“Ini bukti kemalangan, pemilik dashcam kongsi rakaman penunggang motosikal maut dilanggar penyanyi rock. Sejak semalam dilaporkan penyanyi rock popular tahun 80-an, Alim Kriss terlibat dalam kemalangan jalan raya di di Jalan Kuantan-Maran berhampiran susur Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Unipsas).
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, Alim atau nama sebenarnya Abdul Halim Mohd Bukhari dikatakan memandu kereta jenis BMW dipercayai terlanggar sebuah motosikal menyebabkan penunggang, Eddy Kusmiran Ambi, 61 meninggal dunia di tempat kejadian.
“Ini Bukti Kemalangan”
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, penyanyi lalu Tiara itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika penyanyi itu memandu dalam perjalanan dari arah bandar Kuantan menghala ke Rompin.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah sama dipercayai mengubah lorong secara tiba-tiba dari kiri ke laluannya di sebelah kanan.
Ads
“Ekoran ekoran jarak terlalu dekat, vokalis Kris itu gagal mengelak lalu terlanggar motosikal tersebut menyebabkan penunggangnya, seorang buruh binaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.
Pemilik Dashcam Kongsi Rakaman Penunggang Motosikal Maut Dilanggar Penyanyi Rock
Namun di sebalik kemalangan itu, orang ramai yang melalui tempat kejadian menampilkan satu bukti rakaman dashcam menunjukkan penunggang motosikal sememangnya berada di lorong kanan dan tidak dilihat cuba mengubah kedudukannya semasa kemalangan terjadi.
Ia dirakamkan dari dashcam seorang pemandu dan dimuat naik oleh individu Semerah Darah di FB Grup Kemalangan Jalan Raya Hari Ini 2023 memperlihatkan penunggang motosikal telah berada di laluan kanan sebelum dilanggar dari arah belakang hingga terpelanting dan maut di tempat kejadian.
Dapat dilihat juga kereta itu dipandu agak laju dan tidak sempat membrek sebelum melanggar penunggang motosikal berkenaan.
Dirinya menulis ringkas, “berita fitnah, ini bukti kemalangan” (katanya merujuk kepada laporan dibuat oleh akhbar mengenai kejadian itu dengan memetik sumber polis).
Ads
Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Eddy Kusmiran. Apa pun, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan sewajarnya. Waallahualam.
Tiket konsert Coldplay tidak sah jadi mahar mas kahwin, ia tidak ada nilai & suami dikira berhutang dengan isteri kata Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman.
Bahkan pemberian tiket begini, bercanggah dengan hukum syarak kerana pemberian tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin dikategorikan sebagai tidak sah kerana ia tidak mempunyai nilai.
Tiket Konsert Coldplay TIDAK SAH Jadi Mahar Mas Kahwin
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman mengulas isu yang viral di media sosial berikutan seorang suami di negeri sebarang, Indonesia memberikan tiket menonton konsert kumpulan popular Coldplay yang akan berlansung November akan datang di Jakarta.
“Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu.
“Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu.
Ia Tiada Nilai & Suami Dikira Berhutang Dengan Isteri – Mufti Pahang
“Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, tambah Abdul Rahman, mas kahwin biarpun tidak disebut perkahwinan tetap sah.
Jelasnya, tetapi jika semata-mata tiket Coldplay menjadi mas kahwin maka ia tidak sah kerana disifatkan tiada nilai.
Pada Isnin, media melaporkan, seorang pasangan pengantin tular di media sosial Indonesia selepas menjadikan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin mereka.
Frozen food atau makanan sejuk beku memang antara makanan pilihan mak-mak yang sibuk. Ia memudahkan dan mempercepatkan masa mak di dapur. Rupanya ada cara yang betul nak pilih makanan sejuk beku di pasaraya. Pilihan yang tepat membantu mak-mak sediakan makanan selamat untuk keluarga dan anak-anak.
Consultant Dietitian, Nabeelah Azmi memaklumkan hal ini, ada 4 cara betul nak pilih makanan sejuk beku untuk disajikan pada anak-anak dan suami. Mudah saja rupanya tak berbelit-belit pun.
