kabinet

Ramai yang ternanti-nanti apakah perubahan dalam pentadbiran negara yang akan dilakukan oleh kerajaan pakatan harapan yang baru dibentuk ini. Adakah manifesto 100 hari yang dijanjikan dapat ditunaikan.

Dalam masa 14 hari membentuk kerajaan, angin perubahan positif dalam pentadbiran negara kian dapat dirasakan. Pagi tadi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Kabinet Persekutuan di Perdana Putra. Ia merupakan mesyuarat pertama kali Kabinet selepas 14 hari kerajaan baru ditubuhkan.Pelbagai perkara telah diperbincangkan dalam mesyuarat kabinet ini.

Berikut adalah antara intipati 9 keputusan yang dicapai yang diumumkan didalam sidang media selepas mesyuarat pertama Kabinet tersebut.

1. Mengenal pasti langkah bagi menangani hutang negara yang sudah mencecah RM1 trilion.

2. Memotong gaji jemaah Menteri sebanyak 10 peratus, berkuat kuasa serta-merta.

3. Mengkaji semula Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) penjawat awam yang dijanjikan kerajaan terdahulu.

IKLAN

4. Mengkaji semula beberapa projek mega.

5. Membubarkan Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

6. Menamatkan kontrak pegawai lantikan politik.

IKLAN

7.Membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan tanggungjawab dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

8. Mengekalkan harga bahan api untuk masa ini.

IKLAN

9.Menyatakan tiada hasrat untuk membeli balik PROTON.

Menerusi sidang media ini juga Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) akan mengadakan sidang media setiap kali selepas mesyuarat kabinet diadakan.Ia bertujuan berhubung rapat dengan pihak media supaya semua dapat maklum jelas mengenai apa yang akan kerajaan sampaikan. Dr Mahathir juga berkata mesyuarat kabinet kali pertama itu lancar termasuk komunikasi bersama jemaah menteri lain.

Mingguan Wanita mengharapkan semoga perubahan pentadbiran negara kearah lebih positif, efisyen, amanah dan ditadbir urus dengan lebih baik oleh kerajaan baru ini.

Sumber:Bharian & Chedet Official

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI