Saderi atau Celery adalah sumber yang sangat kaya dengan antioksidan, serat, vitamin dan mineral. Ia juga sangat bermanfaat kepada sistem penghadaman serta pelbagai khasiat lain. Jadi tak hairanlah ramai yang mengamalkan minum jus celery ini untuk kesihatan dan kecantikan diri secara semula jadi. Antara selebriti cantik manis yang turut amalkan minum jus celery ini adalah Neelofa, 30 sendiri.
Dalam IG, twitter peribadinya dan temubual bersama geng pagi Hot FM baru-baru ini, Neelofa ada berkongsi rahsia cara dirinya menjaga kesihatan dan kecantikan diri serta kegemarannya yang suka minum jus celery.
Neelofa menyatakan dirinya amalkan minum jus celery yang dibuat sendiri setiap hari di rumah. Iaitu merupakan campuran batang celery, timun, lobak merah, kale dan bitroot. Menurut wanita yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini, dia akan meminum 2 gelas besar sehari jus ini setiap pagi.
Mengikut kajian. amalan makan 2 batang celery setiap hari dapat singkirkan kolestrol jahat dan dapat turunkan tekanan darah sekiranya di makan mentah begitu sahaja.
Jika ada masalah sembelit disarankan amalkan sayur ini kerana ia mempunyai kandungan air dan fiber yang agak tinggi bagi melancarkan proses penghadaman dan pencernaan pada tubuh.
Vitamin A dalam celery ini baik untuk kesihatan mata, ia lindungi mata dari semakin merosot fungsinya akibat umur yang semakin meningkat.
Celery mengandungi sekurang-kurangnya 8 sebatian anti kanser. Ia
membantu menghentikan pertumbuhan sel-sel tumor serta menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel-sel dalam tubuh.
Khasiat Celery juga baik untuk semua masalah keradangan seperti artritis reumatoid, osteoartritis, gout asma dan bronkitis.
Semasa cuaca kering dan panas, minum segelas jus celery dua atau tiga kali sehari, antara waktu makan dapat membantu untuk menormalkan suhu badan.
Kalium dan natrium dalam jus saderi membantu untuk mengawal bendalir badan dan merangsang pengeluaran air kencing, menjadikannya bantuan penting untuk membersihkan cecair badan yang berlebihan.
Saderi menggalakkan fungsi buah pinggang yang sihat dan normal dengan membantu penyingkiran toksin daripada badan sekaligus menghalang pembentukan batu karang.
Minum jus saderi dengan kerap setiap hari juga dapat membendung keinginan untuk makan manis-manis dan mengawal selera makan.
Jus Saderi bertindak sebagai tonik sempurna selepas senaman kerana ia menggantikan kehilangan elektrolit dan rehydrates badan yang kaya dengan mineral.
Semoga bermanfaat & Selamat mencuba!
MW: Banyak sungguh khasiat minum jus celery ni setiap hari. Tak rugi amalkan untuk kesihatan dan kecantikan diri.
Baca Disini: Neelofa Warisi Kekuatan & Kejelitaan Datin Noor Kartini