanggalkan kotoran yang degil. Kalau bakul tiada sisa yang melekat, boleh terus guna sabun.
Ads
4. Tuang air panas ke dalam bakul dan rendam selama 5 ke 10 minit sambil itu gosok dengan berus plastik untuk menanggalkan sisa kotoran degil. Buangkan air bersama sisa kotoran
5. Guna span lembut bersama sabun pencuci untuk membilas bakul jaring dan bakul Air Fryer. Cuci dengan air bersih. Lap kering dan ketepikan.
Ads
Cara Cuci Bahagian Dalam Air Fryer
1. Baringkan Air Fryer pada bahan lembut seperti tuala atau bubble wrap untuk elakkan calar. Pastikan bahagian wayar tidak dihempit untuk mengelakkan kerosakkan atau patah.
Ads
2. Ambilkan kain lembap untuk lap bahagian pemanas /koil Air Fryer ikut bulatan. Pastikan perah keluar semua air supaya tiada titisan air. Ini untuk mengelakkan kerosakan bahagian pemanas.
3. Lap sekitar bawah Air Fryer. Kalau kain kotor, sila cuci dengan sabun dan perah keluar air dan sambung lap sehingga bersih.
4. Lap bahagian badan luar Air Fryer.
5. Lap bahagian ekzos belakang Air Fryer untuk memastikan tiada gumpalan habuk.
MW: Senang kan. Lepas nie , cuba tengok air fryer mak-mak bersih ke tidak? Nanti bolehlah bersihkan cara Amoijamu ini. Sangat membantu kan!
Artikel ini telah disunting dan mendapat keizinan daripada penulis
Sumber: Amanda Tan @ Amoijamu
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi mak-mak yang suka bersolek dan tiada meja solek boleh buat sendiri ‘Vanity Mirror’ ni. Memang mudah dan menjimatkan sebab tak perlu nak buat sambungan ‘wiring’ malah tak guna elektrik pun. Hanya guna bateri AAA secukupnya dan barang-barang pun boleh beli di kedai MR DIY je. Bukan apa, sewaktu bersolek memang memerlukan pencahayaan yang secukupnya. Bila pasang lampu LED light ni, solekan nampak lebih jelas.
Boleh suruh encik suami buatkan atau pasang sendiri pun boleh. Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Nur Farhana Md Yusuff ni.
Bukan mudah sebenarnya nak tanam pokok kucai. Kalau tak kena gaya, memang tak hiduplah. Ada dua cara, satu semai benih. Satu lagi cara tanam dari ubinya.
Pekebun kecil ini, Siput Lala berkongsi cara beliau menanam pokok kucai atas batas. Cara ini lebih teratur dan nampak kemas. Pokok kucai pun dapat hidup subur nanti.
Cara Tanam Kucai Atas Batas Tanah Berbaja
“Ni saya nak kongsi tip cara tanam sayur. Tapi ni untuk projek kucai saya.”
1. Buat batas. Biasanya batas saiz dalam 3 kaki. Kalau kecik dalam 2 kaki pun takpa. Sediakan lorong untuk keluar masuk. Biarkan dalam 3 kaki jugak. Sebab senang nak lalu lalang wat keja nanti. 2. Dah siap batas boleh letak baja organik. Tak Kira tahi ayam ke tahi kambing ke.. tak kisah. Saya pakai tahi ayam proses jenis halus. Sebab senang buat kerja. Tabur je atas batas. Untuk 8 batas saya ni boleh guna dalam 1 guni baja tahi ayam. Proses ni.. kalau guna yang dari kandang kena biarkan dalam 2 minggu baru boleh becucuk tanam.. macam baja proses ni dalam 3 hari boleh pakai dah. 3. Ok, dah siap tabur semua baru perata tanah bagi kemas-kemas balik batas kita. Kukuhkan tebing batas supaya hujan tak runtuh. Saya kepung bata ja. Dah siap biar 3, 4 hari baru lah masuk benih apa yang kita nak tanam.
Hasil Pokok Kucai Yang Sudah Membesar
√ Kucai ini boleh disemai dari biji atau ubi dia. Kalau pakai biji kena ada rumah semaian. Percambahan dia makan masa. Kalau uni boleh tanam terus dalam sebulan lebih boleh dapatkan hasil.
√ Jadi cepat dan pertumbuhan sekata.
√ Ubi kucai yang banyak boleh dipecahkan kepada beberapa pasu. Dapatlah hasilnya yang banyak nanti.
MW : Memang benar, tanam kucai dari ibu lebih senang. Malah, pokok kucai lebih tahan lama malah boleh cecah bertahun-tahun. Lebih mudah nak tumbuh anak baru. Ini daripada pengalaman wartawan sendiri yang pernah menanam pokok kucai dari ubinya.
Memang geram bila dedaun hijau pada tanaman berlubang-lubang, ‘dikerjakan’ oleh serangga perosak. Baik siput, ulat, bena dan sebagainya. Rupanya salah satu cara untuk elakkan perkara ini berlaku, mak-mak boleh buat sendiri racun serangga organik yang mesra alam dengan menggunakan air rebusan Bunga Cengkih.
Bunga cengkih boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengawal serangga perosak di laman dan antara pilihan racun serangga organik yang paling mudah untuk disediakan. Cara membuatnya pula cukup mudah.
Bahan-Bahan Diperlukan;
2 Sudu Besar Bunga Cengkih
1 Liter Air
Cara Membuat:
1.Reneh 2 sudu besar bunga cengkih ke dalam 1 liter air.
Kredit Gambar:Azlina Ahmad
2.Biarkan air rebus mendidih sepenuhnya dan matikan api.
3.Biarkan air rebusan sejuk sepenuhnya.
4.Selepas itu, tapis dan masukkan air rebusan ke dalam botol semburan.
Kredit Gambar:Azlina Ahmad
Cara Semburan:
Sembur air rebusan bunga cengkih tadi di seluruh permukaan tanaman terutamanya di bahagian bawah daun dan pangkal pokok.
Sembur air rebusan ini 2 kali sehari selepas siram air pada tanaman, setiap pagi dan petang
Selain itu, antara kegunaan lain Bunga Cengkih juga ialah;
Mencegah Semut
Cara untuk atasi semut dengan menggunakan bunga cengkih sangat mudah. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengisar bunga cengkih secukupnya dan taburkan ia di kawasan yang kelihatan kehadiran semut.Semut-semut pasti tiada lagi kerana tak sukakan baunya.
Mencegah Lalat
Bagi mencegah lalat yang sering menghurung makanan pada atas meja pula, cara juga mudah. Ambil limau nipis/limau purut/lemon kemudian belah dua bahagian.Cucuk bunga cengkih pada permukaan buah yang dipotong tersebut. Letakkan buah yang telah di cucuk bunga cengkih tadi di kawasan yang sering dihinggapi lalat. Nak lebih berkesan, letakkan lebih dari satu biji buah di cucuk cengkih.
Mengawal Rumpai
Selain menggunakan racun serangga yang mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan persekitaran, boleh juga gunakan ramuan bahan dapur dengan bunga cengkih ini. Untuk menyediakan racun rumpai organik, hanya perlu sediakan pati minyak Bunga Cengkih terlebih dahulu. Kemudian, campurkan secubit garam bersama 20 titik minyak pati Bunga Cengkih bersama 500ml cuka di dalam botol penyembur. Kocak sehingga semua bahan rata dan sebati kemudian sembur pada rumpai yang hendak dimusnahkan.
Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!
MW: Banyak kegunaan Bunga Cengkih ni pada tanaman. Boleh cuba tip dan petua yang dikongsikan ini.