Sejak Malaysia di landa pandemik Covid-19, hampir semua rumah pastinya mempunyai sekurang-kurangnya sebotol hand sanitizer untuk kegunaan seisi keluarga. Tetapi harus diingat, jangan sesekali membiarkan anak anda ralit bermain dengan hand sanitizer. Takut pula ada yang terminum hand sanitizer dalam kita tak sedar. Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari anak-anak yang terminum hand sanitizer boleh terdedah kepada risiko keracunan alkohol dan juga sawan.


Memang agak cemas jugak saya masa ternampak Maryam Nafisah duk ralit main botol hand sanitizer seorang diri dekat dalam bilik.

Macam mana lah saya boleh cuai. Terlupa nak letak tempat tinggi.

Cepat-cepat saya ambil botol dari tangan dia. Mujurlah bila saya hidu mulut si Maryam tak ada bau hand sanitizer tu. Risau betul kalau dia terminum cecair dalam botol tu sebab dah ada beberapa kes anak kecil mengalami keracunan berpunca dari hand sanitizer.

Kes mangsa paling muda yang dilaporkan pada Pusat Racun Negara melibatkan bayi berusia 5 bulan!

Bahaya sangat kalau kita terlepas pandang hal ni. Sejak wabak Covid19 ni makin teruk, boleh kata setiap rumah sekarang ada simpan hand sanitizer.

IKLAN

Hand sanitizer yang berkesan untuk bunuh kuman ialah jenis yang mengandungi alkohol yang tinggi, lebih dari 60%. Biasanya dari jenis etanol atau isopropil alkohol.

Sebaiknya simpan hand sanitizer di tempat tinggi dan sukar dicapai anak-anak.

Kalau kanak-kanak tertelan dalam jumlah yang signifikan, keracunan alkohol akan berlaku.

Keracunan ni boleh buatkan kesan khayal, tingkah laku berubah, pergerakan otot dan anak mata tidak terkawal serta jantung berdegup kencang.

Manakala keracunan yang teruk pulak akan sebabkan saraf pusat dan sistem pernafasan terganggu, suhu badan dan paras gula dalam darah menurun.

Paling membimbangkan ada kes kanak kanak keracunan hand sanitizer ni sampai berlaku sawan!

Tu la kenapa kena jauhkan hand sanitizer ni dari kanak-kanak dan simpan kat tempat selamat.

Budak-budak ni mudah benar tertarik bila nampak botol yang cantik. Pulak tu sekarang hand sanitizer ada macam-macam bau wangi. Lagilah mereka suka untuk hidu dengan hidung dan rasa dengan lidah.

Tolong saya ingatkan hal ni pada mak ayah yang lain ye. Risau, terlepas pandang sekejap pun dah boleh akibatkan kecederaan pada anak yang kita sayang.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

#notaDrALB

Kesimpulannya, hati-hati mak ayah. Kadang-kadang anak ni datang ilham nak ‘berkarya’ macam-macam eksperimen yang bukan-bukan mereka teruja nak mencuba. Berhati-hatilah dan sentiasa beringat.