Pelakon kecil molek berwajah comel Sari Yanti Dato’ Mohamad Nazari,33 atau lebih dikenali sebagai Sari Yanti telah selamat melahirkan cahaya mata pada 25 April baru-baru ini. Ia merupakan kelahiran anak ketiga bagi Sari Yanti yang sebelum ini telah memiliki dua orang anak lelaki iaitu Barr Al Aliy,8 dan Basit Al-Haq,6 hasil perkahwinan terdahulu.
Kegembiraan menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga disambut dengan penuh bahagia.Rupanya isteri kepada Mohd Nadzri Zainal Abidin,33 atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu, ada menyatakan bahawa sepatutnya kandungan dijangka lahir pada hari pertama bulan Ramadhan, namun sebaliknya ia lahir 3 minggu lebih awal dari tarikh sebenar ketika berusia 37 minggu.
Setelah 10 hari kelahiran bayi perempuan yang diberi nama ‘Dariya Inara’ ini, Sari Yanti ada memuat naik coretan perasaan, pengalaman dan berterima kasih atas sokongan, ucapan dan doa yang diterima diatas kelahiran bayi comel ini. Ucapan terima kasih ini ditujukan khas buat suami tersayang, keluarga, anak-anak serta para pengikut dilaman instagramnya.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Bismillahirrahmanirrahim.
Hidup ku. Mati ku. Cinta ku. LILLAHITA’ALA.-SUBHANALLAH.WALHAMDULILLAH. WALAILLAHAILLALLAH. ALLAHUAKBAR. .
Pada 25/4/2018 Kakak dah selamat melahirkan anak diusia kandungan kakak 37 minggu. @dariyainaraofficial .
Ads
Ingatkan dia keluar hari pertama Ramadhan. Rupanya tak sabar bawa bahagia untuk semua terutamanya Abah dia @jepsepahtu.#anakabah
Lama betul kakak dalam labor room kali ni. Terasa hampir terputus nafas kakak. Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk bersama dengan yang kakak sayang. Dan menjadi yang lebih baik. Insyaallah.
Segala pujian bagi Allah SWT. Selawat dan salam pada Rasulullah SAW. Terima kasih Sayang @jepsepahtu untuk doa, Semangat, cinta dan kasih sayang. Wajah awak yang sayang sangat , bimbang, panic , buntu , sebak semua tu akan jadi memori yang sangat indah ❤.
Terima kasih mama. Untuk doa yang tak putus putus. Untuk air mata mama. Untuk penat lelah menunggu, Untuk kesabaran yang berpanjangan. Dan tentulah untuk melahirkan ‘anti’ hampir 34 tahun dulu.❤
Terima kasih baba,mak, abah untuk doa kasih sayang dan rasa bimbang. Alhamdulillah dah selamat.Semoga semuanya akan beroleh bahagia ❤
Terima Kasih anak-anak mama Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq – kasih sayang untuk mama selalu menjadi penguat mama. Sekarang dua-dua jadi dah jadi big brother untuk Dariya Inara. Tak sangka such a loving brother u both are ❤
Ads
Terima kasih adik beradik, keluarga dan sahabat handai yang memang tak pernah gagal untuk ada. Sayang korang semua.Dan terima kasih Awak Semua untuk ucapan dan doa yang baik-baik. Semoga Allah balas kebaikan kata kata anda semua dengan ketenangan ,rahmat dan kegembiraan.
Disamping itu, menerusi instastory Sari yanti beliau turut mengumumkan akaun rasmi yang dibuat khas untuk puteri kesayangannya ini iaitu “DariyaInaraofficial”
Sari Yanti, 34,terkenal menerusi lakonannnya sebagai Kaisara dalam sitkom Kisah Kaisara. Manakala, Jepp Sepahtu merupakan bekas anggota Kumpulan Sepah yang menjuarai Raja Lawak 3 dan Maharaja Lawak 2011. Pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 25 Februari 2017.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Jepp Sepahtu dan Sari Yanti. Semoga kelahiran bayi comel ini, mengikat kasih sayang, menambah kebahagiaan dan melimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat keluarga kecil ini.Selamat berpantang Sari Yanti!
