Ini 7 Panduan Makan Nasi Untuk Penderita Kencing Manis, Ikut Saranan Saintis

Share

Sebut bab makan nasi, penderita sakit kencing manis angkat bendera putih. Takut! Sebab kandungan karbohidrat (gula) yang tinggi dalam nasi itulah yang perlu pesakit kencing manis atau diabetes jauhi.

Sebenarnya pesakit diabetes tak perlu pun berasa gerun nak makan nasi. Apatah lagi nak elak dari makan nasi. Yang penting, mereka perlu tahu jenis-jenis nasi bagaimanakah yang sesuai untuk dimakan oleh pesakit diabetik.

Saintis Principal dari MARDI, Dr Suri Roowi menjelaskan panduan pengambilan nasi yang sesuai untuk penderita kencing manis.

 

7 Tip Makan Nasi Untuk Pesakit Diabetes

1. Nasi dari beras yang di kukus mempunyai nilai Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Ia lebih sesuai untuk pesakit diabetes berbanding nasi yang dimasak dengan kaedah biasa.

GI merujuk kepada nilai gula dalam darah.

2. Nasi keras mempunyai nilai GI yang rendah.

Jadi, nasi keras lebih sesuai untuk pesakit diabetes berbanding nasi lembik.

3. Nasi sejuk yang disimpan pada suhu 4 darjah Celcius selama 24 jam lebih sesuai untuk pesakit diabetes kerana GI yang rendah berbanding nasi panas.

4. Nasi dari beras hancur mempunyai GI yang tinggi (86) dan kurang sesuai untuk pesakit diabetes. Nasi biasa mempunyai GI (83).

5. Nasi yang dimakan bersama sayur-sayuran tinggi fiber larut air, seperti kacang bendi lebih sesuai untuk pesakit diabetes, kerana ia meningkatkan kepekaan terhadap insulin.

6. Nasi goreng pula lebih sesuai untuk pesakit diabetes, berbanding nasi putih kerana mempunyai nilai GI yang lebih rendah.

7. Bubur lebih tinggi GI berbanding nasi.

Dapatkan nasihat Dr anda. Makan ikut kadarnya.

Sumber/Foto : Dr Suri Roowi

Published by
Netty Ah Hiyer