Ingatkan Sudah Meninggal, Selepas Enam Jam Dalam Peti Sejuk, Bayi Pramatang Hidup Semula

Share

Pantang ajal sebelum maut, begitulah hakitatnya. Ingatkan sudah meninggal, selepas enam jam dalam peti sejuk mayat, bayi pramtang hidup semula. Bayi ajaib dan kuat semangatnya.

Siapa sangka mayat bayi yang sepatutnya menjalani upacara pengebumian tidak meninggal bila dia mula bergerak bila mahu diserahkan kepada ibu bapanya di Mexico.

Bayi Hidup Semula Selepas Enam Jam

PUEBLA – Seorang bayi pramatang yang disangkakan sudah mati dan dimasukkan ke dalam peti sejuk mayat selama enam jam di sebuah hospital La Margarita di bandar Puebla, Mexico didapati hidup semula semalam.

Pekerja rumah mayat berkata, mereka menyedari bayi lelaki itu mula bergerak dan menangis semasa hendak menyerahkan kepada ibu bapanya untuk upacara pengebumian.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan detik-detik ayah bayi itu melihat tangisan anaknya dan berkata ‘teruskan berjuang’ beberapa kali.

 

Gambar sekadar hiasan. (Canva)

Baca Juga Di sini:

Teruja Menanti Kelahiran Anak Perempuan,Tak Sangka Isteri Pergi Bersama Bayi Dikandungnya

Kata Polis, Berkemungkinan Ini Punca Bayi Meninggal Dilumur Garam

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Diselamatkan Selepas 6 Jam Dalam Peti Sejuk

Bayi yang belum diberi nama dilahirkan jam 4.29 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu dan difahamkan dia diselamatkan kira-kira jam 10 pagi iaitu kira-kira enam jam dia diletakkan dalam peti sejuk mayat.

Pasukan perubatan memberitahu media tempatan bahawa bayi itu masih hidup tetapi dia diletakkan di bawah pemerhatian rapi di unit neonatal.

Sementara itu, pihak hospital akan menyiasat punca sebenar bayi yang disangkakan mati diletakkan dalam peti sejuk mayat itu. – Agensi

MW: Semoga bayi ini cepat sihat dan mampu menjalani kehidupan normal seperti bayi-bayi lain. 

Sumber: Sinar Harian

Published by
Syazwani Mehat