Dek kerana terlalu sayang, sedar tak sedar ramai ibu bapa melahirkan Tuan. Yang sanggup buat apa sahaja untuk anak demi menjaga hati anak. Turutkan kata sampai anak buat keputusan sendiri tanpa berbincang malah sanggup ‘sumbat’ anak apa saja yang kononnya nak senangkan hati anak dan akhirnya bentuk anak jadi tuan!
Namun kesilapan mak ayah hari ini, untuk jentik hati kita dan betulkan mana yang silap dalam bab mendidik anak-anak jemput baca perkongsian Puan Sharifah Zahidah ini…
“Hah, dengar tu?”
Tiba-tiba ada suara seakan menyergah dari belakang.
Rupanya, seorang Ibu yang sedang cakap dengan anak perempuannya yang saya anggarkan sekitar umur 8-9 tahun.
Saya pula time tu ada dengan Maryam tengah di depan peti aiskrim di 7Eleven.
Sekali sekala, nak belanja Maryam makan aiskrim.
Kemain excitednya dia. Dapat saya lihat dari matanya yang melilau menembusi cermin lutsinar peti aiskrim dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri semula , mencari-cari aiskrim yang menyelerakan dia.
Tengah dia ralit memilih dengan mata, saya titipkan pesanan yang selalu saya ulangi apabila kami pergi beli barang sama-sama, di mana-mana pun.
“Ok kakak pilih apa yang kakak nak. Kalau ibu kata ok, kita beli. Kalau ibu tak setuju, kakak cari lain. Ok sayang?” Saya mengingatkan. Ingatan yang dia sudah faham sejak dulu lagi.
“Okey ibu..” Dengan suara cerianya.
Dan di saat saya habis pesan macam tu pada Maryamlah, si ibu tadi menyelit dengan kata-katanya, “Hah, dengar tu?”
Rupanya, dia terdengar perbualan kami dan ‘tumpang nasihat’ yang sama untuk anaknya, agaknya. Saya kerling tengok anaknya, dah tersipu-sipu sengeh macam budak buat salah. Comel sungguh. Sentap lettew. Haha.
Dalam hati saya terlintas.
“Alang-alang dia dah dengar, harap-harap jadi inspirasi untuk bantu dia handle anaknya sedikit sebanyak selepas ini.”
Dan ada beberapa doa saya lintaskan dalam hati, agar curi-curi dengarnya itu bukan sekadar mencuri dengar perbualan sia-sia, tetapi curi dengar yang memberi ilham, BAGAIMANA SIKAP KITA SEBAGAI IBUBAPA APABILA MEMBAWA ANAK MEMBELI BARANG.
Kita mahu anak kita belajar buat keputusan.
Dalam masa yang sama, kita mahu anak kita TUNDUK HORMAT dan patuh keputusan kita.
Tetapi kita tidak mahu mengongkong anak dengan syarat yang bukan-bukan tetapi dalam masa yang sama, mahu berikan anak kebebasan yang BERPANDUAN. Dan lebih kritikal lagi, dalam kebebasan yang diberikan, kita PALING TIDAK MAHU anak-anak bertukar menjadi tuan.
Maka salah satu cara yang boleh kita lakukan, adalah dengan sentiasa mengingatkan anak-anak dan santuni anak-anak dengan strategi di atas.
Anak-anak wajar untuk belajar membuat keputusannya sendiri. Tapi di akhirnya, ibubapa harus ada untuk beri persetujuan/keredhaan.
Ibubapa pun, raikanlah anak-anak pada keingiannya yang tidak berlawan dengan syarak.
Kadang-kadang, selepas saya beri Maryam buat pilihan dan dia ajukan keputusannya kepada saya, SENGAJA SAYA BERKATA “TIDAK.”
Dia pilih A ke, pilih B ke pilih Z ke, memang awal-awal lagi saya sudah putuskan untuk tidak bersetuju.
Eh macam busuk hati je bunyi kan. Haha.
Walaupun saya buat begitu dengan SENGAJA, saya tidak buat begitu dengan SAJA-SAJA.
ADA SEBABNYA.
Sebabnya, saya mahu dia belajar untuk hormati ibubapa, meyakini dan ada kepercayaan yang tinggi terhadap kebijaksanaan ibubapa dalam buat keputusan, FAHAM bahawa keputusannya tertakluk kepada persetujuan dari ibubapa, dan yang paling KRITIKAL sekali ialah,
DIA TAHU HOW TO HANDLE REJECTION OR DISAPPROVAL!
Itu paling penting.
Kenapa penting? Sebab kepincangan akhlak dan identiti yang banyak berlaku di kalangan remaja hari ini adalah kerana PERINTAH DAN KEINGINANNYA yang TERTANGGUH/TIDAK TERTUNAI GAGAL DIKENDALI DENGAN BAIK yang seterusnya melahirkan emosi jahat dalam dirinya sehingga dia bertindak membenci, memberontak, dan memusuhi ibubapa sendiri.
Dan di saat ini, akhirnya, dia mula berpaling dari keluarganya, dan mencari teman-teman yang turut sama mengalami breakdown yang serupa dengannya. Secara psikologi, PERSAMAAN SITUASI atau PERASAAN akan membuatkan sesuatu kelompok tu lebih KUAT dan ATTACHED antara satu sama lain sehingga dia mula melupakan identitinya yang lain dan IMMERSE (TENGGELAM) dengan identiti baru yang ditemuinya.
Lupa ibubapa, letak tepi keluarga dan kini, kawanlah menjadi raja, dan ibubapa dianggap hamba.
Dalam kes ini, anak-anak yang sama-sama bengang dan memberontak dengan ibubapa akan cenderung mempengaruhi sesama mereka.
Maka di sinilah segala cerita tidak indah pun akan mula berlaku, satu per satu..
Semuanya bermula kerana kegagalan anak-anak ini menerima penangguhan pada keinginannya, dan gagal mengendali emosi of being rejected or disapparoved yang akhirnya menjadi racun dalam diri.
Jadi itu sebabnya, saya kadang-kadang sengaja katakan tidak untuk pilihan Maryam. Supaya dia belajar.
Dan dia pun macam budak-budak lain juga awalnya. Bila saya kata “TIDAK”, muka masam mencuka dan awal-awal dulu dia rebel dan marah-marah juga.
Tapi kita cuma perlu tenang dan LAKUKAN PENEGASAN KITA DENGAN PENUH KASIH SAYANG.
Pandang matanya dan JELASKAN SEBAB mengapa kita tidak bersetuju dan beri dia peluang lain untuk buat pilihan baru.
Dan kemudian, PUJILAH SIKAPNYA DAN PILIHAN BARUNYA itu. Untuk gembirkan hatinya dan untuk KUKUHKAN kepercayaannya bahawa ibu SENTIASA mahukan yang terbaik untuknya dan ibu adalah TEMAN YANG MEMAHAMINYA DAN BUKAN HAKIM YANG MENGHUKUMNYA.
Bila anak semakin dewasa, kita mula beri dia peluang untuk buat keputusan yang lebih besar dengan TANGGUNGJAWAB yang lebih besar. Kita perlu fahamkan kepada anak, setiap keputusan datang dengan tanggungjawab dan kesan. Educate anak tentang perkara sebegini mengikut usia dan perkembangan mereka.
Jangan jadi ibubapa yang terlalu dominan sehingga anak menganggap dirinya banduan.
Jangan pula jadi terlalu permissive sehingga anak berubah menjadi tuan.