Sebenarnya tak kiralah dah berapa lama pun berkahwin, Setiap pasangan suami isteri perlu meluangkan masa keluar berdua-dua atau pergi ‘dating’. Bukan kata keluar dating hanya zaman bercinta, tapi sebenarnya selepas berkahwin patutnya lebih-lebih lagi.
Memang rugi besar bila tak amalkan dating berdua-duaan suami isteri ni. Ini kerana banyak manfaat yang bakal suami isteri akan perolehi terutamanya dalam mengeratkan lagi perhubungan dan ikatan perkahwinan.
Jemput baca perkongsian oleh Encik Najmi Nawawi ini sebagai panduan;
Tajuk santai tapi serius. Kerana ketahuilah, siapa tak dating suami isteri memang rugi besar. Mana tidaknya, kalau sibuk dengan alam kerjaya, balik rumah, dengan anak lagi. Alamak memang tak sempat la nak dating.
Dating ini bukan untuk orang yang couple, bukan untuk budak-budak tapi untuk mereka yang bergelar pasangan suami isteri. Dating high class ini aku boleh cakap sangat-sangat penting untuk kedua-dua pasangan. Aku huraikan.
Bukan apple ios je yang penting untuk kita update, emosi pasangan kita pun penting untuk kita update. Lebih-lebih lagi kalau kedua-dua pasangan bekerja.
Nak juga tahu apa perasaan dia dengan apa berlaku dekat tempat kerja, dengan kawan-kawan, bahkan antara ahli keluarga pun. Kalau tak update nanti tak synchronised emosi kedua-dua pasangan. Nanti mula akan muncul isu suami tak faham isteri dan sebaliknya.
Ini sangat penting. Memang dah jadi fitrah perempuan, suka bercerita. Kalau ada apa yang tak disukanya lebih baik dia cerita dekat kita dulu sebelum dia sebar media sosial.
Suami perlu main peranan dan jadi dominan untuk mulakan sesi confessions ni. Pada waktu berduaan itu, boleh mulakan dengan pegang tangan isteri. Tatap mata dan tanya macam biasa. Ini kunci dia, lepas tu sediakan telinga untuk mula mendengar.
Kau tahu kan, sekarang ini tahun 2018. Depression awareness semakin diakui ramai kepentingannya. Dah banyak NGO ditubuhkan bagi menangani isu ini. Sebelum ianya berjangkit pada kita, belajarlah untuk listen.
Untuk huraikan tentang depression ini memang tak cukup ruangan ini, aku kena buat artikel khas lain pula. Tapi point aku ialah tersangat bagus kalau suami isteri dapat luangkan sedikit masa untuk dating, agar kita boleh lebih faham pasangan.
Pasangan suami isteri mana ada masa. Lagi kalau anak dah dua tiga orang. Kau ingat macam mana, katil pun dah sempit. Cadangan aku, kau buat mc atau ambil anual leave serentak untuk dating bersama pasangan kau. Anak hantar taska. Haha.
Dijadikan pasangan itu untuk menyempurnakan fitrah lelaki dan perempuan. Tak perlu hurai lebih, tapi kau faham sendiri. Kalau tak ada masa, cari masa dan create space untuk bersama. Banyak keruntuhan rumah tangga pun berpunca dari hal ini, jika gagal disempurnakan.
Moment moment sweet ialah sesuatu yang kita atau pasangan kita akan kenang sampai mati. Mungkin ada moment bagi kita biasa je, contoh kita angkat beg berat depan pasangan. Untuk kita, tak ada apa-apa. Tapi bagi pasangan kita itulah moment yang boleh buat dia tersenyum teringat nanti.
Otak manusia akan ingat moment pada waktu hati tenang dan bahagia. Moment itu akan disimpan dalam bahagian istimewa otak manusia. Ianya akan menjadi perisai untuk hadapi bad day satu hari nanti. Tapi kalau dating pun tidak, bila masa kita nak create moment moment ini.
Cuba ingat balik, apa moment paling anda suka tentang pasangan anda?
Najmi Nawawi
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Buat pasangan suami isteri, tak kiralah berapa lama pun usia perkahwinan pun, cari lah masa dan usahakan waktu ‘dating’ bersama untuk mengembalikan rasa cinta yang mendalam.Masukkan dalam rutin mingguan atau bulanan, sebagai perkara yang mesti dilakukan untuk mendapat segala kelebihan yang dihuraikan diatas.
Sumber: Najmi Nawawi