Serai, halia dan lemon memang terbukti mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Sebenarnya wanita boleh cantik dan sihat secara dalaman dengan mengamalkan air rebusan ketiga-tiga bahan ini sejurus bangun pagi.
Jemput baca perkongsian oleh Puan Noriza Rahman ini, amalan air rebusan yang diamalkan setiap hari.
Mencegah lebih baik daripada mengubati. Tak gitu? Ramai yang tahu pepatah tu tapi tak ramai yang mampu nak beramal. Sebenarnya bukan susah pun nak buat. Cuma nak istiqamah tu yang payah kan.
Kita ni suka melihat kecantikan wanita tu daripada sudut fizikalnya, raut wajah yang berseri dan bentuk tubuh yang menawan sahaja. Padahal hakikatnya kecantikan sebenar ialah terletak pada kemantapan dan kesihatan dalaman wanita itu.
Bukankah cantik itu bermula dari dalaman dan akan terpancar di luarannya?
So, untuk kalian semua yang mahu benar-benar cantik di mata suami perlu SEGERA lakukan sesuatu dan sebaiknya jangan pernah tinggal untuk mengamalkan minum air rebusan istimewa ini.
Alang alang serai halia dan lemon ada banyak ni, so meqza nak kongsikan kepada kalian khasiat air rebusan serai, halia dan lemon pula.
Serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan turut hilang.
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.
5. Buat yang over STRESS tuu…. boleh lah minum. Mudah-mudahan dapat mengurangkan stress.
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk.
Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.
Jika kalian nak tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu badan kita melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
7 batang serai – diketuk
Halia sebesar ibu jari – diketuk
3 biji lemon – dihiris
1liter Air
1.Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk, masak atas dapur api sederhana. Perlahankan api, masak sehingga air dah tinggal agak agak segelas untuk diminum.
2.Sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalam peti sejuk.
Wajib diminum setiap pagi atau malam. Sebaiknya diminum semasa perut kosong memang terasa sungguh kepahitan dan kepedasannya.
Rasanyaaa? Umphhh lah!
Nak cantik kan? So, jangan culas tau.
Noriza Rahman
Nak cantik dalaman terpancar luaran.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! wanita yang nak cantik dan sihat, luaran serta dalaman amalkanlah minum air rebusan ini.
Sumber: Noriza Rahman