Ramai sedia maklum, 9 Mei 2018 rabu nanti telah dipilih sebagai tarikh Pilihanraya Umum yang ke 14 di negara kita.Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, mengundi merupakan satu kewajipan yang perlu dipenuhi bagi memilih kepimpinan negara.Bagi mak-mak yang telah mendaftar sebagai pengundi, jangan lupa untuk menyemak lokasi tempat daerah mengundi, nama-nama calon bagi DUN dan PARLIMEN dan sebagainya sebagai persediaan pada hari mengundi nanti. Barulah tidak kelam kabut mahupun tersalah lokasi pengundian.
Sebenarnya ada 4 cara yang mak-mak boleh mengetahui maklumat lanjut mengenai pengundian ini, iaitu melalui semakan daftar pemilih secara online, SMS, Aplikasi Mudah Alih dan Talian Hotline.
4 Cara Semakan Daftar Pemilih
1.Semakan Daftar Pemilih SPR Online:
1.Layari Laman Web Semakan Pemilih SPR.
2.Sila masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN (Tanpa”_” atau space).
3.Maklumat semakan adalah Daftar Pemilih bagi tujuan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) yang diwartakan pada 10hb April 2018.
CONTOH SEMAKAN:
2. Semakan Daftar Pemilih Melalui SMS
Langkah-langkah membuat semakan daftar pemilih melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit adalah seperti berikut:
Ads
1.Taipkan mesej:
SPR<jarak>(No Kad Pengenalan) Contoh: SPR 871203015478
2.Hantarkan SMS ke 15888
Atau:
1.Taipkan mesej:
Ads
SPR<jarak>SEMAK<jarak>(No Kad Pengenalan) Contoh: SPR SEMAK 871203015478
2.Hantarkan SMS ke 15888
Caj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sem untuk setiap penerimaan mesej.
3.Semakan Daftar Pemilih Menggunakan Aplikasi Mudah Alih
Semakan Boleh juga dibuat dengan menggunakan aplikasi mudah alih My SPR Semak yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Play atau Apple App Store. Selain semakan daftar pemilih, aplikasi ini juga menyediakan kemudahan untuk menyemak nama calon yang bertanding dan juga keputusan pilihan raya.
Ads
4.Semakan Daftar Pemilih Melalui Telefon
Pemilih berdaftar juga boleh menelefon ke talian hotline 03-88927018 atau telefon ke mana-mana Pejabat Pilihanraya Negeri untuk membuat semakan.
Semoga panduan cara membuat semakan daftar pemilih diatas berguna buat para pengundi terutama sekali buat mereka yang akan membuang undi buat kali pertama.
Info Ekstra!
Jangan lupa bawa kad pengenalan pada mengundi nanti iya.
Grup WhatsApp untuk bersilaturahim, grup-grup whatsApp bukan medan nak lepaskan kemarahan dan berbalah. Ini, ada yang tak kena di hati, terus left grup! Kalau dulu, orang bertekak depan-depan, sekarang di media sosial pun boleh bertgaduh!
Grup WhatsApp Untuk Bersilaturahim
Ya, yang paling susah hendak dijaga ialah hati. Kalau hati dah sakit, memang tak ada apa lagi yang boleh dibawa berunding. Sepatah kata kita, sepuluh patah akan datang balik.
Hari ini mungkin susah sikit kita hendak melihat orang mengamuk marah, sebab rata-rata hari ini orang berpendidikan tinggi. Kebanyakan mereka bermotivasi serta dapat mengawal emosi. Berbeza pada tahun-tahun 60-70-an dahulu, dengan jiran pun boleh berparang-parang.
Sentap Dan Marah Dalam Grup Di Media Sosial
Hari ini orang marah juga tetapi hanya dalam laman sosial. Dalam grup-grup whatsApp, berlaku pertengkaran, apabila sudah tidak tahan masing-masing left. Itu menunjukkan sifat amarah manusia semakin terkawal lantaran cara mereka menanganinya sudah berbeza.
Begitu juga cara mereka melampiaskannya tidak sama seperti dahulu. Paling tidak mereka left sebagai tanda protes tertinggi, selepas itu masing-masing terus terbakar dengan rasa tidak puas hati.