Majikan hanya beri cuti bersalin 2 hari, balik dari kerja suami jumpa isteri ah meninggal. Cuti merupakan hak pekerja. Bagi wanita yang bersalin, mereka berhak menerima gaji penuh selama 98 hari selepas bersalin. Ini berdasarkan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 telah meluluskan fasal 12 iaitu pemanjangan cuti bersalin.
Manakala bagi pasangan pula berhak mendapat cuti selama 7 hari bergaji penuh menurut pindaan 60FA akta yang telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat baru ini.
Majikan Hanya Beri Cuti Bersalin 2 Hari
Di media sosial, luahan seorang suami Exly Jailon menjadi tumpuan ramai apabila meluahkan kekesalan dan kekecewaan hatinya terhadap majikan yang tidak memberinya cuti tambahan sedangkan isterinya yang baru melahirkan anak pada 4 Mei lalu.
Kejadian ini berlaku di rumah sewa mereka iaitu di Kampung Tanaki, Penampang, Sabah.Isterinya ditemui sudah terkujur kaku sebaik Exly membuka pintu rumahnya pada jam 6.30 petang. Anaknya pula menangis kelaparan di sisi mayat ibunya.
Sangat menyayat hati, dia hanya diberi peluang cuti dua hari (itu pun semasa menemani isteri bersalin di hospital iaitu pada 4 & 5 Mei) dan terpaksa kembali bekerja kerana arahan majikan hanya mampu membiarkan isterinya berpantang sendirian.
Balik Dari Kerja Suami Jumpa Isteri Dah Meninggal. Anak Merengek Kelaparan
Apa yang membuatkan hatinya lebih kecewa, sebaik pulang petang dari kerja pada jam 6.30 petang pada 9 Mei lalu, sebaik pintu rumah dibuka, dia terlihat isterinya sudah terbujur kaku di samping anak kecilnya berusia 4 hari itu merengek kelaparan di sisi isterinya yang sudah menjadi mayat di rumah sewa mereka di Kampung Tanaki, Penampang, Sabah.
Menurut saksi kejadian, suami, Exly Jailon menangis bagaikan orang gila kerana kehilangan isteri disayangi. Yang terpaksa ditinggalkan berpantang sendirian kerana majikan meminta dia masuk juga kerja walau isterinya baru saja melahirkan anak.
Dalam facebooknya, Exly menzahirkan kekecewaan hatinya kerana kehilangan isteri tercinta. Dia merasakan satu kehilangan yang amat sangat apatah terpaksa membesarkan bayi kecilnya sendirian selepas insiden ini terjadi.
Dia mengakui mengalami anxiety selepas kejadian kematian isterinya selain mengaku tidak kisah jika majikan memotong gajinya kerana mahu menjaga isteri dalam pantang. Namun apa yang membuatkan dia lebih bersedih, selepas kematian isterinya itu, gajinya turut dipotong 13 hari kerana menjaga anaknya yang masih kecil. Nampak seakan majikan kurang prihatin sedangkan cuti diberi oleh kerajaan adalah sebanyak 7 hari bagi suami yang isterinya dalam pantang.
Ramai Ngo menyuarakan hal ini kerana beranggapan majikannya tidak prihatin dan sensitif hingga Exly berasa tawar hati untuk bekerja semula.
Awal dan Scha pening melihat Lila menyakat Lara. Memang anak kedua selalu perangai begitu ya? Jangan lupa pula ya ibu-bapa di luar sana untuk sentiasa menjaga hygiene gigi anak-anak, penting tu!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ujian buat para pendaki lagi-lagi yang bawa anak bermalam di dalam hutan pergunungan tentulah berdepan gelap malam, debaran mistik yang boleh terlihat oleh hijab pandangan anak yang mulus hatinya.
Inilah yang dilalui Nour Seedah, yang berkhemah dalam hutan di Thailand bersama suami dan anak kecilnya. Allah buka hijab mata anak ini untuk lihat ‘kakak’ yang mahu masuk ke dalam khemah mereka.
