Ada sebabnya bila dah makin berumur, para suami janganlah tengok isteri pakai mata sangat,tapi kena banyakkan guna HATI dalam menilai setiap pengorbanan dan susah payah isteri dalam menguruskan rumahtangga serta membesarkan anak-anak.
Semoga perkongsian pandangan oleh Doktor Taufiq Razif ini bermanfaat dan dapat membuka mata buat anda yang bergelar suami.
Kenapa?
Makin berumur ni kalenjar minyak ( oil gland ) di kulit tak keluarkan minyak sangat dah. Kulit si dia pun akan makin kering, kusam dan kurang anjal. Tak sama macam zaman honeymoon dulu dah.
Rambut pun akan jadi makin nipis. Makin banyak yang gugur. Pigment rambut pun makin berkurang. Sehelai demi sehelai akan naik uban nanti.
Jangan terkejut bila makin tua ni tinggi tubuh badan pun akan makin berkurang. Masa umur 80 tahun nanti tinggi badan akan berkurang sebanyak 5cm daripada tinggi asal tau disebabkan oleh perubahan postur tubuh dan compression pada persendian dan tulang belakang.
Dah makin tua nanti lebih-lebih nak masuk umur 4 dekad mata pun akan mulai perlahan-lahan jadi tak setajam dulu dah. Nak baca suratkhabar dan tulisan tulisan whatsapp kita pun dah tak berapa nampak dah sebab presbyopia bila lensa mata dah mula mengeras sedikit demi sedikit.
Tidur pun dah tak semanis zaman honeymoon dulu dah. Isteri yang dulunya tidur macam puteri kayangan sekarang mungkin dah mula berdengkur. Tidur pun dah tak selena dulu. Asyik berjaga dan insomnia je.
Bentuk badan isteri pun dah tak seramping dulu lagi. Metabolisma badan dah makin berkurang. Jisim otot jadi semakin berkurang dan jisim lemak pun semakin menimbun.
Sebab tu saya kata nak tengok isteri tercinta ni kita kena banyak pakai hati. Raut wajah yang kusam tu la yang dah banyak berkerut untuk menahan stress bebanan rumahtangga dan bebanan menjaga zuriat-zuriat kita.
Badan yang tak berapa nak ramping tu la yang dah menanggung perit proses persalinan anak anak kita, proses pantang yang menyeksakan dan proses menyusukan anak-anak yang mana saya rasa takde lelaki yang sanggup nak hadapi semua tu.
” Aminn ”
Taufiq Razif
Masih belajar menghargai
Sumber: Taufiq Razif