Sebenarnya keadaan ini lebih berbahaya berbanding orang bertengkar berdepan-depan. Orang yang sedang bergaduh secara berdepan akan saling memandang muka, saling memekik dan mengherdik, apa yang dia cakap jam-jam itu juga dia mendapat hujah baliknya. Apabila penat, masing-masing akan diam. Selalunya pertengkaran begini dapat diselesaikan dengan kedua-duanya saling bermaafan.
Mereka pergi dengan hati yang puas. Esok apabila bertemu lagi, fail baru telah terbuka, mereka kembali menjadi kawan.
Berbeza orang yang bergaduh dalam laman sosial. Apabila seseorang left dia membawa hatinya yang parah bersama-sama. Dia bukan setakat merajuk tetapi boleh marah dan boleh jadi juga dendam. Tetapi apa yang boleh dilakukannya?
Dia tidak dapat berbuat apa-apa bukan? Sementelah orang yang menyebabkannya marah itu mungkin juga tidak begitu dikenalinya, mungkin tinggal jauh, mungkin juga kawan lama yang sekarang ini masing-masing berkedudukan hingga dia tidak dapat berbuat apa-apa, ini semua sangat mengguris perasaan. Emosi akan terganggu dan ini sudah tentu tidak baik untuk kesihatan.
Macam Mana Nak Hadap Ada Yang Gaduh Dalam Grup?
Bagaimanakah kita hendak menangani orang yang sedang bergaduh di laman sosial terutama grup-grup whatsApp? Apabila dalam grup sudah berpuak-puak, maka susahlah hendak memulihkannya kembali. Namun, tetap ada jalannya supaya grup terus berfungsi sebagai medan pengerat silaturrahim.
Dalam hal begini, ingatlah, tatkala orang tengah marah, tiada hujah yang dapat menenangkannya. Kadang-kadang semakin disuruh bersabar semakin menyirap api kemarahannya. “Apa sabar-sabar? Kau tak kena tak payah cakap! Elok tak payah campur je!” Itu yang kita dapat apabila ikhlas hendak menjadi orang tengah.
Biarkan Saja Dia Lepaskan Perasaan
Sebetulnya, biarkan sahaja dia melepaskan kemarahannya. Dengar atau baca sahaja, sebab pada saat orang sedang marah betul pun apa yang kita katakan akan tetap salah pada pendengarannya.
Pada orang yang sedang marah, dia adalah betul segalanya. Walaupun dia membuat isyarat-isyarat lucah baginya itu adalah patut. Walaupun dia berpekik sehabis tinggi suaranya, baginya itu betul belaka.
Baginya dia berhak menulis apa saja. Jadi, apakah orang dalam keadaan begini boleh menerima hujah balas lebih-lebih yang berbentuk nasihat? Selalunya tidak, meskipun ternyata dia bersalah, hatinya tetap meluap-luap untuk mempetikai apa saja.
Tunggu Emosinya Kembali Stabil
Tatkala semuanya telah dilepaskan dia akan tenang dengan sendirinya. Biarkan sebentar dia begitu, usah diasak dengan kata-kata nasihat. Nanti, setelah dia benar-benar stabil barulah kita berhujah balik tetapi dengan nada yang amat perlahan, sambil memberi gambaran bahawa kita berpihak kepadanya.
Itu seandainya dia tidak left. Seandainya terus left dan kita telah save nombornya, kita masih boleh berhubung dengannya untuk memberikan kata-kata yang disukainya untuk mempengaruhinya.
Ingat Tujuan Asal Grup
Ingatkan kepadanya bahawa tujuan kita melibatkan diri dalam grup-grup whatsApp adalah untuk silaturrahim. Biasalah bertentangan pendapat tetapi usah sampai menyingkir diri dengan menjadikan orang lain musuh. Itu sama sekali tidak melambangkan ciri-ciri orang yang berpendidikan tinggi yang hidup dalam sistem komunikasi yang penuh canggih ini.
Anggap sahaja kata-kata yang agak pedas sebagai gurauan. Sebagaimana kita makan nasi kadang-kadang adanya pedas-pedas akan menambah sedap, begitu juga dalam perhubungan dengan manusia.