Namun, niat tiga beranak ini sekadar mahu melihat kebesaran Ilahi yang terbentang luas di hadapan mata. Penuh debaran pengalaman ‘mahal’ itu.
Cuma baru-baru ini saja hati Nour Seedah tergerak untuk berkongsi cerita.
‘Kakak’ Nak Masuk Khemah Tiga Beranak Di Hutan, Thailand
Masa ni baru 1st Ayesha tidur dalam hutan
Berdebor jugak
Kat Thailand pulak tu
Kalau paham pahamlah
Teringat pulak cite Nang Nak
Masa 1st malam tidur di sini mestilah ada kejadian mistik
Masa malam tu
Ayesha tanya dengan onde (bonda). Masa tu tengah lepak luar khemah
“Onde kenapa kakak tu tak masuk dalam rumah kita (khemah)?”
Mau tak meremang bulu roma.
Hahaha.. disebabkan onde tak nak tunjuk takut depan anak
Onde pun cakaplah
“Oh! Akak tu rumah dia di tempat lain, jangan bagi dia masuk sebab dunia dia berbeza dengan kita.”
Ayesha jawab,
“Tapi onde dia nak masuk la, kesian dia kat luar sorang-sorang.”
Onde terus seram
Baca Doa Nabi Sulaiman Dan Doa Pelindung Diri
Lepas tu onde baca lah doa nabi Sulaiman dan pelbagai doa pelindung diri sambil cakap,
“Wahai makhluk Allah, anak aku tak nak berkawan dengan kau.. Dia manusia, kau jin.. Tak sesuai berkawan… Lagipun niat kami nak tengok kebesaran Allah SWT bukan nak ganggu kau…kami berniat baik untuk ziarah, bermusafir…”
Entahlah tak tau tetiba macam meremang bulu roma lepas cakap macam tu.
Tetiba Ayesha cakap
“Onde kawan dah tak delah kat pokok tu.”
Fuhh legaaa…
Atas izin Allah SWT “dia tak jadi ganggu”
Nauzubilahiminzalik
Yang penting jangan terlalu takut dengan makhluk halus dan jangan terlalu berani
Bersederhanalah…
Semoga Acap dijumpai dan dikuatkan semangat untuk melawan anasir jahat.
Allahumma amiin ya mujib
MW : Keluarga ini turut berkhemah dengan kumpulan keluarga yang lain termasuk kakak ipar malah anak buah mereka.
Didie Alias datang beri kata-kata semangat pada Amyza Aznan, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.
Didie Alias Datang Beri Kata-kata Semangat Pada Amyza Aznan, Rai Hari Jadi Ke-19 Andre Di Wad
Sebagai seorang sahabat dan ibu, Didie memahami kesukaran yang sedang dihadapi oleh Amyza dan keluarganya. Didie atau nama sebenarnya Nur Fadzilah Ali, 54, berkata walaupun sibuk dengan urusan lain, dia tetap mencari ruang untuk bertemu Amyza bagi memberi semangat.
“Walaupun ujian ini berat untuk diterima, mummy (Didie) tetap luangkan masa walaupun sekejap untuk bersama Amyza. Saya memberikan semangat dan cuba menceriakan dia. Sama-sama kita doakan buat sahabat mummy,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Selain memberikan sokongan moral kepada Amyza, Didie turut mengambil kesempatan untuk meraikan ulang tahun ke-19 anak Amyza, Andre Mikail, di Wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Didie dan Amyza menyanyikan lagu selamat hari jadi buat Andre, yang tidak dapat menahan air mata kerana terharu dengan kejutan tersebut.
“Sebenarnya berat hati nak muat naik video ini, tapi hari ini adalah hari istimewa buat Andre. Hari ini ulang tahunnya yang ke-19. Mummy doakan Andre terus kuat ya sayang. Mummy juga mohon doa dari semua, semoga ada keajaiban buat Andre dan dia cepat sembuh,” ujar Didie.
Sebelum ini, Amyza memaklumkan bahawa anak sulungnya, Andre, telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga pada 15 Februari lalu. Selepas tiga minggu menerima rawatan di Hospital Ampang, Andre telah dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...