Malam tadi telah berlangsungnya majlis pernikahan, pelakon dan pengacara Nur Amirah Filzah Badioezaman,27 atau lebih dikenali Mira Filzah dengan jejaka pilihan hatinya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar,30, secara sederhana namun meriah.
Suami kepada Mira Filzah ini merupakan anak sulung daripada empat beradik, YB Datin Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid,59 Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).
Sebagai seorang ibu pastinya inginkan yang terbaik untuk anak. YB Datin Mastura ada menitipkan bait pesanan arwah suaminya, sekali gus berharap agar beliau dapat melaksanakan segala permintaan dan impian suaminya buat anak kesayangan yang mendirikan rumahtangga dengan sebaiknya.
“Emir, ingatlah pesanan Arwah Papa. Selama hampir sebulan sebelum Arwah Papa pulang ke rahmatullah , Arwah Papa sering mengingatkan Ibu betapa Arwah Papa ingin Emir mendirikan rumah tangga secepat mungkin kerana kata nya kebahagiaan yang sebenar hanya akan tercapai setelah berkahwin.”
“Arwah Papa kata Emir tak boleh ‘single’ lama-lama katanya. Dan Arwah Papa nak buat pelamin Emir dengan rekabentuknya sendiri. Seperti juga yang Arwah Papa lukiskan pelamin untuk perkahwinan Imar. Ibu ingat segala bait-bait perbualan-perbualan Arwah Papa dan Ibu itu. Dan memori itu masih jelas di fikiran Ibu.”
“Kini, saat itu dah sampai. Ibu akan melaksanakan segala permintaan Arwah Papa untuk Emir. Moga di izin dan di permudahkan Allah SWT.”
“Antara pesanan Arwah Papa untuk Emir, Jadilah seorang Suami yang baik dan bertanggungjawab. Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir. Perlu disayangi dan dilindungi dengan jiwa dan raga. Keluarga keutamaan setiap Suami. Berbahagialah dan Berbahagialah hingga ke Jannah.”
“Ibu adalah antara wanita yang paling bertuah kerana mempunyai suami yang baik. I had a happy marriage and I love Arwah Papa very much. How I wished he is here to celebrate Emir’s wedding. Trust Ibu, Arwah Papa’s love and spirit is here with us. It is to last us a lifetime.
Di hari ia melahirkan cintanya
Ia berkata kepada kekasihnya
“Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
Baca Lagi Di Sini:
Terpaut Sejak Pertemuan Pertama, Mira Filzah & Emir NIKAH Malam Ini
MW: Setiap ibu pasti inginkan yang terbaik buat anak.Memang bukan mudah menguruskan majlis perkahwinan anak sendiran. Setiap kenangan, memori, impian dan pesanan arwah suami pasti diusahakan dan dilaksanakan sebaik mungkin. Tahniah buat YB Mastura mendapat menantu baru, menambah ahli keluarga.
Sumber: Mastura Yazid