Moga, grup whatsApp bukan medan persengketaan tetapi adalah lubuk kebaikan.
Alhamdulillah, seribu kesyukuran buat wanita apabila bergelar nenek buat kali pertama. Debaran turut dirasai apatah lagi menanti detik anak tersayang pula yang bersalin dan melahirkan zuriat sendiri.
Timang Cucu Lelaki
Terbaru dalam perkongsian video di Instagram Puan Sri Normala Samsudin, 58 berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini telah selamat bergelar ‘Tok Mama’.
Ia susulan anak beliau Dr Ruhila Roslan,30 telah selamat melahirkan cahayamata lelaki baru sebentar tadi.
Bekas Penyampai Berita Buletin Utama dan Pengacara Rancangan NONA ini juga mengucapkan rasa penuh kesyukuran dan terima kasih atas doa-doa yang diberikan.
Terdahulu, Dr Ruhila dan suami, Majid Nazli telah mendirikan rumahtangga pada 4 Januari 2021.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, Tahniah diucapkan atas kelahiran cucu pertama. Memang seronok ada cucu sendiri. Selamat berpantang buat si ibu, semoga bayi membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak yang soleh.
MUA Bellaz Tumpang REZEKI Anak-Anak, Pengurus Hotel Bagi Bilik Besar Mewah Menghadap Kaabah! Anak-anak memang pembawa rezeki yang tidak disangka-sangka. Kita mak ayah selalunya hanya menumpang rezeki mereka.
Pengalaman manis ini dikongsikan oleh jurusolek dan usahawan terkenal, MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Binti Zulyadaini, 29 sendiri. Ramai mengetahui, MUA Bellaz dan keluarganya ketika ini sedang berada di tanah suci untuk mengerjakan umrah.
Ibu kepada empat orang cahayamata ini sama sekali tidak menyangka, dirinya dan keluarga berpeluang untuk menginap di bilik hotel yang besar, mewah dan eksklusif ketika berada di Mekah. Malah berhadapan dengan permandangan Kaabah dan Masjidil Haram yang sangat cantik asbab kemurahan hati Pengurus hotel dan menumpang rezeki dari anak-anaknya.
Berikut perkongsian dari MUA Bellaz;
MASYALLAH ALHAMDULILAHHHH
Dekat sini baru pukul 11 malam, dekat malaysia dah jam 4pagi. Sajalah bellaz nak berkongsi moments harini. Rezeki sungguhlah terjadi di Mekah harini duk kata dalam hati;
“Uihh sapa laa duduk bilik ni sangat expensive mahal insyallah one day ada rezeki nak gak merasa bawak anak-anak duduk,”
Nak jadikan cerita bilik yang bellaz duduk nak tukaq bilik nak ambik connecting room dengan anak-anak bilik bellaz ambik yang biasa-biasa sahaja. Nak jadi rezeki besaq harini terjumpa manager dari hotel Makkah Clock Royal Tower, A Fairmont Hotel Sir Omar Sherif tu.
Dia tengok anak-anak bellaz dia kata Masyallah dia kata bawak semua anak-anak datang Tanah haram ka? dia cakap omputih weh tapi bellaz paham.
Pastuu dia bagi kami 1 family bilik sebesar mewah laguni merasa Ya Allah aku terkejut wehhhh sebab bilik sangat-sangat besaq. Masyallah tak tau nak kata lagu mana rezeki sungguh tumpang rezeki anak-anak.
Ishh laa kata noh nak terlintas apa dalam hati, fikiran yang baik-baik benda tu jadi weh. Saya tak pernah terbayang nak duduk bilik besar mewah laguni plus Kaabah view sangat-sangat cantik. Masyallah.
Ya Allah, Bellaz nak ucapkan Terima kasih sir Omar dan jugak Fairmont Hotel Mekkah, semoga sir dimurahkan rezeki selalu diberikan kesihatan yang sihat dan business terus maju jaya Amin.
Berikut antara gambar-gambar dalam bilik hotel yang dikongsikan.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah rezeki MUA Bellaz sekeluarga, beruntung dapat menginap di hotel mewah dan ekslusif berhampiran masjidil haram. Memang menumpang rezeki anak-anak sungguh!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...