Ini Cara Betul Buat ‘Mashed Potato’ Sedap Macam Kat Kedai, Jangan SALAH TEKNIK

Share

Mashed potato, hidangan yang biasa ada bagi sesetengah kedai makanan segera atau makanan barat. Ia juga menjadi pilihan untuk anak-anak jika tak nak makan nasi. Ini pun dah cukup kenyang.

Peliknya, bila rasa mashed potato yang mak-mak beli dengan buat sendiri memang tak sama. Padahal bahan yang digunakan tetap sama. Apa rahsia yang digunakan.

Rupanya, boleh saja mak-mak buat di rumah dan kalau nak tahu ada banyak resipi yang boleh digunakan untuk membuat mashed potato. Mungkin salah satu tak sedap dengan yang mak buat ialah salah teknik.

Apa yang dikatakan salah teknik tu, Nana Ismail, ada jawapannya. Nanti bila dah tahu, kena buat dan tentu mak-mak tahu perbezaannya sebelum ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: TIP Simpan CILI KISAR Tahan Lama Tak Rosak Berkulat, Senang Guna!

Tip Simpan Limau Nipis Dalam Freezer, 3 Minggu Masih Elok Tak Kering

Info Lebih Menarik DI SINI

7 SEBAB Mashed Potato Tak Sedap

Zaman sekarang semuanya di hujung jari je. Taip google nak resipi itu ini kompenn bersepah-sepah.

Sayangnya ada yang ikut resepi sepenuhnya dah betul, TAPI SALAH TEKNIK plak dah.
Nak masak biar berseni sikit bukan asal campak-campak tak kena gaya.

1. Salah Guna Kentang

Terdapat dua jenis kentang – Waxy dan Starchy. Yang menjadikan kentang putar sedap adalah bila anda menggunakan kentang jenis Starchy. Waxy (seperti kentang putih atau berkulit merah) boleh menjadi kusam apabila dilecek dan tidak menyerap sebilangan besar rasa lemak butter. Gunakan kentang Starchy (kentang kuning yang biasa) seperti Russet atau Yukon Gold.

2. Potong Terlalu Kecil

Potongan kecil boleh memasak lebih cepat, tetapi ia mengambil terlalu banyak air, mencegah penyerapan mentega dan krim. Begitu juga jika potongan tidak sekata (besar @ kecil), kentang tidak masak pada kadar yang sama – tidak cukup matang bila dilenyekkan. Jadi, potong semua kentang dalam saiz sederhana yang sama.

3. Tak Letak Garam

Caranya letak garam terlebih dahulu dalam air. Jadi kentang akan menyerap garam ketika masak dan menjadikan ia lebih beraroma dan enak. Berbanding jika anda masak kentang tanpa meletakkan garam atau menunggu bila kentang masak baru ditaburnya garam. Keadaan itu akan membuatkan kentang tidak mempunyai rasa dan tidak sedap.

4. Kentang Terlebih Masak

Kentang yang terlebih masak membuatkan kentang putar berair. Apa yang perlu dilakukan? Masak kentang sehingga betul-betul masak. Anda tahu mereka sudah masak bila anda mencucuk garfu atau lidi dalam kentang dengan baik tanpa sebarang halangan.

5. Guna Mentega Dan Krim Yang Sejuk

Mentega dan krim adalah bahan penting untuk membuat kentang putar kaya dengan rasa. Jika anda menambahnya terus dari peti sejuk, ia menyejukkan campuran dan mengelakkan molekul kanji kentang menyerap sepenuhnya. Jadi sebaiknya anda panaskan mentega dan krim (secara berasingan dalam satu minit) sehingga mentega dan krim mencair. Jadi, bila digabungkan kesemua kentang putar akan lagi sedap!

6. Letak Krim Dan Mantega Serentak

Kebanyakan orang meletakkan mentega dan krim pada masa yang sama. Jangan kerana ia hanya akan membuatkan kentang putar terasa pelik. Apa yang perlu dilakukan, masukkan mentega cair secara berasingan dan kacau rata. Kemudian tambahkan krim dan kacau lagi, hasilnya rasa kaya dan tekstur berkrim.

7. Overmixing

Jika anda asyik kacau kentang putar, terlalu banyak kanji dikeluarkan. Kentang putar akan menjadi terlalu gebu, berlemak dan langsung tidak menyelerakan. Apa yang perlu dilakukan ialah kacau secara lembut dan kalau boleh gunakan tangan supaya anda tahu setiap tekstur kentang. Kalau nak cepat boleh guna food mill atau old-fashioned hand masher ikut pilihan mana ada.

Mingguan Wanita : Rupanya salah teknik ye, walaupun dah guna resipi 100% yang diberi. Kali ini mesti jadi kalau tengok pada sebab mashed potato yang mak-mak buat tak sedap atau tak jadi. Selamat mencuba!

Sumber: Nana Ismail

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora