Susah hati kan mak ayah bila ada anak-anak yang cakap kasar. Ada itu, mak ayah bukan jenis cakap kasar pun, tapi entah dari manalah anak mendapat ayat-ayat yang boleh buat jantung mak ayah jadi sentap.
Terkejut pun iya, bila mana anak-anak kecil kita mengeluarkan kata-kata yang kasar bunyinya. Sakit telinga mendengar. Anak-anak kecil ini sifatnya mudah terpengaruh, mengikut apa yang diperhatikan di sekelilingnya.
Barangkali pemerhatian dari TV, Internet mahupun kawan-kawan seusianya yang ada habit cakap kasar. Macam mana nak bagi anak faham tutur katanya itu tingkah laku yang negatif malah kesannya menyakitkan perasaan orang lain.
Fahamkan panduan yang dikongsikan Puan Wan Rohani Ismail buat mak ayah. Apabila berhadapan situasi sebegini, lenturkan kata-kata kasar anak-anak dengan cara terbaik ini.
Ads
Puan Rohani Wan Ismail
8 Tip Berkesan Lembutkan Emosi Anak Dari Cakap Kasar
Tip 1 : Cara Mak Beri Respons
Hanya beri perhatian dan respons pada tingkah laku yang baik/positif.
Tip 2 : Tenang.. Tenang Saja Mak!
Sekiranya anak berkata kasar ketika sedang marah, biarkan sahaja dahulu. Menasihati orang yang sedang marah ibarat mencurah air ke daun keladi.
Tip 3 : Masa Inilah Mak Masuk Jarum Nasihat
Gunakan waktu anak dalam keadaan seronok, gembira, tenang. Waktu begini anak mudah dipengaruhi.
Tip 4 : Ceritakan Pada Anak Indahnya Akhlak Rasulullah SAW
Ikut apa yang Rasulullah (selawatlah ke atas baginda). Sentiasa membalas kebaikan walaupun dilempar dengan keburukan. Cerita bagaimana Rasulullah memberi makan wanita tua yang selalu bercakap buruk dan kasar tentang Nabi.
Ads
Tip 5 : Ingatkan Anak Malah Diri Mak Ayah Ciri-ciri Hamba Yang Allah Sayang
Dalam Al Quran, antara perkataan yang banyak kali diulang adalah ‘muhsinin’ iaitu orang yang membuat kebaikan. Allah mengasihi orang yang berbuat kebaikan. Ganjaran pahala dan syurga. Sentiasa ingatkan anak dan diri sendiri.
Tip 6 : Mak Ayah, Awas! Tutur Katamu
Awasi kata-kata yang keluar daripada mulut ibu bapa. Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anak berjalan lurus.
Tip 7 : Doa Senjata Terbaik Mak Ayah
Sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak. Antara doa yang boleh diamalkan adalah:
Ads
“Ya Allah, jauhkan kebatilan yang ada di sekeliling anakku (sebutkan nama anak)”
“Ya Allah, lindungi dan pelihara kami dari hasutan syaitan yang sentiasa menyesatkan.”
Tip 8 : Beri Anak Latihan Nilai Diri Sendiri
Didik anak supaya sentiasa membuat penilaian sendiri ke atas setiap perbuatan, kata-kata dan apa yang mereka mahu lakukan. Ini berkaitan kawalan diri dan emosi.
Bukan mudah nak disiplinkan anak agar tidur awal jika tak tahu cara yang betul. Selalu mak ayah mengeluh bila anak tak nak tidur awal, malah sehingga tengah malam pun mata mereka masih segar bugar.Akibatnya, mak ayah pun jadi tak cukup tidur dan rasa letih bila nak bekerja keesokkan harinya.Sebenarnya ada cara tertentu untuk disiplinkan anak agar tidur awal ni.
Mak ayah boleh cuba perkongsian tip dan pengalaman yang diajarkan oleh Puan Nuraisyah Abu Husin ini.
Berikut antara perkongsian oleh ibu muda ini;
Selalu kawan-kawan aku tanya, apa yang aku buat sampai anak-anak aku Confirm akan tido setiap hari Jam 7.40-8.30 malam. Dulu, aku pun tak tau tips ni.Masa adam kecik-kecik dulu, selalu sangat dia terjaga malam atau tido lambat.. Endingnya, pagi aku & laki aku jadi zombie.. dia sedap tido pagi.. kitorang kena keje kan..
So aku banyaklah membaca tip-tip dari parents lain kat fb ni.. and aku apply and alhamdulillah membuahkan hasil.. dah berbulan-bulan anak aku displin tido awal.. Kitorang laki bini pun dapat me-time lebih selalu.
Okay Caranya macam ni.
1. Luangkan Masa Dengan Anak
Korang balik keje pukul 5/6 petang tu memang kena spend masa betul-betul dengan anak-anak. Tolak benda lain ketepi, ajak la dorg main kat playground ke, main basikal ke, menari ke, apa-apa aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak. Ini untuk anak yang dah pandai berjalan.
2. Buat Baby Ketawa Sehingga Rasa Penat
Untuk baby macam Ayra (5month), aku try cara ni dan sangat-sangat la berkesan. Sejam sebelum nak tidokan dia, mandikan dulu dengan air suam, jangan lupa sapu minyak telon. Kena jaga perut baby supaya tak kembong. Then,sila buat dia ketawa. Ketawa, guling, happy-happy (bukan tinggalkan dia main sendiri ye, kita kena layan dia). Aktiviti ni heavy untuk baby, bagi dia mcm ahhhh penatnya hari i banyak gelak.. haha so smpai masa dia akan tido lena..
3. Pastikan Perut Anak Kenyang
Balik semula untuk anak umur macam adam (1y11m), bagi dia makan kenyang-kenyang dalam pukul 7 tu.. Ada masa anak tak nak makan kan? Benda ni akan effect masa tido dia, sama ada dia tak boleh tidur sebab perut lapar atau dia tidur dulu then terbangun tengah malam. Kitorang selalu dah kena benda ni, so kalau tetibe adam tak nak makan malam, kitorang bagi dia pisang. Pisang boleh buat perut dia tahan sampai esok (in between malam tu dia menyusu la).
4. Mak Ayah Kena Berkorban
Ibu dan ayah kena berkorban masa malam.. nak start benda ni bukan papp bolehh je displin.. Nak biasakan anak-anak dengan satu perkara ni makan masa, jadi kalau nak anak-anak tido awal.. malam ibu ayah tak payah la keluar rumah.. jenis macam kitorang kalau balik rumah parents, ada masa nak dinner luar kitorang pesan siap-siap kena keluar betul-betul lepas maghrib and balik awal sebab budak-budak tidur awal. Alhamdulillah mak ayah kitorang memang very understanding bab-bab cucu ni.
5. Pasang Ayat Ruqyah Masa Tidur
Oh satu lagi, masa tidur buka surah ruqyah (set repeat sampai esok pagi, korang bole beli mini radio yang ada surah banyak-banyak tu) ni boleh lindungi anak-anak korang dari gangguan tengah malam. Paham-paham jela kan.. sebab aku pernah terbaca yang jika anak-anak bangun tengah malam tu maksudnya ada “benda halus” kejutkan ajak main/ganggu. Wallahualam.
6. Tutup Lampu
Make sure lampu tutup ye. Selagi lampu bukak selagi tu diorang susah tido.. Untuk parents yang ada 2-3 anak, try tidokan yang kecik dulu.. macam aku tidurkan Ayra dulu, then baru adam. Masa aku tidurkan Ayra tu ayah sambung buat adam penat, bagi dia lari-lari satu rumah.. ketawa-ketawa macam happy bebenau.
Boleh cuba ye ibu ayah semua. Training displin ni sebulan je lepas tu korang merdeka la malam memang korang yang punya. Diorang dah tido korang pergi la layan korea sambil lipat baju ke apa ke.. Anak-anak kitorang memang dah tune, pukul 8.30 da kesat-kesat mata tu kira paling lambat dah la unless dia balik rumah tok nenek dan jumpa sepupu-sepupu tu aku mmg tak boleh halang. Sebulan sekali kan.
Bila dah ada anak ni memang boleh dikatakan hampir seluruh hidup kita tertumpu pada dia. Tu kalau anak sorang, kalau 2,3,4 org? Tapi, Pentingnya kita tahu bahawa untuk suami isteri meluangkan masa bersama-sama berdua tu boleh membahagiakan rumah tangga. Hari-hari boleh dating depan tv kalau korang berjaya tips ni (acah-acah tengok movie kat wayang)
Ni tips ikhlas dari pengalaman kami sendiri.Tips ni kena kerjasama suami isteri ye.Anak pun anak korang sama-sama kan..
Tapi aku pesan awal, spesis anak yang tido awal ni dorg akan bangun awal. Pukul 5-6 pagi mata diorang dah segar bugar.Boleh cuba ! And share jika bermanfaat !
Ingat tak, masa sekolah dulu, selalu kita tengok pelajar kelas belakang ni suka main-main, nakal dan ‘tak berapa pandai’, berbanding pelajar kelas depan yang memang kita dah tahu pandai.
Kadang-kadang bila dibandingkan macam tu terasa rendah diri sangat. Sementelah, kalau kelas depan memang tak berapa nak kawan dengan pelajar kelas belakang. Tak kurang juga yang perlekehkan. Tidak semualah.
Jangan pandang rendah pada pelajar kelas belakang. Kita tak tahu realiti hidup pada masa akan datang. Mungkin yang tak pandai itulah lebih berjaya.
Dalam perkongsian facebook Putera Nubhan turut memberi pandangan tentang perbezaan pelajar kelas belakang dengan kelas depan.
Tengah trending kat TikTok, ramai bekas budak-budak kelas belakang masa sekolah yang sekarang ini dah kaya atau berduit sikit post video dan gambar dengan kereta mewah sambil menyindir dan merendahkan budak kelas depan dengan ayat-ayat seperti,
“Mana semua top student? Dah jadi CEO ke tu?”, “Budak-budak target sekolah tengah bayar PTPTN ke tu?” dan sebagainya.
Bila ada orang tegur posting tersebut, ada yang mempertahankan, “Habis tu top student je ke boleh bangga dengan kejayaan mereka?”, “Biar lah diorang eksyen. Dulu top student tu eksyen boleh pulak?” dan sebagainya.
Penulisan ini bukanlah nak menghentam atau mempertahankan siapa-siapa, baik budak kelas depan, kelas tengah mahupun kelas belakang, cuma nak ajak kita berfikir, kenapa ia berlaku? Pernahkah kita cuba lihat dari perspektif semua pihak?
Pertama sekali, tak kisahlah kau budak kelas mana dulu, tapi kat media sosial ni kalau kau nak bangga ke, nak tayang kejayaan ke, nak tayang kekayaan ke, ikut suka kau. Orang suka ke tak suka ke, paling tidak dia cuma unfriends atau unfollow je. Tapi bila kau bandingkan kejayaan dan kekayaan kau dengan orang lain malah memperlekeh dan merendahkan orang lain pula, itu yang jadi masalah dan menimbulkan ketegangan.
Mahukan Pengiktirafan
Kenapa ada segelintir budak kelas belakang bila dah berjaya atau kaya terus rasa diri bagus dan pandang rendah pada budak kelas depan? Ia disebabkan dari zaman sekolah lagi mereka rasa bitter, insecure, cemburu, low self esteem, tidak dihargai terutama oleh pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan ahli keluarga. Mereka sering dipandang rendah, dipinggirkan dan dibanding-bandingkan dengan orang yang bijak oleh orang-orang dewasa pada zaman mereka sekolah.
Maka bila mereka dah berjaya dan kaya, mereka rasa mereka dah berjaya kalahkan budak kelas depan. Dan disebabkan rasa dendam, mereka lepaskan dengan menyindir dan memperlekeh budak-budak kelas depan yang rata-rata masuk universiti pinjam PTPTN dan kerja makan gaji.
Mereka mahu kejayaan mereka diakui. Mereka perlukan pengiktirafan dari orang lain. Kalau boleh mereka nak budak-budak kelas depan ni jumpa mereka ucap,
“Tahniah, kau dah berjaya kalahkan aku”, baru mereka rasa puas. Mereka lupa yang kehidupan ni sebenarnya bukan satu perlumbaan atau pertandingan.
Sedangkan hakikatnya budak-budak kelas depan ni pun biasanya takde rasa nak bertanding pun dengan budak kelas belakang. Budak kelas depan cuma buat hal mereka sendiri je. Malah dalam diri mereka sebenarnya, lagi tinggi mereka belajar, masuk je SBP, MRSM, universiti, perasaan insecure tu makin bertambah sebab mereka akan jumpa lebih ramai rupanya orang yang lebih pandai dari mereka.
Tambah lagi ibu bapa, makcik pakcik, abang, kakak, adik, cikgu, pensyarah, ramai orang dewasa letak expectation yang tinggi kat mereka. Mereka pikul banyak harapan orang menyebabkan mereka rasa semakin takut jika gagal akan kecewakan ramai orang.
Beza Pelajar Kelas Depan Vs Kelas Belakang
Sebab tu setakat ini, tak wujud lagi trend kat TikTok budak kelas depan tayang kejayaan mereka sambil menyindir dan merendahkan budak kelas belakang. Sebab mereka dah ketahui realiti dan hakikat, yang kejayaan mereka bukanlah untuk dibuktikan pada siapa-siapa. Selalunya ia hanya demi memenuhi harapan orang terhadap dia sahaja, yang turut disertai dengan tekanan, pinjaman pelajaran dan kekecewaan.
Budak kelas belakang jarang tahu struggle budak kelas depan. Mereka nampak budak kelas depan ni happy je, macam takde masalah pun, jadi pula harapan orang dewasa, tapi sebenarnya tak seindah itu.
Begitu juga budak kelas depan tak tahu struggle budak kelas belakang. Kadang mereka bukan tak pandai, tapi sebab tidak dapat peluang seperti budak kelas depan, seperti dari keluarga miskin, ibu bapa dah bercerai, bapak masuk penjara, pengaruh rakan-rakan dan masyarakat sekitar dan sebagainya.
Kadang-kadang budak kelas belakang anggap budak kelas depan ni eksyen, tak mau kawan dengan diorang. Tapi biasanya bukan sebab eksyen ke apa, tapi sebab path diorang tak cross each other. Kelas lain-lain, geng dan klik lain-lain, main sukan lain-lain, aktiviti masa lapang lain-lain, dah tu bila masa nak berkawannya. Tapi kalau budak kelas depan dan belakang tu jiran sebelah ke, tinggal satu taman main bola sama-sama ke, masuk kelab, unit beruniform dan sukan yang sama ke, mesti boleh berkawan juga.
Nak kata budak kelas depan ni masa sekolah hebat sangat pun, tak juga. Budak-budak yang berkuasa kat sekolah biasanya adalah budak kelas belakang, yang kuat, gagah, kaki sukan, yang ramai geng, school jocks.
Budak-budak kelas depan ni biasanya buat hal diorang sendiri je, malah diorang la yang biasanya kena buli dengan budak-budak kelas belakang. Hakikatnya jarang sangat la budak kelas depan yang skema dan nerd ni nak buli budak kelas belakang.
Akhirnya, yang mewujudkan pemisahan budak kelas depan belakang ni orang dewasa. Yang meletak harapan tinggi pada budak kelas depan ni orang dewasa juga.
Yang kata budak kelas belakang takde masa depan ni, biasanya orang dewasa juga. Jadi kalau budak kelas belakang dah berjaya dan jadi kaya ni nak lepaskan dendam dan perlukan pengiktirafan manusia, tujukanlah pada orang-orang dewasa yang dulunya selalu pandang rendah kat korang, bukan tuju kat budak kelas depan yang tak pasal-pasal.
Mereka tak pernah cari masalah dengan budak kelas belakang, mereka cuma nak survive dalam haluan mereka sendiri. Asal boleh hidup dengan tenang buat hal sendiri pun dah cukup buat mereka. Sebab at the end, lepas habis je zaman sekolah, tiada lagi cerita budak kelas depan atau belakang, yang ada cuma kehidupan dewasa yang perlu ditempuh.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak bandingkan. Semua telah ditentukan. Paling penting dalam terukan kehidupan mendatang kenalah usaha untuk berjaya.
Ada benarnya dalam pergaulan kena ada batasannya. Selalulah luangkan masa dengan pasangan berbanding orang luar mahupun kawan-kawan, apatah lagi berlainan jantina. Kerana masa yang ada, sering diluangkan bersama-sama selalunya akan menghadirkan perasaan sayang dan rasa cinta. Itulah bahaya!
Baca perkongsian daripada Pendakwah Bebas Ustaz Ebit Lew ini sebagai panduan;
Sedih bila dengar luahan ramai wanita yang ditipu dan dikecewakan suami di saat mengandung atau sedang penat mengurus keluarga anak-anak bahkan tolong suami cari rezeki semua siang malam. Semoga Allah beri jalan terbaik buat mereka.
Sebenarnya semuanya berpunca dari iman yang lemah dan lupa tujuan hidup yang sebenarnya. Bila kita niat cinta sayang kerana Allah. Tanggungjawab untuk alang-alang nikah biar sampai syurga. Bukan cinta sampai mati. Tapi cinta sampai syurga. Cinta selama-lamanya.
Semoga Allah selamatkan rumahtangga kita semua dari fitnah dan beri bahagia sampai syurga Firdaus. Ya Allah selamatkanlah rumahtangga kami ini biarlah kami layari sehingga syurga FirdausMu. Hanya RedhaMu yang kami harapkan.
Rumahtangga ini diasaskan cinta, tanggungjawab dan belas kasihan kasih sayang. Apa kita ingin untuk kita. Itu juga kita ingin untuk pasangan kita. Kita ingin bahagia, bina bersama pasangan halal kita. Ingin dimanja, kita dulu manjakan pasangan. Ingin layanan yang baik. Beri layanan yang baik. Ingin apapun minta dari pasangan yang Allah takdirkan untuk kita. Tiada yang sempurna didunia, Allah sempurnakan dalam syurga. Sempurna itu pada hati bermula dari rasa syukur pada Allah.
Penting Beri Masa Bersama
Kerana itu penting beri masa bersama. Makan bersama. Berjalan bersama. Walau adik beradik ipar ada batasan dalam pergaulan. Walau adik beradik kita asingkan tempat tidur yang berlainan jantina. Inikan pula orang lain yang bukan mahram.
Makan bersama boleh buat jatuh cinta. Berjalan bersama. Time = Love. Dengan siapa kita beri masa selalu akan datang rasa sayang dan cinta. Kerana itu jangan makan berdua dengan isteri orang atau suami orang. Nanti jatuh cinta. Pentingnya batasan dalam pergaulan. Walau berniaga. Walau outstation. Walau kemana pun. Jagalah batasan pergaulan kerana Allah untuk Allah sayang.
Sedihkan rumahtangga mahligai bahagia yang dibina dengan air mata darah pengorbanan anak isteri. Asalnya rumahtangga dilayari dengan cinta. Anak-anak berlari bahagia. Allahuakbar. Benarlah jodoh ajal maut sudah menjadi ketetapan Allah. Tetapi siapa aniaya sesiapa atau zalimi sesiapa terutama pasangan yang halal yang baik sekian lama pasti kita bertanggungjawab di akhirat nanti.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita manfaatkan dalam rumahtangga. Selalulah luangkan masa dengan pasangan kerana dengan siapa kita beri masa selalu akan datang rasa sayang dan cinta. Malah, penting batasan dalam pergaulan.
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...