Kata Nabeelah, “Tipulah kan kalau ada orang cakap dia tak pernah makan makanan sejuk beku atau frozen food. Frozen food ni memang memudahkan kerja para ibu yang bekerja sebab ia sudah dimasak terlebih dahulu (pre-cooked) dengan cara goreng.
“Tapi, bila ia mudah dimasak, mudah juga untuk kita masuk ke hospital nanti kalau tak berjaga. Ok, jadi ini cara kalau anda nak pilih makanan sejuk beku dan baca label dengan betul.”
Gambar A
Gambar B
CARA PILIH & BACA LABEL MAKANAN SEJUK BEKU ‘FROZEN FOOD’
1. Lihat Label Bahan: Protein & Lemak
Kandungan protein WAJIB MELEBIHI lemak. Sebagai contoh gambar di bawah, Bella ada buat perbandingan A & B.
Gambar A menunjukkan kandungan protein lebih dari lemak untuk setiap hidangan: 12 g protein > 5g lemak. Jadi anda boleh lihat banyak isi ikan daripada lemak yang digunakan.
Gambar B protein kurang dari lemak jadi anda sudah tahu ia tidak sihat.
2. Pilih Bahan Dari Sayuran > Ikan > Ayam > Daging
Kalau terpaksa juga pilih makanan sejuk beku ni atas alasan tak sempat masak atau tiada makanan segar, pilih yang banyak menggunakan sayuran, atau ikan. Kurangkan ayam dan daging.
3. Bakar, Stim Atau Pan-Fried
Makanan sejuk beku ni dah digoreng sebelum dibekukan, jadi pilih cara masak yang lebih sihat seperti yang dicadangkan di atas.
4. Sekali Sebulan
Kurangkan kekerapan mengambil makanan sejuk beku. Sebab ia sejuk beku, masih ada bahan pengawet yang mungkin berbahaya untuk kesan masa panjang.
Teka teki mengenai status perkahwinan Laudya Cynthia Bella, 32, dan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 45, akhirnya terjawab apabila pelakon tersebut mengesahkan dia sudah bercerai dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 45, hari ini sekali gus menjawab persoalan mengenai badai perkahwinan mereka.
Berpisah Cara Baik
Menurut Laudya, keputusan perceraian itu dibuat secara sepakat di antara kedua-dua pihak dan ia dilakukan dengan cara yang baik.
“Berhubung berita teka-teki mengenai rumah tangga kami, saya ingin menjelaskan bahawa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik.
“Sudah pelbagai usaha kami lakukan yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT. Rumah tangga kami hanya sampai di sini. Segala proses kami juga lalui dan saat ini semuanya sudah selesai.
“Dua tahun beliau menjadi suami saya, banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya peroleh. Insya-Allah semua itu saya jadikan bekalan, boleh saya simpan untuk menjadi wanita yang jauh lebih baik lagi,” katanya dalam program Insert Pagi.
Minta Sokongan Semua
Laudya berharap penjelasan itu dapat menjawab pertanyaan yang menjadi tanda-tanya dalam kalangan ramai selama ini.Dia juga meminta sokongan semua agar dia dapat terus kuat menjalani kehidupan sehariannya.
“Saya mohon maaf kalau ada kata-kata atau sikap saya yang kurang menyenangkan. Saya perlukan sokongan dari teman-teman semua dan mohon doakan saya,” katanya.
Laudya dan Engku Emran melangsungkan pernikahan di Kuala Lumpur pada 8 September 2017.
Selepas sah menjadi isteri Engku Emran, anak kelahiran Bandung, Jawa Barat itu memutuskan untuk tinggal di Malaysia bersama suaminya.
Pasangan ini juga tidak dikurniakan anak.
MW: Walaupun perpisahan yang terjadi semoga pasangan ini terus kuat menjalani kehidupan. Doakan sahaja yang baik-baik buat mereka.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...