Kecantikan

Ini 5 Petua Semulajadi Guna Bahan Dapur, Berkesan Hilangkan Tompokan Panau Agar Kulit Kembali Sekata!

Share

Panau merupakan tompokan putih yang membuatkan kulit wajah kelihatan tidak sekata.Bila kulit wajah ada panau memang boleh menghilangkan keyakinan dan penampilan diri.Panau atau dalam bahasa saintifiknya Tinea Versicolor merupakan salah satu masalah jangkitan di lapisan luar kulit yang selalu berlaku disebabkan oleh kulat jenis Malassezia.

Punca Panau

  • Kulit terlalu berminyak terutamanya di bahagian muka dan belakang badan.
  • Cuaca yang panas dan lembap.
  • Antibodi badan yang lemah.
  • Terlalu banyak berpeluh.
  • Perubahan hormon.
  • Pengambilan ubat-ubatan yang kerap seperti steroid.
  • Kekurangan zat makanan.

Langkah Pencegahan:

1.Menjaga Kebersihan diri. Mandi dengan kerap jika mempunyai jenis kulit berminyak dan kerap berpeluh. Tetapi, pastikan badan/muka tidak berpeluh sebelum basuh dengan air.

2.Elakkan pakaian yang basah/lembap. Pastikan menukar baju yang basah akibat peluh dengan kerap.

3.Pakai pakaian yang serap peluh dan longgar. Gunakan material kain kapas jika anda kerap berpeluh dan tidak ketat.

4.Amal pemakanan yang seimbang. Pastikan pengambilan buah-buahan dan sayuran yang tinggi kadar Vitamin C untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

Namun demikian jika mempunyai panau, boleh cuba 5 petua semulajadi ini guna bahan dapur je, namun berkesan hilangkan tompokan panau agar kulit kembali sekata!

1. Bawang Putih

Ambil seulas bawang putih dan potong dua bahagia.
sapu kan bawang putih tersebut di wajah anak setiap kali selepas mandi.lakukan setiap hari sehingga panau tersebut hilang.

2. Cuka Epal

Sapukan cuka epal diwajah atau di kawasan yang terdapat panau.biar kan selama 20-30 minit kemudian bilas dengan air.Amalkan setiap malam.

3. Lengkuas

Potong lengkuas dan buang kulit nya..cuci hingga bersih.kemudian sapu di bahagian kulit dengan perlahan-lahanBiarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air bersih.lakukan setiap hari dan kesan nya akan dapat dilihat dalam tempoh 1-2 minggu .

4. Lidah Buaya

Lendir lidah buaya memang diketahui ramai mempunya khasiat penyembuhan untuk kulit termasuk ruam.potong lidah buaya dan sapukan lendiri nya di wajah.Biarkan selama 10-15 minit dan bilas dengan air suam.lakukan dengan kerap untuk hasil yang lebih cepat.

5. Halia

Tumbuk halia sebesar jari hingga lumat. Tempelkan halia ke bahagian kulit yang berpanau selama 15 hingga 20 minit. Amalkan sehingga sembuh.

Bahan-bahan diatas memang mudah untuk didapati dan ianya juga seklamat digunakan kerana tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan.

Selamat Mencuba!

Published by
Suhaidah Abd Wahab