Ini 4 Tip Berkesan Ajar Anak Mengaji Al Quran, Mulakan Ketika Hamil Hingga Usianya 4 Tahun

Share

Ibu ayah yang belum berjaya mendidik anak mengaji Al Quran ketika usia mereka masih kecil, jangan guna alasan tak punya masa atau tak tahu cara mengajar. Sebab paling mudah nak mula adalah ketika ibu hamil.

Semasa mengandung dan sampai usia anak 4 tahun adalah masa terbaik untuk mengajar mereka mengaji. Insyaallah ibu ayah mampu lakukan jika konsisten ikut panduan yang diberikan.

Guru yang juga ibu kepada empat orang cahaya mata ini, Puan Rehan Sidik, berkongsi cara bagaimana beliau mendidik keempat-empat anaknya mengaji Al-Quran ikut step dari kehamilan sampailah usia anak 4 tahun.

Mudah Rupanya Nak Ajar Anak Mengaji

Kata Puan Rehan, kepakaran yang dimiliki tak datang serta merta. “Alhamdulillah dengan pengalaman 15 tahun, Kak Rehan dapat dari mendidik anak-anak sendiri.. mengajar Al Quran sejak bayi sehingga kini, modul tersebut diteruskan kepada anak-anak di tadika.

Alhamdulillah.. Ramai yang dah dapat tipsnya. Tapi ramai juga yang masih tak dapat mengamalkannya.”

Sebab apa? Kita masih mencipta alasan sendiri. Antaranya:

√    Anak tak nak baca Quran kalau dengan kita

√    Kita sibuk dan penat bila balik bekerja

√    Kita bertangguh,dan tunggu anak besar sikit

√    Kita anggap anak sentiasa masih kecil untuk mulakan

√    Dan tiada sokongan dari pasangan. Aduulaa..

Menyebabkan, isu ini berpanjangan, zaman berzaman. Baiklah, yang nak mulakan sekarang, Kak Rehan akan bantu, insya Allah. Jangan buang masa. Ini tips nya:

TIP SEMASA MENGANDUNG

  • Memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran melalui radio, komputer atau mp3
  • Ibu mula belajar memahirkan membaca Al Quran setiap hari
  • Cuba istiqomah untuk 9 bulan. Moga anak membesar dengan mendengar suara alunan ibunya terus menerus.
  • Ternyata anak akan mmberi reaksi positif sejak dari dalam kandungan.

 

TIP SEJAK LAHIR HINGGA 2 TAHUN

  • Mulakan dengan pendekatan warna warni pelbagai sumber /alatan contohnya flashkad, gambar, lukisan dan lain-lain.
  • Jadikan didikan memperkenalkan huruf hijaiyyah adalah berterusan.
  • 5 minit pun cukup setiap sesi.
  • Boleh lakukan sebelum tidur, masa menonton TV, masa menyuap makanan, masa lapang di taman, dalam kereta dan lain-lain.
  • Tidak menekan anak untuk belajar. Pastikan ianya santai dan relaks saja.

 

TIP ANAK 2 – 3 TAHUN

  • Menyediakan bahan bantu mengajar Al Quran yang pelbagai (buku-buku bacaan boleh dibuat sendiri)
  • Gunakan setiap hari dgn cara yang berkesan.
  • Boleh selang seli bahan mengajar sentuhan, bacaan dan digital.
  • Kurangkan kartun dan hiburan, tapi tukarkan kepada nasyid, dan pendidikan Al Quran

 

TIP ANAK 3-4 TAHUN

  • Mula dedahkan anak dengan jadual mengaji Al Quran
  • Gunakan buku iqra 1-6
  • Ambil masa waktu maghrib – isyak setiap hari.
  • Tahap kesabaran kena tinggi ya.

Sumber/Foto : Rehan Sidik

Published by
Netty Ah Hiyer