Setiap mak ayah pasti sayangkan anaknya sendiri bagai menatang minyak yang penuh. Namun sayangkan anak biarlah berpada-pada. Jangan biasakan menurut segala kehendak dan permintaan mereka yang boleh memberi kesan dalam diri mereka nanti. Ini kerana tanpa disedari kita yang mengajar anak-anak untuk menjadi ‘bos’ kepada mak dan ayahnya sendiri. Akibatnya, anak mula bersikap kurang ajar, tidak menghormati kita berpunca daripada kesilapan kita dalam mendidik mereka.
Bila mak ayah tak sampai hati nak sekat kebebasan anak dan bagi je anak tu nak buat apa sesuka hati mereka padahal perkara macam ni adalah sejenis Permissive Parenting. Ianya akan merosakkan anak tu suatu hari nanti.
Bila mak ayah dah tak berani nak tegur kesalahan anak sebab nak jaga hati anak padahal anak kita sangat perlukan Guidelines daripada mak ayahnya baik daripada segi pengurusan diri hinggalah kepada pengurusan emosi
Bila mak ayah terlalu takut untuk membuat peraturan di dalam rumah padahal mak ayah adalah Person In Charge di dalam rumah, bukannya anak anak
Bila mak ayah tunaikan semua permintaan anak tanpa batas kerana terlalu sayangkan anaknya padahal anak yang tak belajar berhadapan dengan Rejection akan mudah berputus asa
Bila mak ayah terlalu sayangkan anak sehingga merelakan dirinya dipijak kepala padahal anak kita sebenarnya perlukan seorang Leader untuk dijadikan idola dalam hidupnya, bukannya seorang pekerja apatah lagi hamba!
Taufiq Razif
Tetap sayang anak tapi berpada
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat mak ayah dalam mendidik anak-anak menjadi insan berguna.Awas tanda-tanda ini. Sayangkan anak biarlah berpada-pada, jangan sampai mereka tidak menghormati kita sebagai ibu bapanya.
Sumber: Taufiq Razif