“Ingin lihat sendiri kerja kebumikan dan menguruskan jenazah pesakit covid-19.” Seorang tukang masak wanita nekad jadi penggali kubur.
Walaupun tahu bukan satu tugas yang mudah, namun semangat yang kuat membuatkan wanita ini diterima dalam kumpulan sukarelawan ini.
Sebenarnya, selama ini tugasnya adalah seorang tukang masak di Murtadha Dakwah Centre (MADAD) yang bertanggungjawab menyediakan hidangan kepada sukarelawan mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 secara percuma.
Namun begitu timbul keinginan yang kuat pada jiwa Faridah Said, 63, untuk menyertai Skuad Hang Cangkul selepas setiap hari melihat sukarelawan melakukan kerja amal.
Malah menyebabkan dia nekad bersama mereka menguruskan jenazah pesakit Covid-19, mulai semalam.
Menurut Faridah atau mesra disapa Mak Lang mengakui begitu teruja setiap kali mendengar pengalaman diceritakan anggota skuad terbabit apabila bertemu ketika menghantar bekalan makanan.
Di samping itu, dia ingin melihat sendiri kerja mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 hingga membuatkannya tertarik dan pernah memohon menjadi sebahagian sukarelawan Skuad Hang Cangkul.
Namun, ketika itu hasratnya untuk turut sama menyertai skuad itu ditolak berikutan faktor usia selain dibimbangi sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Baca Juga Di Sini :
“Bertarung Nyawa Seorang Diri, Tak Dapat Iring Ke Kubur.” Ingat Pesanan Isteri Jaga Anak
“Untuk Semua Dari Mandi, Kafan, Solat Sehinggalah ke TANAH PERKUBURAN. Tak Payah Bayar” Khiriah
“Memang Tidak Bersedia, Empat Bulan Ziarah Kubur Suami, Sehari Dua Kali.’- Datuk Ziela
Kubur Bercahaya Walaupun Hidupnya Tidak Pandai Membaca Al Quran. Apakah Amalannya?
Ini Kali Pertama MERAKAM! Suara Misteri Merayu, MERAUNG Di Tanah Perkuburan BUKAN Disunting
Bagaimanapun, hasrat Faridah tercapai apabila diberikan peluang menyertai pasukan terbabit, semalam, dan dia mengakui puas kerana dapat melaksanakan impiannya selama ini.
Menurutnya, faktor usia bukan penghalang buat dia untuk menyertai Skuad Hang Cangkul yang melakukan kerja mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19 di tanah perkuburan.
“Boleh dikatakan semua pasukan sukarelawan ini sebaya anak saya dan mereka pada awalnya memang tidak yakin dengan kemampuan saya untuk bersama disebabkan faktor usia.
“Namun, mungkin kerana melihatkan kesungguhan saya yang kerap meminta untuk merasai pengalaman melakukan kerja amal terbabit membuatkan mereka membenarkan saya turut serta mengurus dan mengebumikan jenazah,” katanya.
Malahan jelas Faridah, dia berpuas hati kerana akhirnya dapat merasai pengalaman bersama Skuad Hang Cangkul mengurus dan mengebumikan dua jenazah wanita pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu, di sini, semalam.
“Saya sempat mencangkul tanah bersandarkan kudrat yang ada selain memegang tali digunakan untuk menurunkan keranda ke dalam liang lahad.
“Bagi saya, tugas itu sudah mencukupi kerana apa yang lebih penting dapat merasai pengalaman melakukan kerja pengebumian selain memberi rasa keinsafan buat diri kerana satu hari nanti saya juga akan tinggal di sini (kubur),” katanya.
Menurutnya, dia bersyukur kerana diterima dalam Skuad Hang Cangkul dan selepas ini akan terus mengikut mereka melakukan kerja mengurus serta mengebumikan jenazah pesakit Covid-19.
Sementara itu, Ketua Operasi Skuad Hang Cangkul, Muhammad Ridzuan Osman berkata, Faridah yang dianggap sebagai ibu kepada semua sukarelawan skuad itu, sebelum ini memang menyatakan hasrat bersama menyertai mereka mengurus dan mengebumikan jenazah pesakit Covid-19.
“Melihat kesungguhan dan keinginan disuarakan hampir setiap hari, kami akhirnya bersepakat memberi peluang kepadanya untuk bersama melakukan kerja pengebumian jenazah.
“Walaupun warga emas, kudrat dimilikinya memang luar biasa dan dia mampu melakukan kerja sama seperti kami,” katanya.
Mingguan Wanita : Hebat betul Mak Lang, walaupun agak berusia namun semangatnya patut dijadikan contoh kepada orang lain. Semoga Mak Lang terus kuat serta sihat untuk meneruskan impianya.
Sumber : myMetro
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita